Thursday, 1 December 2011

Antara Nama Besar Ulama' Al Asya'irah

Antara Ulama’-Ulama’ dalam Bidang Aqidah yang Bermazhab Al-Asya’irah
§  Imam Abu Al-Hasan Al-Asy’ari, pengarang kitab Al-Luma’ dan Maqolat Islamiyyin
§  Imam Al-Baqillani (405H)
§  Abu Ishaq Al-Isfarayini (418 H)
§  Imam Ishaq As-Syirazi (476 H)
§  Imam Al-Juwaini
§  Imam Al-Haramain Abu Al-Ma’ali Al-Juwaini (478 H), pengarang kitab An-Nizomiyah
§  Imam Hujjatul Islam Abu Hamid Muhammad bin Muhammad Al-Ghazali r.a. pengarang kitab Al-Iqtisod fi Al-I’tiqod (505 H)
§  Imam Ibn ‘Asakir (576 H), pengarang kitab tabiyiin Kazb Al-Muftari
§  Imam As-Syahristani (548 H)
§  Imam Fakhruddin Ar-Razi pengarang kitab Asas At-Taqdis (606 H)
§  Imam Al-Allamah Al-Amadi (631 H)
§  Imam Al-Iji (756 H)
§  Imam Sa’ad At-Taftazani (793 H) pengarang kitab syarh Al-Maqosid
§  Imam As-Syarif Al-Jurjani (816 H)
§  Imam Abu Mansur At-Tamimi
§  Imam Nas Al-Maqdisi
§  Imam Al-Farawi
§  Imam Abu Al-Walid Al-Baji
§  Imam Al-Bahili
§  Imam Sultonul Ulama’ Izz ibn Abdis Salam
§  Imam HibbatulLah Al-Makki
§  Imam Al-Baijuri

Antara Mufassir-mufassir Bermazhab Al-Asy’ari
§  Imam Al-Mufassir Al-Allamah Al-Qurtubi r.a.
§  Imam Al-Mufassir Ibn Kathir (rujuk buku tobaqot As-Syafi’iyyah Al-Kubra 10/200 karangan Imam As-Subki, Ad-Durar Al-Kamin 1/85 karangan Ibn Hajar dan sebagainya)
§  Imam Al-Mufassir Ibn ‘Athiyyah Al-Andalusi r.a., pengarang kitab tafsir Al-Muharrar Al-Wajiz
§  Imam Al-Mufassir Abu Hayyan Al-Andalusi r.a., pengarang kitab Al-Bahr Al-Muhith.
§  Imam Al-Mufassir Fakhruddin Ar-Razi r.a., pengarang kitab tafsir mafatih Al-Ghaib
§  Imam Al-Mufassir Al-Hafiz Al-Buhgowi, pengarang kitab tafsir Al-Bughowi dan kitab Syarh As-Sunnah.
§  Imam Al-Mufassir Abu Al-Laith As-Samarqandi r.a., pengarang kitab tafsir Bahr Al-Ulum, kitab bustanul Arifin dan tanbih Al-Ghafilin.
§  Imam Al-Mufassir Abu Al-Hasan Ali An-Naisaburi pengarang kitab asbab An-Nuzul.
§  Imam Al-Mufassir Abu At-Thana’ Syihabuddin Al-Alusi Al-Husaini Al-Hasani r.a.
§  Imam Al-Mufassir At-Thamin Al-Halabi r.a., pengarang kitab tafsir Ad-Durr Al-Mashun.
§  Imam Al-Mufassir Al-Hafiz Jalaluddin As-Suyuti r.a., pengarang kitab tafsir Ad-Durr Al-Manthur.
§  Al-Imam Al-Khotib As-Syirbini r.a., pengarang kitab tafsir As-Siraj Al-Munir.
§  Imam Al-Allamah At-Thohir bin Asyur, pengarang kitab At-Tahrir wa At-Tanwir
§  Imam Az-Zarkasyi
§  Imam Mutawalli As-Sya’rawi r.a.

Ulama’-ulama’ Muhaddithin (hadith) yang bermazhab Al-Asya’irah
§  Imam Al-Hafiz Abu Al-Hasan Ad-Darqutni r.a.
§  Imam Al-Hafiz Abu Nu’aim Al-Ashbahani r.a., pengarang kitab hilyatul Auliya’
§  Imam Al-Hafiz Al-Hakim An-Naisaburi, pengarang kitab Mustadrak
§  Imam Al-Hafiz Ibn Hibban, pengarang kitab At-Thiqat
§  Imam Al-Hafiz Abu Sa’id Ibn As-Sam’ani r.a., pengarang kitab Al-Inshof
§  Imam Al-Hafiz Abu Bakr Al-Baihaqi r.a., pengarang kitab-kitab hadith dan kitab Al-Asma’ wa As-Sifat.
§  Imam Al-Khatib Al-Baghdadi
§  Imam Al-Hafiz Muhyiddin Yahya bin Syarf An-Nawawi r.a., pengarang kitab syarh sahih muslim dan banyak lagi.
§  Sheikhul Islam Imam Al-Hafiz Abu Amr bin As-Solah
§  Imam Al-Hafiz Ibn Daqiq Al-‘Aid
§  Imam Al-Hafiz Ibn Abi Jamrah Al-Andalusi, musnid Ahlul Maghrib
§  Imam Al-Hafiz Al-Karmani, pengarang syarah sahih Al-Bukhari
§  Imam Al-Hafiz Al-Munziri, pengarang At-Targhib wa At-Taqrib
§  Imam Al-Hafiz Al-Abi, pensyarah sahih Muslim
§  Imam Al-Hafiz Ibn Hajar Al-Asqolani, pengarang fahtul Bari dan sebagainya.
§  Imam Al-Hafiz As-Sakhowi r.a.
§  Imam Al-Qostollani r.a. pengarang Irsyad As-Sariy
§  Imam Al-Hafiz Al-Munawi r.a..
§  Imam Al-Hafiz Ad-Dimyathi r.a.
§  Sheikh Al-Hafiz Waliyullah Al-Dahlawi r.a.
§  Sheikh Abu Al-Mahasin Al-Qouquji
§  Sheikh Al-Hafiz Ahmad As-Siddiq Al-Ghumari r.a..
§  Sheikh Al-Musnid Muhammad Al-Hafiz At-Tijani.
§  Sheikh Musnid Ad-Dunya, Sheikh Muhammad Yasiin Al-Fadani.
§  Sheikh Al-Musnid Abbas Al-Maliki

Antara Ulama’-ulama’ Sirah yang Bermazhab Al-Asy’ari
§  Imam Qadhi ‘Iyad, pengarang kitab As-Syifa fi syama’il wa ahwal Al-Mustofa
§  Imam As-Suhaili r.a., pengarang kitab Ar-Raudh Al-Unf
§  Sheikh Ibn Khaldun
§  Imam Ibn Athir r.a.
§  Imam As-Solihi Ad-Dimasqi, pengarang kitab Subulul Huda wa Ar-Rosyad
§  Sheikh Yusuf An-Nabhani r.a..

Antara Ulama’-ulama’ Fiqh yang Bermazhab Al-Asy’ari
§  Menurut Imam Tajuddin As-Subki, majoriti ulama’ mazhab As-Syafi’ie, Malikiyah, Hanafiyah dan Sebahagian ulama’ Hanabilah bermazhab Al-Asy’ari. Demikian diriwayatkan daripada Imam Izzuddin bin Abdil-Salam yang turut diakui oleh Imam Abu Amr ibn Hajib dan Jamaluddin Al-Husairi. (At-Tobaqot 3/365)

Namun, kita senaraikan antara fuqaha’ yang kuat mempertahankan mazhab Al-Asy’ari ini iaitu:
§  Imam Tajuddin As-Subki, pengarang kitab Al-Saif As-Saqil
§  Imam Sheikhul Islam Zakaria Al-Ansori r.a..
§  Imam Ar-Rafi’ie As-Syafi’e
§  Imam Ibn ‘Abidin
§  Imam Ibn Hajib.
§  Imam Al-Habib Abdullah bin ‘Alawi Al-Haddad r.a.
§  Imam ‘Alauddin Al-Bukhari
§  Imam Al-Baidhowi r.a.
§  Imam Az-Zabidi r.a.
§  Imam Al-Qorofi r.a.
§  Mufti Makkah Sheikh Ahmad Zaini Dahlan As-Syafi’e

Antara Ulama’-ulama’ Qiraat yang Bermazhab Al-Asy’ari
§  Imam Al-Qari’ Ibn Jazri
§  Imam As-Syatibi r.a.
§  Antara Pemimpin-pemimpin Islam yang Masyhur yang Bermazhab Al-Asy’ari
§  Sultan Salehuddin Al-Ayubi
§  Sultan Muhammad Al-Fateh
§  Dan ramai lagi para ulama’ Islam yang bermazhab Al-Asy’ari…Semoga Allah s.w.t. memberkati mereka dan seluruh umat Islam… Amin

Habib Abu Bakar Attas


Nasab
Habib Abu Bakar Attas bin Abdullah bin Alwi bin Zain bin Abdullah bin Zain bin ‘Alwi bin Muhammad bin ‘Ali bin Muhammad bin ‘Alwi bin Abu Bakar Al-Habshi di lahirkan di Hottah, Hadramaut pada bulan Zulkaedah 1327H (1909M). Beliau adalah merupakan salah seorang daripada guru kepada Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafiz bin Abdullah bin Abu Bakar bin Aidrus bin Umar bin Aidrus bin Umar bin Abu Bakar bin Aidrus bin Al-Husain bin Syeikh Abu Bakar bin Salim, pengasas Rubath Darul Musthofa di Tarim.

Guru-guru beliau
Semasa kecilnya ditarbiah oleh ayahandanya sendiri. Selepas ayahandanya, Habib Abdullah wafat pada tahun 1342H, tugas tersebut diambilalih oleh kekandanya Habib Hussin. Sebelum meningkat umur remaja, Habib Abu Bakar telah menghafal dan mendalami sebahagian besar isi al-Quran. Beliau menghadiri majlis-majlis ilmu, mendalami kitab-kitab ilmu dan menceduk rahasia-rahsianya yang bagaikan lautan dari ramai ulama. Diantara masyaikh beliau adalah:
• Habib Hussin bin Abdullah al-Habshi
• Habib Alwi bin ‘Abdullah al-Habshi
• Habib Alwi bin Abdullah Benshahab
• Habib Abdullah bin Idrus al-Idrus
• Habib Abdullah bin Umar asy-Syatrie
• Habib Abdul Bari bin Sheikh al-Idrus
• Habib Ahmad bin Abdurrahman as-Saggaf (as-Saqqaf)
• Habib Ahmad bin Mohsin al-Hedhar
• Habib Ali bin Abdurrahman al-Habshi
• Habib Muhammad bin ‘Ali al-Habshi
• Habib Muhammad bin Salim Asree
• Habib Muhammad bin Hadi as-Saggaf
• Habib Umar bin Muhammad Bensmeth
• Habib Hasan bin Muhammad Balfaqih
• Syeikh Mahfuz bin Utsman
• Syeikh Salim Said Bakayir

Apabila kekandanya wafat pada tahun 1369H, ia beruzlah. Beliau menghampirkan diri kepada Ilahi dan tenggelam dengan zikrullah. Ia menghabiskan sepenuh masanya dengan beribadah di dalam keadaan tenag dan juga mengulangkaji kitab-kitab para ulama yang sholeh yang memberi manfaat.
Disebabkan tekanan dari pemerintah Yaman (pada ketika itu Yaman diperintah oleh komunis) beliau telah meninggalkan Hadramaut dan akhirnya bermastautin di Mekah sehingga akhir hayatnya.

Rutin Harian Beliau
Habib Abu Bakar tidak pernah membuang masa. Masanya dibahagikan untuk amal-amal ketaatan, beribadah, kerja-kerja kebajikan, memberi nasihat dan petunjuk di dalam hal urusan orang Islam. Beliau selalu tenggelam dalam zikrullah. Beliau berjaga malam dan terus beribadah sehingga waktu syuruk. Selepas shalat ia memakan sarapan yang ringan dan tidur sebentar.
Pada jam 10 pagi beliau shalat dhuha dan terus berzikir sehingga waktu zohor. Beliau shalat sunat qabliah zohor sebanyak 4 rakaat dan membaca surah Yasin disetiap rakaat. Selepas shalat zohor dan ba’diahnya, beliau makan tengahari dan berehat.
Jam 4 petang ia terus beribadat. Selepas shalat sunat asar 4 rakaat dan beristighfar 70 kali, beliau menunaikan shalat asar dan diikuti dengan zikir, wirid dan mengadakan majlis roha sehingga maghrib Kemudian diikuti dengan shalat fardhu maghrib, sunat ba’diah dan sunat awwabin sehingga masuk waktu isyak.
Habib Abu Bakar membaca ratib al-Haddad selepas selesai shalat isya’ dan ba’diahnya. Selepas makan malam beliau tidur pada jam 10 malam dan bangun semula pada jam 2 pagi untuk memulakan rutin ibadah hariannya.
Amalan beliau ini mencerminkan sebenar-benar isi kandungan kitab tariqah Ba’alawi – al-ilmu Nabras fi Tanbih ‘ala Manhaj al-Akyas oleh kerana beliau:
“….. mengikuti jejak salaf mereka yang berteraskan ilmu dan amal, pembersihan hati dari pekerti buruk, ketaatan dan amal shalih dengan niat yang bersih, berteman dengan orang baik, tidak bergaul dengan orang-orang yang buruk kelakuan, tidak suka terkenal, menjauhi keramaian dan keriuhan disertai mengaku kekurangan diri, berakhlak mulia, bertekad tinggi, warak, zuhud, lemah-lembut, berhati-hati, meninggalkan orang yang memusuhi mereka dan menumpukan perhatian pada hal-hal akhirat ….”
Penulisan
Al-Habib Abu Bakar menghasilkan enam buah risalah dan salah satu daripadanya bertajuk “al-Tazkir al-Mustaffa”

Wafat
Habib Abu Bakar Attas wafat pada 28 Rejab 1416H dan jenazahnya di shalatkan di Masjidilharam dan diusung hingga ke perkuburan Ma’ala oleh ribuan manusia yang berzikir dan bertahlil yang tidak pernah di lihat ditanah haram.

Haram ke atas orang yang berjunub, haid dan nifas


Haram ke atas orang yang berjunub(berhadas besar) itu beberapa perkara:

     1)      Haram sembahyang sama ada sembahyang fardhu[1] atau sunat.

2)      Haram membaca[2] ayat Al Quran yang tidak dinasakhkan[3] tilawahnya(bacaannya) walau satu huruf sekalipun sama ada di baca dengan perlahan(sekadar didengar telinga kita) atau kuat.

3)      Haram menyentuh Al Quran[4] dan menanggung (membawa) Al Quran.

4)      Haram tawaf sama ada tawaf fardhu(tawaf ifadhah) atau tawaf sunat.

5)      Haram diam(berhenti) di dalam masjid walaupun kurang satu saat sekalipun[5].

6)      Haram membaca khutbah jumaat[6].

7)      Haram sujud tilawah dan sujud syukur.

Haram ke atas perempuan haid dan nifas itu beberapa perkara:

1)      Semua perkara yang diharamkan bagi orang yang berjunub.

2)      Haram lalu di dalam masjid jika TAKUT atau YAKIN[7] akan titik darahnya.

3)      Haram puasa fardhu dan sunat.

4)      Haram suami mentalaqkan isterinya dengan syarat-syarat yang tertentu disebut di dalam bab At talaq.

5)      Haram mubasyaroh(bersentuh kulit) antara pusat dan lutut sama ada dengan jimak atau lain daripada jimak[8].




[1]  Sama ada fardhu ain atau fardhu kifayah.

[2]  Yang dikehendaki membaca di sini adalah mengeluarkan suara membaca Al Quran. Dan TIDAK HARAM baca Al Quran di dalam hati.

[3]  Tidak HARAM membaca ayat quran yang dinasakhkan(tidak dibacakan) tilawahnya. Dan TIDAK HARAM membaca kitab Taurat dan kitab Injil bahkan TIDAK MAKRUH membacanya.

[4]  Termasuk di dalam HARAM menyentuh juga adalah ayat Al Quran yang terdapat pada sesuatu benda lain seperti  ada di dalam frame gambar serta ayat Al Quran itu memenuhi di dalam kawasan frame tersebut, maka frame itu juga HARAM disentuhnya. Dan jika kertas Al quran itu bercerai(terkoyak) daripada asalnya, maka jika kertas yang bercerai itu jika dilihat sekira-kira tidak lagi dipanggil SEBAHAGIAN daripada Al Quran, maka TIDAKLAH HARAM menyentuhnya.

[5]  Jika lalu di dalam masjid dari satu pintu dan keluar ke pintu yang lain TIDAKLAH HARAM bahkan TIDAK MAKRUH pada Qaul yang Asoh. 

[6]  Haram baca rukun-rukun khutbah jumaat. Adapun baca khutbah yang selain daripada khutbah jumaat maka TIDAK HARAM seperti khutbah hari raya, khutbah gerhana matahari dan sebagainya.

[7]  Termasuk juga dlm kategori yakin adalah syak, zan(sangkaan kuat di hati) dan waham(sangkaan yg sedikit di hati). Maka haram lalu masjid dgn demikian yg tersebut. Kalau yakin TIDAK TITIK darahnya maka MAKRUH sahaja lalu. Dan yang dikendaki dgn “ LALU” di sini adalah lalu dari satu pintu ke suatu pintu yang lain. Jikalau lalu dari satu pintu dan keluar ke pintu yang SAMA maka HARAM juga kerana menempati orang yang berhenti di dalam masjid.

[8]  Kata qil(pendapat yg dhai’f-lemah) TIADA HARAM melainkan  bersetubuh.

Hasil kutipan daripada kitab jawi, Matla’ul Badrain, karangan Syeikh Muhammad bin Ismail Daud Al Fathoni ( halaman 27 dan 28) dan mendengar syarahan daripada guru mulia, Ustaz Aziz Lubuk Tapah. Semoga bermanfaat. Allahua’lam