Sunday, 9 December 2012

Sifat Mukholafatuhu Lil Hawadis

Bahasan Sifat Mukholafatuhu Ta'ala Lilhawadis

Terjemahan Mukholafatuhu Lilhawadis ialah bersalahah Allah Ta'ala dengan segala benda yang baharu.


Maknanya segalah benda baru atau makhluk atau alam ini tidak sama dengan Allah Ta'ala sama sekali dari segi zat, sifat dan segala perbuatan(segala af'al)

Makna Zat Allah Ta'ala tidak sama dengan zat makhluk ialah Zat Allah bukan jirim, bukan jisim dan bukan jauhar firid.

Untuk dipanggil jirim mestilah mempunyai 6 ciri di bawah ini iaitu:

1) Benda ada
2) Benda yang tidak menumpang di yang lain(bawa diri sendiri)
3) Benda yang mengambil ruang(atau mengambil lapang)
4) Benda kena jadi
5) Benda baru
6) Benda yang boleh dibelah bahagi atau benda yang tidak boleh dibelah bahagi daripada 3 cara iaitu belah, kerat atau kikis(hiris, atau krisik)

Untuk dipanggil jisim mestilah mempunyai 6 ciri di bawah ini iaitu:

1) Benda ada
2) Benda yang tidak menumpang di yang lain(bawa diri sendiri)
3) Benda yang mengambil ruang(atau mengambil lapang)
4) Benda kena jadi
5) Benda baru
6) Benda yang boleh dibelah bahagi.
Untuk dipanggil jauhar firid mestilah mempunyai 6 ciri di bawah ini iaitu:

1) Benda ada
2) Benda yang tidak menumpang di yang lain(bawa diri sendiri)
3) Benda yang mengambil ruang(atau mengambil lapang)
4) Benda kena jadi
5) Benda baru
6) Benda yang tidak boleh dibelah bahagi.
Zat Allah bukan besar, bukan kecil, bukan tinggi, bukan rendah, bukan gemuk, bukan kurus dan lain-lain.

Zat Allah tidak mempunyai arah seperti atas, bawah, kiri, kanan, depan dan belakang.

Zat Allah juga tidak bertempat kerana tempat itu sendiri adalah makhluk ciptaan Allah seperti arash, bumi, langit dan lain-lain.

Allah tidak duduk atas arash, kerana arash itu sendiri Allah yang cipta, kalau ada orang yang mengatakan Allah tinggal di atas arasy, tidak betul sama sekali, kerana jikalau Allah tinggal di atas arasyh, kita tahu bahawa arash itu benda baru, jadi sebelum ada arash, Allah tinggal dimana???...

Jadi Allah ada tapi tidak bertempat kerana tempat itu hanya untuk makhluk.

Jadi kalau ada orang tanya, Allah duduk di mana, jawabnya Allah ada tidak bertempat.

Kesimpulan daripada huraian di atas ialah Zat Allah tidak sama dengan zat benda baru maksudnya Zat Allah bukan jirim, bukan jisim dan bukan jauhar firid.


Allah tidak sama dengan benda baru dari segi sifat:


Allah tidak sama dengan benda baru dari segi sifat maksudnya Allah bukan Arod.

Untuk dipanggil Arod mestilah mengandungi 6 ciri di bawah ini:

1)Benda ada(lazim daripada jirim itu ada)

2)Benda yang menumpang di zat yang lain
3)Benda yang mengambil ruang
4)Benda baru
5)Kena jadi
6)Benda yang boleh dibelah bahagi atau tidak boleh dibelah bahagi.

Arod boleh dikesan oleh 5 pancaindera iaitu rasa, bau,sentuh, dengar dan lihat.

Contoh arod ialah pedas, iaitu pedas ada dicili, diri pedas memang ada di cili, diri pedas tidak boleh duduk seorang diri, ia menumpang di zat cili

Contoh lain: masin ada di garam, manis adadi gula dan lain-lain.

Jadi Zat Allah bukan arod, arod hanya layak pada makhluk.


Perbuatan Allah Ta'ala tidak sama dengan perbuatan mahkluk, maksudnya perbuatan Allah Ta'ala tidak perlukan perantaraan, atas alat perkakasan, contohnya Allah Ta'ala membuat langit dan bumi tidak memerlukan alat perkakasan, bebrbeza dengan kita, jika kita nak buat rumah, kita memrlukan simen, batu, pasir dan lain-lain.

Sifat Baqo'

Bahasan sifat Baqo’
I’tikod sebelah sifat yg wajib bg Allah Ta’ala
Baqo’ ertinya kekal.
Kekal di sini bermaksud kekal Zat Allah Ta’ala
Zat Allah Ta’ala Kekal Zati iaitu ada Zat Allah Ta’ala tidak ada kaitan langsung dgn sesiapapun yg memberi kekal.
Wajib bagi Allah Ta’ala mempunyai sifat kekal(ini dipanggil wajib akal).
Wajib atas kita beri’tikod mengatakan ada Zat Allah Ta’ala kekal(ini dipanggil wajib syara’).
I’tikod sebelah sifat mustahil atas Allah Ta’ala.
Fana’ lawanya Baqo’
Fana’ di sini bermaksud binasa.
Binasa di sini bermaksud binasa Zat Allah Ta’ala.
Mustahil atas Allah Ta’ala bersifat dengan binasa(Ini dipanggil mustahil akal).
Wajib bg Zat Allah Ta’ala tidak binasa(Ini dipanggil istahalatul mustahil).
Wajib atas kita beri’tikod bahawa Zat Allah Ta’ala itu tidak binasa.
Dalil akal Dalil sifat Baqo’
Jikalau Allah tidak bersifat dgn Baqo’(kekal), tentulah Allah bersifat dgn (fana’)binasa.
Jikalau Allah bersifat dgn binasa, tentulah Allah itu baharu.
Jikalau Allah itu baharu, tentulah Allah itu lemah.
Jikalau Allah itu lemah, tentulah Allah itu x blh menjadikan alam ini.
Alam ini tidak ada ataupun tidak wujud, hukumnya mustahil kerana alam ini sudah ada dengan pandangan mata kita.
Alam ini ada, mestilah ada yang menjadikanya iaitu Allah Ta’ala.
Nyatalah Allah Ta’ala berkuasa menjadikan alam ini.
Bila Allah Ta’ala berkuasa, maka Allah Ta’ala tidak lemah.
Manakala Allah Ta’ala tidak lemah, maka Allah Ta’ala itu tentulah tidak baharu.
Manakala Allah Ta’ala itu tidak baharu, tentulah Allah Ta’ala itu tidak binasa.
Manakala Allah Ta’ala tidak binasa, tentulah Allah ta’ala itu Kekal(BAQO’)

Jadi kita kena i'tikod bahawa Zat Allah tetap kekal, kata Zat Allah binasa tidak sama sekali.
 
 
http://syariatwalhakikat.blogspot.com/search/label/aqidah

Sifat Qidam

BAHASAN SIFAT QIDAM

I’tikod sebelah sifat yg wajib bg Allah Ta’ala
Qidam ertinya sedia.
Sedia di sini bermaksud tidak ada mula.
Tidak ada mula di sini bermaksud tidak ada mula Zat Allah Ta’ala.
Wajib bagi Zat Allah Ta’ala ada, ada Zat Allah Ta’ala itu, tidak ada mula iaitu tidak ada orang yg menjadikannya.(Ini dipanggil wajib akal)
Wajib atas kita beri’tikod bahawa Zat Allah Ta’ala ada, ada Zat Allah Ta’ala itu, tidak ada mula.(Ini dipanggil wajib syara’).
I’tikod sebelah sifat mustahil atas Allah Ta’ala
Hudus lawannya Qidam
Hudus ertinya baharu/baru
Baharu di sini ertinya baharu Zat Allah Ta’ala
Mustahil atas Allah Ta’ala bersifat dengan baharu(Ini dipanggil mustahil akal)
Jadi, Zat Allah Ta’ala tidak baharu.(Ini dipanggil istihalatul mustahil)
Wajib atas kita beri’tikod bahawa Zat Allah Ta’ala tidak baharu.(wajib syara’)
Dalil akal sifat Qidam.
Jikalau Allah tidak bersifat dgn Qidam(sedia ataupun tak ada mula), tentulah Allah bersifat dengan baharu.
Jikalau Allah bersifat dgn baharu, tentulah Allah itu lemah.
Jikalau Allah itu lemah, tentulah Allah itu tidak boleh menjadikan alam ini.
Alam ini tidak ada ataupun tidak wujud, hukumnya mustahil kerana alam ini sudah ada dengan pandangan mata kita.
Alam ini ada, mestilah ada yang menjadikanya iaitu Allah Ta’ala.
Nyatalah Allah Ta’ala berkuasa menjadikan alam ini.
Bila Allah Ta’ala berkuasa, maka Allah Ta’ala tidak lemah.
Manakala Allah Ta’ala tidak lemah, tentulah Allah Ta’ala tidak baharu.
Manakala Allah Ta’ala itu tidak baharu, tentulah Allah Ta’ala itu QIDAM(sedia: tak ada mula)