Saturday 8 December 2012

Nasihat Syeikh Yusri kepada Presiden dan Rakyat Mesir

Nasihat Syeikh Yusri kepada Presiden dan Rakyat Untuk Menghadapi Krisis Di Mesir sekarang




1. Bagi PEMIMPIN NEGARA, janganlah melakukan perkara yang meragukan orang ramai, kerana manusia tidak melihat kepada niatmu, tetapi kepada tindakanmu. Setiap pemimpin negara tidak boleh melakukan perkara yang boleh menimbulkan sebarang kekeliruan, kerana jika tidak syaitan, akan meniup fitnah ke dalam hati
rakyatnya.

2. Bagi rakyat pula, hendaklah dia TIDAK BERSANGKA BURUK dengan pemimpinnya, kerana kamu adalah UMAT ISLAM yang SATU. Mewujudkan kesatuan, biarpun dalam perbezaan pendapat, biarpun perbezaan aqidah LEBIH DITUNTUT daripada menyatakan kebenaran yang menyebabkan perpecahan.


3. Apa yang perlu kamu buat pada zaman fitnah ini?

- Lakukan perkara yang memberimu faedah, iaitu tumpukan pada apa yang tanggungjawab kamu sekarang, sebagai pelajar, peniaga dll
- Mintalah tolong daripada Allah
- Janganlah sesekali kamu bersikap lemah
- Kurangkan berkata-kata, semampu yang kamu mampu kurangkan
- Kurangkan penyertaan/ambil bahagian kepada mana2 pihak semampu mu (serahkanlah kepada Allah urusan mereka), kerana satu pihak melakukan perkara yang meragukan dan satu pihak lagi mengajak kepada permusuhan.
- Doakan kebaikan untuk seluruh orang Islam
- Jangan memberi komen kepada apa yang berlaku, kerana keadaan yang berlaku sekarang adalah satu hal yang rumit, dan kamu pula tidak tahu apa yang benar dan batil.
- Jagalah solat di masjid, zikir, selawat kepada Rasulullah SAW

4. Kejadian yang berlaku pada hari ini adalah kerana kita tidak beradab dengan adab Nabi Muhammad SAW. Ambillah ibrah daripada Nabi Muhammad SAW yang BERSEGERA MENJELASKAN SEBARANG KEKELIRUAN, yang timbul daripada keputusan baginda SAW semasa menjadi pemimpin Madinah Al-Munawwarah.

No comments: