Sunday, 9 December 2012

Sifat Wujud


Wujud ertinya ada
Ada di sini bermaksud ada Zat Allah Ta’ala.
Ada terbahagi kepada 2 iaitu ada yang zati(hakiki) da nada yang majazi.
Ada Allah Ta’ala ialah ada yang hakiki bukan ada majazi.
Ada Allah Ta’ala dengan tidak ada mula.
Ada Allah Ta’ala tidak binasa.
Mustahil atas Allah Ta’ala bersifat dengan tidak wujud.
Kata Allah Ta’ala itu tidak wujud, tidak sama sekali
Kita ber’tikod bahawa Allah Ta’ala tetap wujud, kata Allah Ta’ala tidak wujud itu adalah tidak sama sekali.
Dalil:
1)Jikalau Allah tidak wujud, nescaya Allah lemah.
2)Jikalau Allah Ta’ala lemah, nescaya Allah tidak berkuasa.
3)Jikalau Allah Ta’ala tidak berkuasa, nescaya Allah tidak boleh buat alam ini.
4)Jikalau Allah Ta’ala tidak boleh alam ini, nescaya alam ini tidak ada.
5)Hukum alam ini tidak ada adalah mustahil kerana alam ini sudah ada dengan pandangan mata kita.
6)Nyata daripada ada alam ini, tentulah ada penciptannya iaitu Allah Ta’ala.
7)Nyata daripada Allah Ta’ala mencipta alam ini, tentulah Allah berkuasa dan tidak lemah
8)Bila Allah Ta’ala berkuasa tentulah Dia wujud.

Sifat Kesempurnaan Allah

I’TIKOD SECARA UMUM – SIFAT KESEMPURNAAN ALLAH TA’ALA
 
Wajib bagi Allah Ta’ala mempunyai segala sifat kesempurnaan(kamalat), dan mustahil atas Allah tidak bersifat dengan segala sifat kesempurnaan.
 
Wajib atas kita(setiap mukallaf) beri’tikod seperti di atas.
 
Dalil Allah Ta’ala mempunyai segala sifat kesempurnaan(kamalat) ialah :
 
1)Jikalau Allah tidak mempunyai sifat kesempurnaan nescaya Allah bersifat dengan sifat kekurangan.
 
2)Jikalau Allah bersifat dengan sifat kekurangan, nescaya Allah lemah.
 
3)Jikalau Allah Ta’ala lemah, nescaya Allah tidak berkuasa.
 
4)Jikalau Allah Ta’ala tidak berkuasa, nescaya Allah tidak boleh buat alam ini.
 
5)Jikalau Allah Ta’ala tidak boleh alam ini, nescaya alam ini tidak ada.
 
6)Hukum alam ini tidak ada adalah mustahil kerana alam ini sudah ada dengan pandangan mata kita.
 
7)Nyata daripada ada alam ini, tentulah ada penciptannya iaitu Allah Ta’ala.
 
8)Nyata daripada Allah Ta’ala mencipta alam ini, tentulah Allah berkuasa dan tidak lemah.
 
9)Bila Allah Ta’ala berkuasa tentulah Dia tidak bersifat dengan sifat kekurangan.
 
10)Bila Allah Ta’ala tidak bersifat dengan sifat kekurangan, tentulah Dia bersifat dengan segala sifat kesempurnaan.
 

Ilmu Tauhid



Hukum secara umum ada tiga:

1) Hukum Akal
2) Hukum Adat
3) Hukum syara’

Hukum akal ada tiga:

1) Wajib Akal – benda tentu sungguh, tak terima nak kata tidak.
2) Mustahil Akal – benda tentu tidak, tak terima nak kata sungguh.
3) Harus Akal – benda terima kedua-dua belah sungguh atau tidak.

Hukum Adat ada tiga:

1) Wajib Adat
2) Mustahil Adat
3) Harus adat

Hukum Syara’ atau ‘Aridi ada dua:

1) Wajib Syara’ atau wajib ‘aridhi
2) Mustahil Syara’ atau wajib ‘aridhi


Wajib setiap mukallaf tahu Ta’rif bagi setiap istilah di bawah:

1) Zat, jirim, jisim, jauhar firid, arod, sifat, sifat ma’ani, nafsiah, salbiah, maknawiyah,makhluk,alam,benda baru (majazi, haqiqi), istihalatul mustahil, dll
Ringkasan 20 sifat dan 4 sifat Rasul 1 sifat harus bagi Allah dan 1 sifat harus bg Rasul.


S: Apakah hukum mengetahui segala hukum akal? 
J: Wajib wasail, yakni buat tangga bagi sampai kepada wajib.

Hukum akal ada tiga:

1) Wajib
2) Mustahil
3) Harus

Ta’rif wajib akal ialah perkara tentu sungguh(sengoti, sebenar), tak terima nak kata tidak. Huraiannya, akal kita tidak terima sebelah tidak, hanya terima sebelah sungguh.

Ta’rif mustahil akal ialah perkara tentu tidak, tak terima nak kata sungguh(sengoti, sebenar). Huraiannya, akal kita tidak terima sebelah sungguh, hanya terima sebelah tidak.

Ta’rif harus akal ialah perkara yang terima kedua-dua iaitu samada sungguh atau tidak atas jalan bergilir ganti(bukan serentak berlaku).

Contohnya, makhluk ini yang mana makhluk ini terima ada dan juga terima tidak ada, atau terima sungguh dan terima pula tidaknya(pecah atau tidak pecah).

Hukum adat ialah adat kebiasaan(biasa berlaku).
Hukum adat ada tiga:

1) Wajib
2) Mustahil
3) Harus

Makna wajib adat ialah benda yang wajib berlaku atau pasti berlaku, seperti makan banyak wajib kenyang, atau api sifatnya membakar, pisau tajam wajib memutuskan sayur yang dipotong.

Mustahil adat ialah benda yang mustahil berlaku dari segi adat kebiasaan seperti api tidak membakar kertas, pisau yang tajam tidak boleh memotong sayur.

Harus adat ialah perkara yang boleh jadi berlaku dan boleh jadi tidak berlaku seperti makan nasi sepinggan, boleh jadi kenyang atau boleh jadi tidak boleh kenyang.

Hukum syara’
Hukum syara’ terpecah kepada beberapa dua bahagian:

1)Hukum Syara' Taklifi
2)Hukum Syara' Wad'i


Hukum syarak taklifi ada lima:
 
1) Wajib
2) Sunat
3) Haram
4) Makruh
5) Harus

Hukum syarak’ Wadh'i ada lima:

1) Sebab
2) Syarat
3) Mani'(perkara yang menghalang)
4) Sah
5) Batal

Setiap hukum taklifi digandingkan(dibanding@dipadu) dengan hukum wadh'i.
Contohnya, wajib ada sebab, ada syarat, ada mani', ada sah dan ada batal.
Contohnya, solat Zohor hukumnya wajib, dengan sebab gelincir matahari, maka baru wajib solat Zohor, syarat sebelum masuk sembahyang kena ambil wuduk dahulu, mani' seperti haid dan nifas adalah perkara yang menghalang daripada solat, sah seperti melakukan syarat-syarat sah solat, batal seperti meninggalkan perkara yang membatalkan solat. Jadi secara keseluruhan, hukum syara' ada dua puluh(25).                                              

Wajib syara’(aridhi) ialah perkara yang tidak menyalahi janji yang terdapat di dalam Al-Quran seperti mati seseorang, mati itu wajib berlaku kerana Allah telah menjanjikan di dalam Al-quran iaitu setiap yang bernyawa akan mati.

Mustahil syara’(aridhi) ialah perkara menyalahi janji yang mana sesuatu perkara yang terdapat di dalam Al-Quran seperti mati seseorang, mati itu wajib berlaku kerana Allah telah menjanjikan di dalam Al-quran iaitu setiap yang bernyawa akan mati. Jika tidak berlaku kematian kepada sesuatu yang bernyawa, maka ini ialah mustahil syara’ kerana menyalahi janji di dalam al-quran.

Harus syara’(Rujuk: Kitab Khulasoh)