Saturday 3 December 2011

Haul Imam Sayyid Al Haddad

Assalamualaikum..
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani…sesungguhya ulama adalah pewaris para Nabi...
Sayyid Ismail al Ghurbani al Yamani radhiallahu ‘anhu menyebutkan di dalam kitabnya Al Nafs ar Rahman, menziarahi kekasih-kekasih Allah atau orang-orang soleh yang masih hidup merupakan sesuatu yang jelas kebaikannya, baik menurut syariat mahupun menurut akal. Dengan menemui dan menziarahi mereka, kita akan mendapat pelbagai faedah dan kelebihan. Antaranya,
   - Mendapat dan memperoleh ilmu pengetahuan daripada mereka. Mencintai mereka dengan mengikuti jejak langkah mereka serta mendapat petunjuk dalam panduan hidup.
   - Bersahabat dengan mereka serta orang yang menemani mereka besar kemungkinan mendapat BERKAT dan PANDANGAN Allah yang tidak pernah hilang daripada mereka.
    - Mendapat doa kebaikan daripada mereka yang bermanfaat dan makbul.
        - Bersabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam, “ mahukah kamu semua aku khabarkan tentang orang-orang yang akan tinggal di Syurga? Para sahabat radhiallahu ‘anhum menjawab, “  tentu saja ya Rasulullah! Baginda bersabda, “ mereka adalah para Nabi ‘alaihissola tu wassalam, para Siddiqin, dan orang yang menziarahi saudaranya di hujung kampung kerana Allah…”

Imam Nawawi  Radhiallahu ‘anhu pernah menyebutkan bahawa, “ disunnahkan untuk memperbanyakkan ziarah dan utamanya adalah kubur para ulama yang soleh dan wali Allah..”

Maka bolehlah dibuat perumpamaan di sini, bahawa dunia ini racun membisa dan ulama sebagai penawarnya…hiduplah kita, rapatkanlah kita, bersahabatlah kita dengan ulama supaya kita terselamat daripada segala bala dunia…

Dan berbahagialah orang yang mengunjungi dan menziarahi mereka kerana Allah. Semoga Allah memberikan kita pertolongan untuk melakukan perbuatan yang mulia ini….Amiin

No comments: