Sunday 9 December 2012

Sifat Mukholafatuhu Lil Hawadis

Bahasan Sifat Mukholafatuhu Ta'ala Lilhawadis

Terjemahan Mukholafatuhu Lilhawadis ialah bersalahah Allah Ta'ala dengan segala benda yang baharu.


Maknanya segalah benda baru atau makhluk atau alam ini tidak sama dengan Allah Ta'ala sama sekali dari segi zat, sifat dan segala perbuatan(segala af'al)

Makna Zat Allah Ta'ala tidak sama dengan zat makhluk ialah Zat Allah bukan jirim, bukan jisim dan bukan jauhar firid.

Untuk dipanggil jirim mestilah mempunyai 6 ciri di bawah ini iaitu:

1) Benda ada
2) Benda yang tidak menumpang di yang lain(bawa diri sendiri)
3) Benda yang mengambil ruang(atau mengambil lapang)
4) Benda kena jadi
5) Benda baru
6) Benda yang boleh dibelah bahagi atau benda yang tidak boleh dibelah bahagi daripada 3 cara iaitu belah, kerat atau kikis(hiris, atau krisik)

Untuk dipanggil jisim mestilah mempunyai 6 ciri di bawah ini iaitu:

1) Benda ada
2) Benda yang tidak menumpang di yang lain(bawa diri sendiri)
3) Benda yang mengambil ruang(atau mengambil lapang)
4) Benda kena jadi
5) Benda baru
6) Benda yang boleh dibelah bahagi.
Untuk dipanggil jauhar firid mestilah mempunyai 6 ciri di bawah ini iaitu:

1) Benda ada
2) Benda yang tidak menumpang di yang lain(bawa diri sendiri)
3) Benda yang mengambil ruang(atau mengambil lapang)
4) Benda kena jadi
5) Benda baru
6) Benda yang tidak boleh dibelah bahagi.
Zat Allah bukan besar, bukan kecil, bukan tinggi, bukan rendah, bukan gemuk, bukan kurus dan lain-lain.

Zat Allah tidak mempunyai arah seperti atas, bawah, kiri, kanan, depan dan belakang.

Zat Allah juga tidak bertempat kerana tempat itu sendiri adalah makhluk ciptaan Allah seperti arash, bumi, langit dan lain-lain.

Allah tidak duduk atas arash, kerana arash itu sendiri Allah yang cipta, kalau ada orang yang mengatakan Allah tinggal di atas arasy, tidak betul sama sekali, kerana jikalau Allah tinggal di atas arasyh, kita tahu bahawa arash itu benda baru, jadi sebelum ada arash, Allah tinggal dimana???...

Jadi Allah ada tapi tidak bertempat kerana tempat itu hanya untuk makhluk.

Jadi kalau ada orang tanya, Allah duduk di mana, jawabnya Allah ada tidak bertempat.

Kesimpulan daripada huraian di atas ialah Zat Allah tidak sama dengan zat benda baru maksudnya Zat Allah bukan jirim, bukan jisim dan bukan jauhar firid.


Allah tidak sama dengan benda baru dari segi sifat:


Allah tidak sama dengan benda baru dari segi sifat maksudnya Allah bukan Arod.

Untuk dipanggil Arod mestilah mengandungi 6 ciri di bawah ini:

1)Benda ada(lazim daripada jirim itu ada)

2)Benda yang menumpang di zat yang lain
3)Benda yang mengambil ruang
4)Benda baru
5)Kena jadi
6)Benda yang boleh dibelah bahagi atau tidak boleh dibelah bahagi.

Arod boleh dikesan oleh 5 pancaindera iaitu rasa, bau,sentuh, dengar dan lihat.

Contoh arod ialah pedas, iaitu pedas ada dicili, diri pedas memang ada di cili, diri pedas tidak boleh duduk seorang diri, ia menumpang di zat cili

Contoh lain: masin ada di garam, manis adadi gula dan lain-lain.

Jadi Zat Allah bukan arod, arod hanya layak pada makhluk.


Perbuatan Allah Ta'ala tidak sama dengan perbuatan mahkluk, maksudnya perbuatan Allah Ta'ala tidak perlukan perantaraan, atas alat perkakasan, contohnya Allah Ta'ala membuat langit dan bumi tidak memerlukan alat perkakasan, bebrbeza dengan kita, jika kita nak buat rumah, kita memrlukan simen, batu, pasir dan lain-lain.

No comments: