Tuesday 3 April 2012

Nasihat

Nasihat Tuan Guru Muhammad bin Idris yang menjadi muhasabah buat diri kita semua:

" Ramai yang mempelajari ilmu tasawwuf, tapi kemudian MELENCONG ke tempat lain, asyik mahu menilik orang lain, asyik mahu melihat keburukan lain..

atau, hadir perasaan bangga diri kerana 'wah, aku sudah belajar ilmu tasawwuf, sufi dah aku ni'..

Maka, pohonlah pada Allah dijauhkannya..

Jangan jadi manusia yang setakat 'tasawwuf ilmi', yang ilmunya hanya sekadar ilmu..

Sedangkan ilmu tasawwuf itu adalah untuk MENILIK diri sendiri, untuk melihat KEBURUKAN sendiri, untuk lagi TUNDUK kepada Allah, untuk lagi MENYUCIKAN hati..

Kerana tasawwuf amali, iaitu ilmu yang bukan sekadar ilmu tetapi BERSAMA amalan yang dipandui guru soleh, itulah jaminan Allah untuk hamba-Nya yang kembali dalam keadaan diredhai-Nya..

Pelajarilah ilmu bukan sekadar ilmu, tetapi jadikanlah ia CERMINAN buat hati, untuk terus muhasabah diri, untuk terus menundukkan diri di hadapan Allah Subhanahu waTa'ala, itulah perbuatan hamba-hamba-Nya yang soleh, yang menginginkan cinta dan sayang Allah Subhanahu waTa'ala."

Akhlak Mulia

Berkata Al Habib Umar Al Hamid Al Jailani:
" Orang yang banyak akhlaknya, maka banyaklah sufinya...tetapi jika orang itu sedikit akhlaknya, maka sedikitlah sufinya.."