Sunday 9 December 2012

Ilmu Tauhid



Hukum secara umum ada tiga:

1) Hukum Akal
2) Hukum Adat
3) Hukum syara’

Hukum akal ada tiga:

1) Wajib Akal – benda tentu sungguh, tak terima nak kata tidak.
2) Mustahil Akal – benda tentu tidak, tak terima nak kata sungguh.
3) Harus Akal – benda terima kedua-dua belah sungguh atau tidak.

Hukum Adat ada tiga:

1) Wajib Adat
2) Mustahil Adat
3) Harus adat

Hukum Syara’ atau ‘Aridi ada dua:

1) Wajib Syara’ atau wajib ‘aridhi
2) Mustahil Syara’ atau wajib ‘aridhi


Wajib setiap mukallaf tahu Ta’rif bagi setiap istilah di bawah:

1) Zat, jirim, jisim, jauhar firid, arod, sifat, sifat ma’ani, nafsiah, salbiah, maknawiyah,makhluk,alam,benda baru (majazi, haqiqi), istihalatul mustahil, dll
Ringkasan 20 sifat dan 4 sifat Rasul 1 sifat harus bagi Allah dan 1 sifat harus bg Rasul.


S: Apakah hukum mengetahui segala hukum akal? 
J: Wajib wasail, yakni buat tangga bagi sampai kepada wajib.

Hukum akal ada tiga:

1) Wajib
2) Mustahil
3) Harus

Ta’rif wajib akal ialah perkara tentu sungguh(sengoti, sebenar), tak terima nak kata tidak. Huraiannya, akal kita tidak terima sebelah tidak, hanya terima sebelah sungguh.

Ta’rif mustahil akal ialah perkara tentu tidak, tak terima nak kata sungguh(sengoti, sebenar). Huraiannya, akal kita tidak terima sebelah sungguh, hanya terima sebelah tidak.

Ta’rif harus akal ialah perkara yang terima kedua-dua iaitu samada sungguh atau tidak atas jalan bergilir ganti(bukan serentak berlaku).

Contohnya, makhluk ini yang mana makhluk ini terima ada dan juga terima tidak ada, atau terima sungguh dan terima pula tidaknya(pecah atau tidak pecah).

Hukum adat ialah adat kebiasaan(biasa berlaku).
Hukum adat ada tiga:

1) Wajib
2) Mustahil
3) Harus

Makna wajib adat ialah benda yang wajib berlaku atau pasti berlaku, seperti makan banyak wajib kenyang, atau api sifatnya membakar, pisau tajam wajib memutuskan sayur yang dipotong.

Mustahil adat ialah benda yang mustahil berlaku dari segi adat kebiasaan seperti api tidak membakar kertas, pisau yang tajam tidak boleh memotong sayur.

Harus adat ialah perkara yang boleh jadi berlaku dan boleh jadi tidak berlaku seperti makan nasi sepinggan, boleh jadi kenyang atau boleh jadi tidak boleh kenyang.

Hukum syara’
Hukum syara’ terpecah kepada beberapa dua bahagian:

1)Hukum Syara' Taklifi
2)Hukum Syara' Wad'i


Hukum syarak taklifi ada lima:
 
1) Wajib
2) Sunat
3) Haram
4) Makruh
5) Harus

Hukum syarak’ Wadh'i ada lima:

1) Sebab
2) Syarat
3) Mani'(perkara yang menghalang)
4) Sah
5) Batal

Setiap hukum taklifi digandingkan(dibanding@dipadu) dengan hukum wadh'i.
Contohnya, wajib ada sebab, ada syarat, ada mani', ada sah dan ada batal.
Contohnya, solat Zohor hukumnya wajib, dengan sebab gelincir matahari, maka baru wajib solat Zohor, syarat sebelum masuk sembahyang kena ambil wuduk dahulu, mani' seperti haid dan nifas adalah perkara yang menghalang daripada solat, sah seperti melakukan syarat-syarat sah solat, batal seperti meninggalkan perkara yang membatalkan solat. Jadi secara keseluruhan, hukum syara' ada dua puluh(25).                                              

Wajib syara’(aridhi) ialah perkara yang tidak menyalahi janji yang terdapat di dalam Al-Quran seperti mati seseorang, mati itu wajib berlaku kerana Allah telah menjanjikan di dalam Al-quran iaitu setiap yang bernyawa akan mati.

Mustahil syara’(aridhi) ialah perkara menyalahi janji yang mana sesuatu perkara yang terdapat di dalam Al-Quran seperti mati seseorang, mati itu wajib berlaku kerana Allah telah menjanjikan di dalam Al-quran iaitu setiap yang bernyawa akan mati. Jika tidak berlaku kematian kepada sesuatu yang bernyawa, maka ini ialah mustahil syara’ kerana menyalahi janji di dalam al-quran.

Harus syara’(Rujuk: Kitab Khulasoh)

2 comments:

Anonymous said...

JAZAKALLAH KHAIR PENERANGAN RINGKAS YG MENAMBAH KEFAHAMAN.

Pakman Turki said...

Hukum aridhi difahamkan adalah hukum yang tidak mengikut ilmu Dan iradst Allah. Betul ke ni?