Thursday 10 May 2012

Qadha solat bagi MUSLIMAT


Kecuaian/kelalaian yang WAJIB muslimat ketahui:


1-      Solat yang PERLU diqadha di awal SEBELUM kedatangan haid:

-  Jika perempuan datang haid DI DALAM waktu zohor, dan dia masih BELUM menunaikan solat zohor, sedangkan dia SEMPAT untuk solat  zohor itu, maka dia WAJIB qadha solat zohor itu apabila kering haidnya.

Jika perempuan datang haid DI DALAM waktu asar, dan dia masih BELUM menunaikan solat asar, sedangkan dia SEMPAT untuk solat asar itu, maka dia WAJIB qadha solat asar itu apabila kering haidnya.

- Jika perempuan datang haid DI DALAM waktu maghrib, dan dia masih BELUM menunaikan solat maghrib, sedangkan dia SEMPAT untuk solat maghrib itu, maka dia WAJIB qadha solat maghrib itu apabila kering haidnya.

- Jika perempuan datang haid DI DALAM waktu isya', dan dia masih BELUM menunaikan solat isya', sedangkan dia SEMPAT untuk solat isya' itu, maka dia WAJIB qadha solat isya' itu apabila kering haidnya.

- Jika perempuan datang haid DI DALAM waktu subuh, dan dia masih BELUM menunaikan solat subuh, sedangkan dia SEMPAT untuk solat subuh itu, maka dia WAJIB qadha solat subuh itu apabila kering haidnya.


2-      Solat yang PERLU diqadha di waktu akhir kering haid:


-    Perempuan yang kering haid DI DALAM waktu zohor, dan HANYA SEMPAT untuk solat zohor sekira-kira satu rakaat sahaja SEBELUM masuk waktu asar, maka setelah MASUK waktu asar, WAJIB dia mandi dan WAJIB qadha solat ZOHOR tersebut.

-      Perempuan yang kering haid DI DALAM waktu zohor, dan SEMPAT untuk habiskan solat zohor, maka dia WAJIB mandi dan solat ZOHOR sahaja.



-     Perempuan yang kering haid DI DALAM waktu asar, dan HANYA SEMPAT untuk solat asar sekira-kira satu rakaat sahaja SEBELUM masuk waktu maghrib, maka setelah MASUK waktu maghrib, WAJIB dia mandi dan WAJIB qadha solat ZOHOR serta qadha solat ASAR.

-    Perempuan yang kering haid DI DALAM waktu asar, dan SEMPAT untuk habiskan solat asar, maka dia WAJIB mandi dan solat ASAR serta WAJIB qadha ZOHOR.



-      Perempuan yang kering haid DI DALAM waktu maghrib, dan HANYA SEMPAT untuk solat maghrib sekira-kira satu rakaat sahaja SEBELUM masuk waktu isya’, maka setelah MASUK waktu isya’, WAJIB dia mandi dan WAJIB qadha solat MAGHRIB tersebut.

-    Perempuan yang kering haid DI DALAM waktu maghrib, dan SEMPAT untuk habiskan solat maghrib, maka dia WAJIB mandi dan solat MAGHRIB sahaja.




-    Perempuan yang kering haid DI DALAM waktu isya’, dan HANYA SEMPAT untuk solat isya’ sekira-kira satu rakaat sahaja SEBELUM masuk waktu subuh, maka setelah MASUK waktu subuh, WAJIB dia mandi dan WAJIB qadha solat MAGHRIB serta qadha solat ISYA’.

-     Perempuan yang kering haid DI DALAM waktu isya’, dan SEMPAT untuk habiskan solat isya’, maka dia WAJIB mandi dan solat ISYAK serta WAJIB qadha MAGHRIB.



-    Perempuan yang kering haid DI DALAM waktu subuh, dan HANYA SEMPAT untuk solat subuh sekira-kira satu rakaat sahaja SEBELUM habis/keluar waktu subuh, maka setelah habis/keluar waktu subuh, WAJIB dia mandi dan WAJIB qadha solat SUBUH sahaja.

-      Perempuan yang kering haid DI DALAM waktu subuh, dan SEMPAT untuk habiskan solat subuh, maka dia WAJIB mandi dan solat subuh sahaja.


Perhatian:

-    Cara atau tanda untuk MENGENALPASTI sama ada haid itu kering atau tidak kering, adalah dengan mengambil sedikit kapas dan masukkan ke dalam faraj/kemaluan.

-     Kemudian, kapas tersebut dilihat.

-   Jika kapas itu KERING PUTIH atau BASAH PUTIH JERNIH, maka tandanya haid SUDAH KERING.

-   Sebaliknya, jika kapas tersebut ADA warna darah, maka tandanya haid BELUM KERING. Maka HARAM mandi hadas, solat, puasa, baca Al Quran dan sebagainya.

-     Kesilapan yang BIASA dilakukan oleh mereka yang datang haid juga,adalah, HANYA melihat lampinnya sahaja sebagai TANDA haid masih ada atau sudah kering. Ini merupakan suatu kesilapan yang membawa kepada HARAM/BERDOSA dan TIDAK SAH ibadat.

-     Sepatutnya, yang MENENTUKAN sama ada haidnya masih ada atau kering, adalah dengan memasukkan kapas atau kain ke dalam faraj/kemaluannya.

§  Sebagai contoh, jika seorang perempuan melihat TIADA warna darah haid pada lampinnya, tetapi jika dimasukkan kapas ke dalam faraj/kemaluan, kemudian dikeluarkan, dan TERDAPAT warna darah, maka NYATALAH perempuan itu masih di dalam HAID. Jadi, perempuan itu HARAM mandi hadas, solat, puasa, baca Al Quran dan sebagainya.

§  Contoh kedua, jika seorang perempuan melihat TIADA warna darah haid pada lampinnya, tetapi jika dimasukkan kapas ke dalam faraj/kemaluan, kemudian dikeluarkan, TIDAK TERDAPAT warna darah. Hanya BASAH PUTIH JERNIH sahaja, maka haid perempuan itu telah KERING. Jadi, HARUSLAH bagi perempuan itu mandi hadas, solat, puasa, baca Al Quran dan sebagainya.


Hasil kutipan daripada kitab jawi, Kifayatul Muhtadi, karangan Syeikh Muhammad Noor Bin Muhammad Bin Ismail Al fathoni ( halaman 37) dan mendengar syarahan daripada guru mulia, Baba Idris Al Fathoni. Semoga bermanfaat. Allahua’lam



1 comment:

Anonymous said...

sememangnya sangat bermanfaat.. syukran.. assalamualaikum...