Saturday, 8 December 2012

Nasihat Syeikh Yusri kepada Presiden dan Rakyat Mesir

Nasihat Syeikh Yusri kepada Presiden dan Rakyat Untuk Menghadapi Krisis Di Mesir sekarang




1. Bagi PEMIMPIN NEGARA, janganlah melakukan perkara yang meragukan orang ramai, kerana manusia tidak melihat kepada niatmu, tetapi kepada tindakanmu. Setiap pemimpin negara tidak boleh melakukan perkara yang boleh menimbulkan sebarang kekeliruan, kerana jika tidak syaitan, akan meniup fitnah ke dalam hati
rakyatnya.

2. Bagi rakyat pula, hendaklah dia TIDAK BERSANGKA BURUK dengan pemimpinnya, kerana kamu adalah UMAT ISLAM yang SATU. Mewujudkan kesatuan, biarpun dalam perbezaan pendapat, biarpun perbezaan aqidah LEBIH DITUNTUT daripada menyatakan kebenaran yang menyebabkan perpecahan.


3. Apa yang perlu kamu buat pada zaman fitnah ini?

- Lakukan perkara yang memberimu faedah, iaitu tumpukan pada apa yang tanggungjawab kamu sekarang, sebagai pelajar, peniaga dll
- Mintalah tolong daripada Allah
- Janganlah sesekali kamu bersikap lemah
- Kurangkan berkata-kata, semampu yang kamu mampu kurangkan
- Kurangkan penyertaan/ambil bahagian kepada mana2 pihak semampu mu (serahkanlah kepada Allah urusan mereka), kerana satu pihak melakukan perkara yang meragukan dan satu pihak lagi mengajak kepada permusuhan.
- Doakan kebaikan untuk seluruh orang Islam
- Jangan memberi komen kepada apa yang berlaku, kerana keadaan yang berlaku sekarang adalah satu hal yang rumit, dan kamu pula tidak tahu apa yang benar dan batil.
- Jagalah solat di masjid, zikir, selawat kepada Rasulullah SAW

4. Kejadian yang berlaku pada hari ini adalah kerana kita tidak beradab dengan adab Nabi Muhammad SAW. Ambillah ibrah daripada Nabi Muhammad SAW yang BERSEGERA MENJELASKAN SEBARANG KEKELIRUAN, yang timbul daripada keputusan baginda SAW semasa menjadi pemimpin Madinah Al-Munawwarah.

Wednesday, 5 December 2012

Memperingati Manusia Agung

Petikan ceramah Habib ‘Umar hafizahUllah pada 25/02/2006 di kediaman Sayyid Thohir bin Yahya, Semarang, sebagaimana tercatat dalam buku “Singa Podium” halaman 34 – 37:-
Di dalam hadis, Rasulullah bersabda: “Aku adalah orang yang pertama sekali memohon syafa`at dan aku adalah orang yang pertama kali diterima syafa`atnya oleh Allah”. Lihatlah di dalam hadis ini ! Rasulullah mengajar agar kita menjalin hubungan dengannya, menjalin hubungan yang erat dengan Rasulullah SAW. Dahulu para sahabat berkumpul yang dalam perkumpulan itu para sahabat mengingat Allah, mereka berkumpul mengingat Nabi Muhammad, mengingat orang-orang yang dimuliakan oleh Allah.
Lihat keadaan kaum muslimin sekarang, berbeda dengan keadaan para sahabat Rasulullah, kaum muslimin di zaman kita berkumpul mengingat orang-orang yang tidak beriman kepada Allah, menyebut nama-nama orang yang hina di sisi Allah, sehingga betapa banyak kaum muslimin yang terpengaruh dengan pemikiran barat, pemikiran orang-orang yang tidak pernah sujud kepada Allah. Kewajiban kita kaum muslimin adalah kita menyuburkan keimanan di dalam hati kita, kita tingkatkan keimanan kepada Allah dan tanamkan pada hati-hati kita bahwa kemuliaan hanya milik Allah dan Rasulullah, keagungan hanyalah milik Allah dan RasulNya. Allah berfirman di dalam al-Quran: “Kemuliaan, keagungan adalah milik Allah, milik Rasulullah dan milik mereka yang beriman kepada Allah. Adapun mereka orang-orang munafiqin tidak mengetahui kalau kemuliaan adalah milik Allah.”
Oleh kerana itu ayyuhal ikhwan, mari kita agungkan Allah, kita agungkan mereka orang-orang yang diagungkan Allah, muliakanlah orang-orang yang dimuliakan oleh Allah. Kewajiban kita mengagungkan Allah, mengagungkan Rasulullah, mengagungkan para sahabat Rasulullah, mengagungkan para auliya` Allah. 

Disebutkan ketika pada suatu hari para sahabat berkumpul, mereka menyebut tentang keistimewaan para Nabi-Nabi yang terdahulu. Beberapa dari mereka mengatakan: “Lihatlah Nabi Ibrahim yang dijadikan oleh Allah sebagai Khalilullah.” Maka beberapa sahabat yang lain mengatakan: “Tapi lihat Nabi Musa yang lebih agung yang dijadikan oleh Allah sebagai kalimullah, orang yang bicara langsung dengan Allah.” Beberapa lagi mengatakan: “Lihat Nabi Isa a.s. yang dijadikan oleh Allah sebagai ruhullah sebagai kalimatullah!” Beberapa lagi mengatakan tentang Nabi Adam yang diciptakan oleh Allah secara langsung. Ketika mereka sedang menyebutkan keistimewaan para nabi yang terdahulu, datang kepada mereka Nabi Muhammad shalallahu ‘alaihi wasallam, ketika Nabi Muhammad datang pada mereka dan mengucapkan salam kepada mereka, Rasulullah mengatakan kepada mereka: “Wahai para sahabatku, kalian berkumpul pada saat ini menyebutkan tentang keistimewaan para nabi utusan-utusan Allah, kalian mengatakan bahawa Nabi Ibrahim adalah khalilullah dan memang demikian Nabi Ibrahim adalah khalilullah. Dan kalian menyebutkan bahwa Nabi Musa adalah kalimullah, nabi yang berbicara langsung dengan Allah, yang bermunajat langsung dengan Allah, dan memang demikian adanya Nabi Musa sebagai kalimullah. 

Dan demikian pula dengan Nabi Isa dan Nabi Adam, yang mereka adalah orang yang mulia di sisi Allah `azza wa jalla.” Kemudian Nabi mengatakan kepada mereka:- “Dan ketahuilah wahai para sahabatku bahwa aku adalah habibullah, aku adalah kekasih Allah, aku adalah orang pertama yang akan memberikan syafa`at kepada umat manusia di hari kiamat nanti, aku adalah orang yang termulia dari semua makhluk yang diciptakan Allah, aku adalah nabi pertama yang akan memasuki surga dan bersamaku orang-orang fuqara` dari kalangan orang-orang mukminin (orang-orang yang beriman kepada Allah).”
Lihatlah Rasulullah, bagaimana beliau mengajarkan kita agar kita menjalinkan hubungan dengannya, agar kita selalu menguatkan hubungan dengan Rasulullah. Allah dan RasulNya lebih pantas kita agungkan, lebih pantas kita muliakan kalau memang kita beriman kepada Allah dan Rasulullah.

Pesanan Habib Umar Kepada Kita Semua Wahai Rakyat Malaysia...


Habib 'Umar telah menyampaikan nasihat yang amat berguna kepada kita semua semasa kehadirannya baru-baru ini di Negara Malaysia, bersama-samalah kita merenungkan apa yang disampaikan oleh Pendakwah ke Jalan Allah dan Rasul saw ini:

Betapa ramai orang berbicara tentang Agama, akhirnya membawa kepada jema'ah tertentu. Betapa ramai orang yang berbicara tentang Agama, akhirnya membawa kepada kepentingan tertentu seperti kemasyhuran diri ataupun keuntungan bisnes.... 


Betapa ramai orang berbicara tentang Agama, akhirnya hanya membawa kepada tariqat tertentu. Betapa ramai orang yang berbicara tentang Agama, akhirnya membawa kepada parti tertentu.

Sekiranya begitulah tujuan seseorang berbicara agama, maka siapakah pula orang yang akan berbicara tentang Agama, untuk mengajak umat Islam kepada Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w.?

Sesungguhnya, Umat Islam berhajat kepada majlis-majlis yang menyatukan hati-hati mereka. Yang mana majlis tersebut hanya bertujuan untuk menghidupkan Agama, sebagaimana yang diperintahkan oleh Baginda s.a.w..

Bahkan majlis-majlis sebegitulah-lah yang menjadi kebanggaan Baginda s.a.w.. Apatah lagi majlis tersebut menyatukan hati umat Islam diatas cinta kepada Allah s.w.t. dan Baginda s.a.w.

Habib 'Umar pun berdoa sebelum meneruskan ucapan beliau;

"Ya Allah, jadikanlah kami golongan yang menghidupkan Agama kami".

"Ya Allah, jadikanlah kami golongan yang menghidupkan Agama kami".

"Ya Allah, jadikanlah kami golongan yang menghidupkan Agama kami".

Atas keberkahan doa  ulama yang IKHLAS berserta jutaan orang Islam yang teguh berdiri di jalan Allah dari zaman Wali Tujuh di Malaya sehingga sekarang, Allah masih memelihara Malaysia dari sebarang kerosakan di tangan tangan agen dajjal.

Allahumma Aamiin..