Tuesday 13 December 2011

Sujud Syukur

Tiga kelakuan Syukur yang boleh dilakukan oleh seseorang apabila datang nikmat atau tertolak bala:


1) Dengan sekali sujud(dipanggil sujud syukur) – syaratnya sama spt syarat2 sah sembahyang yaitu islam, ‘aqil, suci drpd hadas kecil dan hadas besar,hadap qiblat, tutup aurat, mengetahui kaifiyyatnya(rukun).

2) Solat dua rakaat.

3) Sedekah

** rukun sujud syukur ada 4:
- Takbiratul ihram
- Niat berserta takbir
- Sujud sekali(blh baca mana2 zikir, antaranya zikir ketika sujud tilawah)
- Salam(tidak disyaratkan salam ketika duduk)

*** Perhatian:
- Sujud syukur hanya SUNAT dilakukan apabila datang NIKMAT yang TIDAK DISANGKA2 spt terselamat drpd kemalangan, dapat anak dan sebagainya(TIDAK SUNAT sujud syukur sekiranya kita sudah tahu akan dapat nikmat spt berjual beli dan sudah tahu beroleh untung).
- SUNAT juga kita sujud syukur bagi sahabat kita atau orang islam lain yang dapat nikmat.
- Dan SUNAT sujud syukur kerana tertolak bala.
- Juga SUNAT kita sujud syukur kerana kita terselamat drpd bala walaupun sahabat dan orang islam lain kena bala( seeloknya jgn lakukan sujud syukur di hadapan org yg terkena bala kerana boleh menyakitkan hati mereka).

No comments: