Friday 11 May 2012

Qadha solat bagi MUSLIMIN


Kecuaian/kelalaian yang WAJIB diketahui muslimin:

Kepada kaum Muslimin, JANGAN ingat MUSLIMAT sahaja yang WAJIB qadha solat. Muslimin juga WAJIB qadha solat!


Antara TANDA sampai HAD umur(baligh) bagi LELAKI adalah keluar mani.

** Untuk LELAKI pertama kali keluar mani sahaja.. 

Masalah:

1-  Jika seorang lelaki tidur di dalam waktu zohor, lalu bermimpi hingga keluar mani, kemudian dia tersedar DI DALAM waktu ASAR, dan dia YAKIN maninya itu keluar SEBELUM masuk waktu ASAR, maka dia WAJIB qadha solat ZOHOR itu, kerana dia TELAH BALIGH di dalam waktu zohor.



2-  Jika seorang lelaki tidur di dalam waktu asar, lalu bermimpi hingga keluar mani, kemudian dia tersedar DI DALAM waktu MAGHRIB, dan dia YAKIN maninya itu keluar SEBELUM masuk waktu MAGHRIB, maka dia WAJIB qadha solat ASAR itu, kerana dia TELAH BALIGH di dalam waktu asar.



3-   Jika seorang lelaki tidur di dalam waktu maghrib, lalu bermimpi hingga keluar mani, kemudian dia tersedar DI DALAM waktu ISYA’, dan dia YAKIN maninya itu keluar SEBELUM masuk waktu ISYA’, maka dia WAJIB qadha solat MAGHRIB itu, kerana dia TELAH BALIGH di dalam waktu maghrib.



4-  Jika seorang lelaki tidur di dalam waktu isya’, lalu bermimpi hingga keluar mani, kemudian dia  tersedar DI DALAM waktu SUBUH, dan dia YAKIN maninya itu keluar SEBELUM masuk waktu SUBUH, maka dia WAJIB qadha solat ISYA’ itu, kerana dia TELAH BALIGH di dalam waktu isya’.



5-  Jika seorang lelaki tidur di dalam waktu subuh, lalu bermimpi hingga keluar mani, kemudian dia  tersedar SETELAH keluar waktu subuh, dan dia YAKIN maninya keluar SEBELUM keluar waktu subuh, maka dia WAJIB qadha solat SUBUH itu, kerana dia TELAH BALIGH di dalam waktu subuh.


Adapun bagi lelaki yang DI BAWAH umur 15 tahun Islam(bukan tahun masihi), yang TIDAK pernah keluar mani, sama ada di dalam keadaan dia TIDUR atau JAGA, maka TANDA dia sampai umur baligh adalah dengan CUKUP 15 tahun Islam, walaupun dia tidak pernah keluar mani sekalipun, TETAP dipanggil sampai umur baligh.

Maka TERCATATLAH segala amalan baik buruknya ketika itu.

Namun, amat mendukacitakan KEBANYAKAN bahkan RAMAI Muslimin tidak mengambil berat perkara ini.

Hasil kutipan daripada pengajian kitab jawi, Kifayatul Muhtadi, karangan Syeikh Muhammad Noor Bin Muhammad Bin Ismail Al fathoni dan mendengar syarahan daripada guru mulia, Baba Idris Al Fathoni. Semoga bermanfaat. Allahua’lam

No comments: