Saturday 10 December 2011

Empat golongan yang dimaafkan buat ibadat

Empat golongan yang dimaafkan buat ibadat di dalam keadaan jahil atau tidak tahu hukum hakam feqah:

1)     Budak yang belum baligh.

2)     Budak yang baru baligh- dimaafkan dalam masa kadar yang dapat dia belajar fardhu ain.

3)    Orang kafir baru masuk Islam- dimaafkan dalam masa kadar yang dapat dia belajar fardhu ain. Kata ulama dimaafkan selama tiga tahun.

4)  Orang yang jauh dengan ulama.
 
** Adapun golongan selain yang disebut di atas, maka TIDAK DIMAAFKAN jikalau buat amal ibadat yang bangsa Fardhu ain seperti solat,puasa zakat dan sebagainya. Seperti solat dalam hal keadaan tidak tahu membezakan antara rukun dan sunat, maka orang ini WAJIB qadha solatnya apabila sudah mengetahui kerana solat tersebut tidak diiktibar syara’, hanya sebagai syarat hormat waktu solat sahaja…wallahua’lam

No comments: