Sunday 6 May 2012

Syarat-syarat berwudhu' bagi sohibudharurah



Syarat-syarat berwudhuk bagi sohibudhorurah*

1-      Mendahulu akan istinja’ dan tahaffuz atas wudhu’
-          Mesti bersuci atau membasuh atau membersih dahulu faraj/kemaluan(qubul)
-          Membalut/menyumbat/ mengikat qubul tersebut

2-      WAJIB mualat(berturut-turut) antara istinja’ dan tahaffuz. Dan antara tahaffuz dan wudhuk. Dan antara wudhuk dan sembahyang
-      Jangan bagi selang masa yang lama antara membersih qubul dan menyumbat/      mengikat qubul
-      Jangan bagi selang masa yang lama antara menyumbat/mengikat qubul dan mengambil wudhuk
-      Jangan bagi selang masa yang lama antara mengambil wudhu’ dan sembahyang

3-      Diperbuat sekelian itu(syarat yang pertama dan kedua di atas) kemudian(selepas) daripada masuk waktu sembahyang
-          MESTI buat syarat yang pertama dan kedua di atas itu SELEPAS masuk waktu sembahyang.
-          Apabila sudah masuk waktu sembahyang, barulah boleh buat syarat-syarat di atas.
-          Kalau buat syarat pertama dan kedua di atas SEBELUM masuk waktu sembahyang, maka TIDAK SAH wudhu’nya

Tambahan dari Baba Idris Al Fathoni:
-      TIDAK SAH mengambil wudhu’ bagi orang yang sohibudhorurah dengan niat  “ Sahaja aku mengangkat hadas ”.
-      TIDAK SAH niat wudhu’ itu bagi sohibudharurah kerana hadasnya sentiasa ada.
-      Hanya SAH niat bagi sohibudharurah itu dengan niat MENGHARUSKAN FARDHU SEMBAHYANG seperti “ Sahaja aku mengambil wudhuk untuk mengharuskan sembahyang  yang fardhu ”
-      نَوَيْتُ اسْتِبَاحَةَ الصَّلاةِ المَفْرُوْضَةِ
-      Selepas berwudhu’ terus solat fardhu
-      Hanya BOLEH solat satu fadhu sahaja dan beberapa solat sunat dan boleh  menanggung/menyentuh Al Quran

·         *    -  Orang yang sentiasa keluar air kencing(silsil baul)
            -  atau orang yang sentiasa keluar darah(istihadhah)
            -  atau orang sentiasa datang/berkekalan hadas seperti selalu keluar angin
            -  sama ada lelaki atau perempuan


Hasil kutipan daripada kitab jawi, Hidayatus Sibyan, karangan Syeikh Abu Abdullah Husein Nasir Bin Muhammad Tayyib Al Mas'udi Al Banjari ( halaman 10) dan mendengar syarahan daripada guru mulia, Baba Idris Al Fathoni. Semoga bermanfaat. Allahua’lam

No comments: