Monday 14 May 2012

Qiyamuhu ta’ala binafsih


Perbahasan sifat Allah, Qiyamuhu ta’ala binafsih

Ertinya, berdiri Allah ta’la dengan sendirinya
    -  Maksudnya, adanya Allah ta’ala dengan cara-cara diri.

    -  Syarat ada baginya Allah ta’laa dengan cara-cara diri adalah MESTI lepas DUA SEBAB ini:

1.       Ada Allah itu, TIDAK BERHAJAT/ TIDAK PERLU/ TIDAK BERKEHENDAK daripada zat yang lain.

§  Yakni, tiada berkehendak / tiada perlu/ tiada berhajat Allah ta’ala kepada zat yang lain, kerana Allah ta’ala sudah zat.
§  Maka zat itu, tiada berkehendak kepada zat yang lain.
§  BERSALAHAN (tidak sama) dengan sifat, sifat MESTI menumpang pada zat, kerana sifat TIDAK BOLEH bawa diri sendiri.
§  Dan BERSALAHAN ‘arodh, maka ‘arodh berkehendak/berhajat/perlu kepada jirim.

2.       Ada Allah itu, TIDAK BERHAJAT/ TIDAK PERLU/ TIDAK BERKEHENDAK daripada yang menjadikan Allah.

§  Yakni, Allah tidak berkehendak/ tidak perlu/ tidak berhajat kepada tukang yang menjadikan Allah, kerana Allah itu SEDIA(QADIM).
§  Bahkan Allah lah yang menjadikan segala perkara(makhluk ini).
§  BERSALAHAN (tidak sama) yang baru (makhluk), maka berkehendak/ perlu/ berhajat kepada yang menjadikannya.

-  Jadi, pegangan sebelah wajib yang WAJIB kita iktiqad adalah, Allah itu lepas/ tidak berkehendak/ tidak perlu/ tidak berhajat daripada zat yang lain DAN lepas/ tidak berkehendak/ tidak perlu/ tidak berhajat daripada yang menjadikan Allah ta’ala.


-  Kesimpulannya, makna yang difahami daripada sifat Qiyamuhu ta’ala binafsih itu, bahawasanya Allah itu zat (bukan sifat dan bukan ‘arodh) lagi pula qadim sediakala (bukan baharu).



Mustahil lawannya, yaitu Qiyamuhu bighairihi


    -  Ertinya, adanya Allah ta’ala dengan yang lain.

    -   Yakni, ada Allah ta’ala pada yang lain.

    -  Yakni, ada Allah ta’ala berkehendak/ berhajat kepada DUA SEBAB:

1.       Ada Allah itu, berkehendak/ berhajat/ perlu kepada zat yang lain.
2.       Ada Allah itu, berkehendak/ berhajat/ perlu kepada yang menjadikan Allah.

        - Jadi, kata ada Allah itu, berkehendak kepada zat yang lain DAN berkehendak kepada yang menjadikan Allah itu, TIDAK SAMA sekali, MUSTAHIL di atas Allah.



Dan DALIL/ ALASAN/ BUKTI di atas adanya Allah ta’ala dengan cara-cara diri itu:


    -  Kita fikir (MESTI fikir hingga sampai faham)

 -  Bahawasanya, jikalau tidak ada Allah dengan cara-cara diri, dengan bahawa BERKEHENDAK Allah kepada zat yang lain:

§  NESCAYA/ TENTULAH ada Allah itu sifat.
§  Dan jika Allah itu sifat, nescaya tidak bersifat Allah dengan sifat ma’ani seperti Qudrat dan sifat ma’nawiyyah seperti kaunuhu Qoodiran, kerana sifat TIDAK BOLEH menumpang pada sifat yang lain.
§  Maka tentulah tak dapat mengada akan makhluk ini.
§  Maka, batil/ mustahil.
§  Kerana mahkluk ini sudah ada dengan dapat dipandangkan dengan mata kepala.

      -  Atau, jikalau tidak ada Allah dengan cara-cara diri, dengan bahawa BERKEHENDAK Allah kepada yang menjadikan Allah:

§  Maka TENTULAH Allah itu baru (kena jadi).
§  TENTULAH berhajat kepada yang menjadikan Allah.
§  Dan jika sekiranya Allah itu baru, maka MUSTAHIL.
§  Kerana telah lepas nyatanya/ jelas/ terang pada dalil sifat Qidam yang telah lalu.


Dalil/ jalan lain atas wajib Allah bersifat dengan sifat Qiyamuhu ta’ala binafsih:


    -  Jika Allah ada, dengan bahawa berkehendak kepada yang menjadikan Allah, tentulah Allah itu baru.
    -  Jika Allah itu baru, tentulah Allah perlu kepada yang menjadikan Allah.
  - Jika Allah perlu kepada yang menjadikan Allah, nescaya lazimlah daripada Daur dan Tasalsul.
    -  Daur dan Tasalsul hukumnya MUSTAHIL atas Allah.
    -   Maka TETAPLAH Allah ada, tidak berkehendak kepada yang menjadikan Allah.


Kalau begitu, yakni Allah lepas dari DUA SEBAB di atas, TETAPLAH ada Allah ta’ala dengan cara-cara diri, yakni tidak berkehendak Allah kepada zat yang lain DAN tidak berkehendak Allah kepada yang menjadi akan Allah.


Hasil kutipan daripada kitab jawi, Khulasatut Tauhid Fi Ma’rifatil ‘Aqo’id ( halaman 22) dan mendengar syarahan daripada guru mulia, Baba Idris Al Fathoni. Semoga bermanfaat. Allahua’lam

2 comments:

Aron Muhammad said...

ustaz mau tanya ne.
apakah allah itu bertempat....?

Aron Muhammad said...

ustaz mau tanya ne.
apakah allah itu bertempat....?