Sunday 9 December 2012

Sifat Qidam

BAHASAN SIFAT QIDAM

I’tikod sebelah sifat yg wajib bg Allah Ta’ala
Qidam ertinya sedia.
Sedia di sini bermaksud tidak ada mula.
Tidak ada mula di sini bermaksud tidak ada mula Zat Allah Ta’ala.
Wajib bagi Zat Allah Ta’ala ada, ada Zat Allah Ta’ala itu, tidak ada mula iaitu tidak ada orang yg menjadikannya.(Ini dipanggil wajib akal)
Wajib atas kita beri’tikod bahawa Zat Allah Ta’ala ada, ada Zat Allah Ta’ala itu, tidak ada mula.(Ini dipanggil wajib syara’).
I’tikod sebelah sifat mustahil atas Allah Ta’ala
Hudus lawannya Qidam
Hudus ertinya baharu/baru
Baharu di sini ertinya baharu Zat Allah Ta’ala
Mustahil atas Allah Ta’ala bersifat dengan baharu(Ini dipanggil mustahil akal)
Jadi, Zat Allah Ta’ala tidak baharu.(Ini dipanggil istihalatul mustahil)
Wajib atas kita beri’tikod bahawa Zat Allah Ta’ala tidak baharu.(wajib syara’)
Dalil akal sifat Qidam.
Jikalau Allah tidak bersifat dgn Qidam(sedia ataupun tak ada mula), tentulah Allah bersifat dengan baharu.
Jikalau Allah bersifat dgn baharu, tentulah Allah itu lemah.
Jikalau Allah itu lemah, tentulah Allah itu tidak boleh menjadikan alam ini.
Alam ini tidak ada ataupun tidak wujud, hukumnya mustahil kerana alam ini sudah ada dengan pandangan mata kita.
Alam ini ada, mestilah ada yang menjadikanya iaitu Allah Ta’ala.
Nyatalah Allah Ta’ala berkuasa menjadikan alam ini.
Bila Allah Ta’ala berkuasa, maka Allah Ta’ala tidak lemah.
Manakala Allah Ta’ala tidak lemah, tentulah Allah Ta’ala tidak baharu.
Manakala Allah Ta’ala itu tidak baharu, tentulah Allah Ta’ala itu QIDAM(sedia: tak ada mula)

No comments: