Wednesday 9 May 2012

Nifas


Takrif pertama:

Darah yang keluar setelah KOSONG rahim peranakan perempuan.

-    Manakala rahim peranakan KOSONG, lalu KELUAR darah maka darah ini dinamakan NIFAS.

-     Darah yang keluar SEBELUM keluar anak atau darah yang keluar BERSERTA/BERSAMA anak, TIDAK dinamakan NIFAS.

-    MESTI kosong rahim dahulu, kemudian keluar darah, maka darah itulah dinamakan NIFAS.

§   Misalnya, jika keluar anak TETAPI terputus anggota tangan. Tangan anak itu masih ada di dalam rahim perempuan. Kalau keluar darah sebelum tangan dikeluarkan, maka itu bukan darah nifas.

§    Yang dihukumkan sebagai darah nifas adalah SETELAH dikeluarkan tangan anak tersebut lalu KELUAR darah, maka ini darah nifas. Dengan makna setelah KOSONG rahim perempuan, barulah dihukumkan nifas.

-   Kalau keluar darah di antara anak yang pertama dengan anak yang kedua, TIDAK dinamakan NIFAS. Tetapi darah itu dihukum ISTIHADHAH kalau keluar kurang daripada 24 jam. Kalau keluar cukup 24 jam, maka dihukum HAID.

§    Misalnya, kalau ada anak kembar, anak pertama sudah keluar dan anak kedua belum lagi keluar(masih ada di dalam rahim perempuan),tiba-tiba keluar darah SEBELUM keluar anak yang kedua, maka darah itu bukan NIFAS kerana rahim perempuan itu MASIH BELUM KOSONG.

§  Tetapi darah yang keluar antara dua anak itu dihukum Istihadhah kalau keluarnya tidak cukup 24 jam. Dan jika keluar darah antara dua anak itu CUKUP 24 jam, maka dihukum haid.




Takrif kedua:

Nama bagi satu jenis darah yang keluar mengiringi wiladah, dengan bahawa adalah keluarnya darah dahulu daripada lalu masa lima belas hari daripada beranak.

-          Makna keluar mengiringi wiladah di sini ialah keluar SELEPAS beranak.

-          Wiladah bermaksud DIRI keluar anak(beranak).

§ Termasuk di dalam kategori hukum seperti wiladah juga adalah, ‘Alaqoh(seketul darah) dan Mudhghah(seketul daging) - keguguran.

§     Sebelum ditiup roh dipanggil ‘Alaqoh, bergantung/melekat di dinding rahim.

§     ‘Alaqoh ini dipanggil Mudhghah selepas 40 hari.

§    Mudhghah ini ditiupkan roh setelah mencapai umur 120 hari dan dipanggil anak atau janin.

§    Yang dikehendaki ‘Alaqoh dan Mudhghah keguguran di sini adalah yang hampir nak jadi manusia.

§    ‘Alaqoh atau Mudhghah itu gugur, maka darah yang keluar SELEPAS keguguran itu dipanggil NIFAS juga.

-      Maksud, keluarnya darah dahulu daripada lalu masa lima belas hari daripada beranak adalah

§  MESTI keluar darah nifas itu dalam lingkungan hari pertama melahirkan anak dan tidak melebihi/menjangkau 15 hari.

§   Misalnya, perempuan melahirkan anak pada 1hb, dan tidak keluar darah. Tetapi keluar darah pada 15hb, maka darah ini dihukumkan NIFAS kerana MASIH di dalam lingkungan 15 hari.

§    Misal kedua, perempuan melahirkan anak pada 1hb, dan tidak keluar darah. Tetapi keluar darah pada 2hb, maka darah ini dihukumkan NIFAS kerana MASIH di dalam lingkungan 15 hari.

§    Misal ketiga, perempuan melahirkan anak pada 1hb, dan tidak keluar darah. Tetapi keluar darah pada 5hb, maka darah ini dihukumkan NIFAS kerana MASIH di dalam lingkungan 15 hari.

§    Misal keempat, perempuan melahirkan anak pada 1hb, dan tidak keluar darah. Tetapi keluar darah pada 10hb, maka darah ini dihukumkan NIFAS kerana MASIH di dalam lingkungan 15 hari.

§    Misal kelima, perempuan melahirkan anak pada 1hb, dan tidak keluar darah. Tetapi keluar darah pada 5hb dan 6hb dan 7 hb dan hari seterusnya sebelum melebihi 15hb , maka darah ini dihukumkan NIFAS kerana MASIH di dalam lingkungan 15 hari.

§  Dan  misal seterusnya, kiaskanlah.




Dan jika adalah darah yang keluar kemudian daripada lalu masa yang tersebut, adalah darah haid dan tiada nifas baginya.

-     Kalau perempuan melahirkan anak pada hari pertama dan tidak KELUAR darah. Hanya keluar darah SELEPAS daripada lingkungan 15 hari, maka BUKAN darah nifas.

§   Misalnya, perempuan melahirkan anak pada 1hb, dan tidak keluar darah. Tetapi keluar darah pada 16hb, maka darah ini TIDAK DIHUKUMKAN NIFAS kerana sudah keluar daripada lingkungan 15 hari.

§    Misal kedua, perempuan melahirkan anak pada 1hb, dan tidak keluar darah. Tetapi keluar darah pada 17hb, maka darah ini TIDAK DIHUKUMKAN NIFAS kerana sudah keluar daripada lingkungan 15 hari.

§    Misal ketiga, perempuan melahirkan anak pada 1hb, dan tidak keluar darah. Tetapi keluar darah pada 18hb, maka darah ini TIDAK DIHUKUMKAN NIFAS kerana sudah keluar daripada lingkungan 15 hari.

§  Bagi 3 misal di atas ini, tidak lagi dihukumkan nifas kerana sudah keluar daripada 15 hari. Hanya dihukumkan sama ada HAID atau ISTIHADHAH sahaja. Kalau keluar darah itu cukup 24 jam, maka dihukumkan haid. Kalau tidak cukup 24 jam, maka dihukumkan istihadhah.

§  Dan misal seterusnya, kiaskanlah.




Dan darah yang keluar dahulu daripada wiladah dan darah yang keluar berserta dengan anak itu, tiada dinamakan darah nifas. Hanya darah fasid jua, jikalau tiada tiada berhubung dengan haid yang dahulunya.

-     Darah yang keluar SEBELUM keluar anak atau darah yang keluar BERSERTA/BERSAMA anak, TIDAK dinamakan NIFAS. Hanya darah FASID sahaja.

-      Setengah ulama mengatakan darah fasid ini sama sahaja dengan darah istihadhah.

-    Maksud jikalau tiada tiada berhubung dengan haid yang dahulunya adalah, dengan bahawa keluar darah SEBELUM melahirkan anak, darah itu TIDAK sampai 24 jam. Maka darah ini, adalah darah fasid.

-     Perempuan yang keluar darah TIDAK sampai 24 jam sebelum melahirkan anak, WAJIB solat kerana itu darah fasid/istihadhah jua.



Dan jika berhubung dengan haid, adalah ia darah haid kerana dibinakan/diikut perkataan ulama atas bahawasanya perempuan yang bunting/mengandung, datang haid. Inilah Qaul yang asohnya(terlebih sohih).

-    Kalau keluar darah SEBELUM melahirkan anak, dan darah itu CUKUP 24 jam atau LEBIH 24 jam, maka ini adalah darah haid.

-       Qaul yang MUKTAMAD, haid berlaku pada perempuan yang mengandung.



Dan masa sekurang-sekurang nifas, satu lahzah jua, dan jikalau sedikit darah nifas sekalipun.

-  Maksud satu lahzah adalah satu detik, sekelip mata, satu masa yang paling singkat/cepat. Asalkan keluar darah nifas tidak kira sama ada 2 saat, 1 saat, setengah saat. Yang penting ada keluar darah. Kalau tidak keluar darah, maka TIADA nifas.

-      Selepas keluar anak daripada rahim perempuan, keluar darah setitik, maka itu nifas.

-    Walaupun keluar darah sedikit sekalipun, umpama setitik atau setengah titik, maka dihukumkan nifas.

-    Sekurang-kurang nifas, TIDAK menggugurkan FARDHU solat. Maknanya, WAJIB solat. Adapun sekurang-kurang haid, menggugurkan fardhu solat.

§   Misalnya, perempuan yang melahirkan anak, keluar darah setitik, kemudian kering. Maka WAJIB mandi angkat hadas wiladah serta nifas dan solat. Maknanya, WAJIB solat juga.



Dan sebanyak-banyak nifas, 60 hari 60 malam.

-     Dua bulan.

-     Kalau keluar darah pada 61hb dan ke atas, maka BUKAN nifas.

-   Bilangan 60 hari 60 malam ini dikira BERMULA melahirkan anak.  



Dan yang ghalibnya(adat kebiasaannya), 40 hari 40 malam.

-       Kebanyakan perempuan, nifasnya 40 hari 40 malam.

-     Misal, perempuan yang kering nifas pada hari ke 40, kemudian mandi hadas angkat besar dan solat pada hari-hari berikutnya. Tiba-tiba keluar darah pada hari ke 46, maka hari yang ke 46 itu pun dihukum darah NIFAS juga. Kerana hari yang ke 46 itu, masih berada di dalam lingkungan tempoh 60 hari. Dan darah yang berhenti pada hari ke 40 itu, dihubungi darah sebelum berlalu masa 15 hari.

-    Misal kedua, perempuan yang kering nifas pada hari ke 40, kemudian mandi hadas angkat besar dan solat pada hari-hari berikutnya. Tiba-tiba keluar darah pada hari ke 56, maka hari yang ke 56 itu BUKAN darah NIFAS. Walaupun masih di dalam masa lingkungan 60 hari sekalipun, tetap BUKAN darah nifas kerana tidak dihubungi darah di dalam masa 15 hari. Yaitu, bermula dari hari ke 40 hingga hari ke 55.


Perhatian:

1-  Perempuan yang TIDAK menunaikan solat zohor setelah melahirkan anak DI DALAM waktu zohor, sedangkan perempuan itu SEMPAT solat zohor, maka WAJIB qadha solat zohor itu apabila kering nifasnya.

2- Perempuan yang TIDAK menunaikan solat asar setelah melahirkan anak DI DALAM waktu asar, sedangkan perempuan itu SEMPAT solat asar, maka WAJIB qadha solat asar itu apabila kering nifasnya.

3-   Perempuan yang TIDAK menunaikan solat maghrib setelah melahirkan anak DI DALAM waktu maghrib, sedangkan perempuan itu SEMPAT solat maghrib, maka WAJIB qadha solat maghrib itu apabila kering nifasnya.

4-  Perempuan yang TIDAK menunaikan solat isya' setelah melahirkan anak DI DALAM waktu isya’, sedangkan perempuan itu SEMPAT solat isya’, maka WAJIB qadha solat isya’ itu apabila kering nifasnya.

5-  Perempuan yang TIDAK menunaikan solat subuh setelah melahirkan anak DI DALAM di dalam waktu subuh, sedangkan perempuan itu SEMPAT solat subuh, maka WAJIB qadha solat subuh itu apabila kering nifasnya.


Hasil kutipan daripada kitab jawi, Matla’ul Badrain, Syeikh Muhammad bin Ismail Daud Al Fathoni ( halaman 27) dan mendengar syarahan daripada guru mulia, Ustaz Aziz Lubuk Tapah. Semoga bermanfaat. Allahua’lam

No comments: