Monday 28 November 2011

Kaifiyyat Syukur kepada Allah

Tiga kelakuan Syukur yang boleh dilakukan oleh seseorang apabila datang nikmat atau tertolak bala:

1) Dengan sekali sujud(dipanggil sujud syukur) – syaratnya sama spt syarat2 sah sembahyang yaitu islam, ‘aqil, suci drpd hadas kecil dan hadas besar,hadap qiblat, tutup aurat, mengetahui kaifiyyatnya(rukun).

2) Solat sunat dua rakaat.

3) Sedekah

** rukun sujud syukur ada 4:

1) Takbiratul ihram

2) Niat berserta takbir

3) Sujud sekali(blh baca mana2 zikir, antaranya zikir ketika sujud tilawah)

4) Salam(tidak disyaratkan salam ketika duduk)

*** Perhatian:

      -  Sujud syukur hanya SUNAT dilakukan apabila datang NIKMAT yang TIDAK DISANGKA2 spt terselamat drpd kemalangan, dapat anak dan sebagainya(TIDAK SUNAT sujud syukur sekiranya kita sudah tahu akan dapat nikmat spt berjual beli dan sudah tahu beroleh untung).

      -  SUNAT juga kita sujud syukur bagi sahabat kita atau orang islam lain yang dapat nikmat.

     -    Dan SUNAT sujud syukur kerana tertolak bala.

 - Juga SUNAT kita sujud syukur kerana kita terselamat drpd bala walaupun sahabat dan orang islam lain kena bala( seeloknya jgn lakukan sujud syukur di hadapan org yg terkena bala kerana boleh menyakitkan hati mereka).


Dapat daripada lisan Guru..Allahua'lam

Hukum membaca Al Quran bagi orang yang berjunub atau di dalam keadaan haid atau nifas


Tidak Haram baca

-          Qasad zikir

§  Sekiranya dibaca dengan niat zikir di hati seperti membaca “ Innalillahi wa innalillahi raji’un, robbana Aatina Fiddun ya hasana, tasbih, tahmid, takbir dan sebagainya TIDAKLAH HARAM walaupun zikir-zikir tersebut MENEMPATI di dalam Al Quran kerana ia dipanggil zikir quran. Dan akan tetapi, sekiranya dibaca surah Al Ikhlas atau mana2 surah dgn niat zikir sekalipun, maka hukumnya tetap HARAM kerana ia TIDAK MENEMPATI zikir.

-          Itlaq

§  Semata2 baca dengan tiada niat di hati hendak baca al quran atau tiada niat zikir maka TIDAKLAH HARAM.



Haram baca

-          Qasad hendak baca Quran – hukumnya HARAM

-          Qasad zikir serta hendak baca Quran – hukumnya HARAM


Hasil kutipan daripada mendengar syarahan daripada guru mulia, Ustaz Aziz Lubuk Tapah. Semoga bermanfaat. Allahua’lam

Sunday 27 November 2011

Pesanan Rasulullah bagi umatnya

-   Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut hal manusia

-  Perbanyakkan menyebut hal akhirat daripada menyebut hal keduniaan

-  Perbanyakkan menyebut(ingat) kejahatan diri daripada menyebut kebajikan- supaya boleh istighfar

-  Perbanyakkan ingat akan mati daripada ingat akan hidup


-  Perbanyakkan menyebut ‘aib diri sendiri daripada sibuk menyebut ‘aib orang lain

Kaedah ringkas mengenal darah haid, nifas dan istihadhah

Haid


- perempuan yang keluar darah ketika sampai umur 9 tahun Qomariyyah taqriban(kalau keluar darah pd umur 8 tahun Qomariyyah yakni dalam  lingkungan 15 hari lagi nk sampai 9 tahun Qomariyyah juga dipanggil haid jika cukup 24 jam)

- keluar darah tidak lebih drpd umur 62 tahun Qomariyyah(Qaul Muktamad)

- keluar sekurang-kurangnya adalah satu hari satu malam(24 jam)

- keluar sebanyak-banyaknya adalah 15 hari 15 malam(360 jam)

- keluar darah selepas sebanyak-banyak nifas(60 hari)

- keluar darah di dalam sebanyak-banyak nifas, putus darah di antara darah yg lain sampai 15 hari atau lebih(selepas keluar darah nifas, kemudian berhenti keluar sehingga 15 hari atau lebih juga dipanggil haid)


Nifas


- darah yang keluar setelah kosong rahim atau selesai melahirkan anak


- keluar darah sekurang-kurangnya satu lahzah(satu detik atau satu saat)


- sebanyak-banyaknya 60 hari 60 malam


- keluar darah setelah selesai melahirkan anak kemudian putus darah(darah berhenti) dan berhenti darah itu tidak menjangkau 15 hari 15 malam sebelum keluar darah yang kedua di dalam sebanyak-banyak nifas(60 hari 60 malam)


Istihadah


- darah yang keluar tidak sampai umur 9 tahun Qomariyyah


- darah yang keluar yang lebih daripada umur 62 tahun Qomariyyah


- darah yang keluar tidak sampai sehari semalam(24 jam)


- darah yang keluar lebih daripada sebanyak-banyak haid(15 hari 15 malam)


- darah yang keluar dahulu daripada sempurna masa sekurang2 suci


- darah yang keluar lebih daripada sebanyak-banyak nifas(60 hari 60 malam)


- darah yang keluar dahulu sebelum melahirkan anak jika tiada berhubung dengan haid


- darah yang keluar berserta dengan anak


Dapat daripada lisan Guru..Allahua'lam

Niat Tayammum


Bahagian niat tayammum ada 3 peringkat:

1-      Solat fardhu atau tawaf fardhu

2-      Solat sunat atau solat jenazah

3-      Sujud tilawah atau sujud syukur atau sentuh al quran atau iktikaf atau tamkin bagi suami(tayammum utk mengharuskan suami setubuh isterinya)


Perhatian:

1- Jika seseorang niat tayammum pada peringkat PERTAMA seperti (sahaja aku tayammum kerana mengharuskan FARDHU sembahyang), maka HANYA BOLEH mendirikan SALAH SATU daripada dua jenis fardhu SAHAJA (sama ada buat solat fardhu atau tawaf fardhu sahaja- tawaf TUJUH KELILING). Dan BOLEH buat ibadat lain di peringkat KEDUA dan peringkat KETIGA dgn menggunakan niat pada peringkat PERTAMA.

2-   Jika seseorang niat tayammum pada peringkat KEDUA seperti (sahaja aku tayammum kerana mengharuskan SEMBAHYANG atau SEMBAHYANG SUNAT), maka hanya boleh buat ibadat pada peringkat KEDUA dan peringkat KETIGA sahaja. TIDAK BOLEH guna niat di peringkat KEDUA utk buat ibadat pada peringkat PERTAMA.

3-  Jika seseorang niat tayammum pada peringkat KETIGA seperti (sahaja aku tayammum kerana mengharuskan sujud tilawah atau sebagainya pada peringkat KETIGA), maka hanya boleh buat ibadat pada peringkat KETIGA sahaja. TIDAK BOLEH guna niat pada peringkat KETIGA ini utk buat ibadat peringkat pada PERTAMA dan peringkat KETIGA.

4- TIDAK BOLEH sekali-kali niat tayammum dgn niat mengangkat HADAS kerana tayammum memada untuk MENGHARUSKAN solat sahaja.

Hasil kutipan daripada mendengar syarahan daripada guru mulia, Ustaz Aziz Lubuk Tapah. Semoga bermanfaat. Allahua’lam

Saturday 26 November 2011

Mutiara syair al-Imam asy-Syafi'i

Sesungguhnya orang yang faqih itu adalah dinilai dengan perbuatannya Bukanlah orang yang faqih itu dinilai dengan ucapan dan perkataannya.

Begitu juga pemimpin itu adalah dinilai dengan kemuliaan akhlaknya.

Bukanlah pemimpin itu dinilai dengan banyaknya pengikut dan pembela-pembelanya.

Begitu juga orang yang kaya itu adalah dinilai dengan keadaan (kedermawanan)nya Bukanlah orang yang kaya itu dinilai dengan banyaknya harta bendanya.

[Diwan Al-Imam Asy-Syafi'i, hal. 97]

Berusahalah engkau menjadi seorang yang mempelajari ilmu fiqih dan juga menjalani tasawuf, dan janganlah kau hanya mengambil salah satunya.

Sesungguhnya demi Allah saya benar-benar ingin memberikan nasehat padamu.

Orang yang hanya mempelajari ilmu fiqih tapi tidak mahu menjalani tasawuf, maka hatinya tidak dapat merasakan kelazatan takwa. Sedangkan orang yang hanya menjalani tasawuf tapi tidak mahu mempelajari ilmu fiqih, maka bagaimana bisa dia menjadi baik?

[Diwan Al-Imam Asy-Syafi'i, hal. 47]

::...::
::...::

Tersebut di dalam kitab Irsyad-ul ‘Ibad oleh asy-Syaikh Utsman bin Shihabuddin al-Funtiani iaitu kitab terjemahan bagi kitab al-Munabbihat 'alal Isti'dat li Yaumil Ma'ad oleh Ahmad ibn Hajar al-Asqolaani pada halaman 10:

[Artinya]: Daripada setengah hukama’: Tiga (3) perkara meluaskan dan membukakan dukacita [ialah]
• Dhikrullah dan
• Berjumpa berhimpun orang auliya [wali-wali Allah] dan
• Mendengar perkataan hukama’ dan ulama dan [orang] sholeh

Friday 25 November 2011

Pesanan Al Mursyid..

Berkata Sayyidi Tuan Guru Pak Su Hamid Gunong, terbahaginya manusia ini kepada tiga jenis di dalam memberi nasihat:
1)     orang yg memberi nasihat tetapi dgn nasihatnya itu menginsafkan dirinya sendiri
2)      orang yg memberi nasihat, dgn nasihatnya itu hanya boleh semangat nasihat sahaja(sbb ramai org dgr nasihatnya) tetapi orang yg memberi nasihat tadi amalnya tidak ada(tidak menginsafkan dirinya sendiri)
3)     orang yg memberi nasihat kerana disebabkan dia ada ilmu dgn niat hendak menunjuk nunjukkan ilmunya....


** Pesanan al faqir: perbanyakkanlah,persibukkanlah diri kita dengan bersahabat berkawan para ahli 'arif billah...supaya diri kita sentiasa ingat nasihat-nasihat mereka...Allahummaja'lna minhum..amiin...)


Adab-adab seorang murid

Adapun adab-adab seorang murid terhadap gurunya, maka iaitu :
1- Apabila ia menemui gurunya, maka hendaklah ia memberi salam kepadanya terlebih dahulu.
2- Jangan membanyakkan bercakap-cakap dihadapan gurunya.
3- Jangan ia bercakap-cakap sebelum gurunya bertanya kepadanya.
4- Jangan ia bertanya kepada gurunya sebelum ia meminta izin.
5- Jangan ia menyangkal (menunjukkan rasa tidak puas hati) terhadap perkataan gurunya seperti ia berkata "si fulan itu menyalahi akan yang engkau kata itu".
6- Jangan ia mengisyaratkan kepada gurunya dengan menyalahi pendapatnya, maka ia menyangka bahawa ia lebih mengetahui daripada gurunya.
7- Jangan ia berbisik-bisik dengan orang yang duduk ditepinya ketika gurunya memberikan pelajaran.
8- Jangan ia berpaling kekiri dan kekanan dihadapan gurunya tetapi hendaklah ia menundukkan kepalanya dengan penuh tenang lagi beradab seolah-olah dia sedang sembahyang.
9- Jangan ia membanyakkan soalan kepada gurunya ketika ia letih.
10- Apabila gurunya berdiri hendaklah ia berdiri untuk menghormatinya.
11- Jangan mengikuti gurunya dengan perkataan atau soalan ketika ia bangkit dari majlisnya.
12- Jangan bertanya kepada gurunya ditengah jalan sehingga ia sampai kerumahnya atau ketempat duduknya.
13- Jangan ia jahat sangka terhadap gurunya apabila ia melihat gurunya mengajarkan suatu pekerjaan yang pada zahirnya menyalahi ilmunya (bukan menyalahi agama), maka gurunya itu adalah lebih mengetahui dengan rahsia segala perbuatannya dan dalam hal ini hendaklah ia mengingati akan perkataan Nabi Musa bagi Nabi Khidir alaihima Salam.....

(dari al-Imam al-Ghazali, Kitab Bidayatul Hidayah)


Pati Ilmu Tasauf

Ketahuilah bahawasanya ilmu tasauf itu mempunyai dua unsur:

Pertama: Istiqamah(tetap pendirian).

Kedua: Baik kelakuan dengan makhluk.

Istiqamah bermakna bahawa ia mengorbankan segala kehendak nafsunya untuk mendapatkan keindahan peribadinya.

Manakala baik kelakuan dengan manusia pula ialah bahawa engkau tidak memaksa manusia memperturutkan kehendakmu, bahkan sebaliknya engkau paksakan dirimu untuk melayani kehendak mereka selama tidak ada di sana perkara yang MENYALAHI  Syara’.

Maka sesiapa yang tetap pendiriannya dan baik akhlaknya dengan manusia serta ia bergaul dengan lemah lembut, maka orang itu adalah SUFI.

( Kitab Ayyuhal Walad karya Imam Abul Hamid Al Ghazali terjemahan Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam)