Rintihan
  Sheikh Sa'ad Jawish al-Azhari kepada para Azhariyyin ketika memberi  
tausiyah di dalam majlis bersama Sheikhna Sidi Yusuf al-Hasani di Ben  
'Alawi:
Beliau berkata; "Aku amat ta'ajjub dengan kalian semua apabila aku  
sampai Malaysia. Sebelum aku sampai di sini(rumah Ben 'Alawi), aku  
berada di Kedah dan menyampaikan tausiah di satu Masjid. Dan amat  
menarik perhatian aku, apabila aku melihat para hadirin, kesemuanya  
memakai pakaian serba putih, berserban. Aku berkata,
 "Apakah ini? Adakah  Azhar telah berpindah ke sini?" Aku amat terpegun 
dengan kalian semua.  Dan inilah suasana Azhar pada 200 tahun dahulu".
"Para
  azhariyyin apabila berjalan di pasar-pasar, masyarakat akan mengenali 
 mereka dengan serban serta jubah mereka. Dan suasana begitulah yang  
menjadi imej Azhar pada suatu masa dahulu. Akan tetapi, kita melihat  
sekarang, para azhariyyin datang kuliah, hanya memakai pakaian biasa,  
tiada mencerminkan seorang penuntut ilmu warisan Baginda s.a.w.". 
"Dan
 aku juga tertarik, kalian semua membaca Qasidah Burdah karangan  Imam 
Bushyiriy. Apakah Imam Bushiri berasal dari sini? Amat mengejutkan,  
beliau dimakamkan di Iskandariyah, tetapi qasidahnya itu dibaca sampai  
kesini. Bahkan ada diantara kamu yang menghafal dan pandai  
melagukannya".
" Selain
 itu, aku juga melihat acara-acara maulid Baginda s.a.w. diadakan  di 
sini bahkan lebih banyak berbanding di Mesir sendiri. Sedangkan  
majlis-majlis sebeginilah yang menyucikan hati kita semua, mendatangkan 
 perasaan kecintaan kepada Baginda s.a.w., memperingatkan kita kepada  
Baginda s.a.w.. Apabila sampai kepada qiam, kamu semua berdiri  
menandakan penghormatan kamu semua kepada kemuliaan Baginda s.a.w.. Amat
  menakjubkan aku."
" Aku
 amat berbangga dengan kalian, dan tidaklah aku berharap melainkan  
suasana ini dihidupkan kembali di Azhar sebagaimana yang kalian semua  
amalkan disini ".
*petikan daripada kalam beliau~
http://simusafirilahi.blogspot.com/2011/10/khusus-buat-penuntut-ilmu-di-al-azhar.html
No comments:
Post a Comment