Wednesday 16 May 2012

Kewajipan ibu bapa ke atas anak-anaknya



Anak merupakan amanah Allah. Amanah ini perlu dijaga dan dipatuhi oleh setiap manusia. Sebagaimana maklum, semua orang sayangkan anak-anak mereka sama ada mereka dari orang-orang Islam atau orang-orang Kafir sekalipun. Hanya mereka yang tidak berperikemanusiaan sahaja yang bencikan anak-anak. Sanggup membuang merata-rata macam SAMPAH.

Inilah akhlak manusia akhir zaman yang mana umat ini semakin JAHIL dengan didikan agama. Walaupun berlatarkan agama sekalipun tidak mustahil terjebak di dalam gejala ini. Sebab itulah agama perlu dijaga. BUKAN sebagai perhiasan.

Sesungguhnya Islam itu tinggi, TIDAK ADA lagi yang lebih tinggi daripada Islam. Tinggal hanya lagi orang Islam itu sahaja mencorakkan sendiri pegangan Islam mereka. Kalau betul jalan, maka bahagialah. Kalau salah jalan, maka celakalah wal ia zubillah…

Berbalik kepada perbicaraan anak-anak tadi, bergantung kepada ibu bapa mereka bagaimana mereka MENCORAKKAN anak-anak mereka. Sebagaimana mafhum daripada hadis yang dapat saya petik,

“ Tiap-tiap anak yang dilahirkan ke dunia ini, dilahirkan di dalam keadaan Fitrah, suci BERSIH, tidak ada dosa walau sedikit pun, sesuci suci kain putih. Kemudian bergantung kepada ibu bapa mereka lah menjaga, mencorak, mencantik, mengelok anak-anak mereka, sama ada membawa anak-anak mereka mengikut agama Yahudi atau mengikut agama Nasrani atau mengikut agama Majusi ”.

            Kita sebagai orang Islam, WAJIB memperelok anak-anak kita ke arah kebaikan. Bukan bermakna kebaikan itu dari segi zahir jasmani seperti memberi pakaian yang elok, makanan yang bersih, tempat tinggal yang selamat dan sebagainya TETAPI yang dimaksudkan kebaikan di sini adalah dari segi BATINIYYAH ROHANIYYAH.

        Apakah yang dimaksudkan dengan batiniyyah rohaniyyah ini? Yaitulah KEWAJIPAN mengajar anak-anak kita Adab-adab sesama Islam, Ilmu Tauhid yang asas, Ilmu Feqah yang asas serta Akhlak ataupun Tasawwuf membuang segala sifat yang dikeji SERENTAK menghiasi anak-anak kita dengan sifat yang dipuji Allah. Masyaallah alangkah rasa bersyukurnya kita dapat anak-anak seperti ini. Allahumma Amiin.

Telah bersabda Sayyiduna Rasulullah:



[ مُرُوْا الصَّبِيَّ بِالصَّلاةِ إِذَا بَلَغَ سَبْعَ سِنِيْنَ ، وَإِذَا بَلَغَ عَشَرَ سِنِيْنَ فَاضْرِبُوْهُ عَلَيْهَا ] رواه أبو داود



Ertinya: “ Menyuruh oleh kamu akan kanak-kanak dengan sembahyang apabila sampai tujuh tahun dan apabila sampai sepuluh tahun, maka dipukul oleh kamu akan kanak-kanak atasnya ”.

          Di dalam hadis di atas, menyuruh dengan makna di atas jalan PERINTAH WAJIB. Wajib mengajar oleh ibu bapa ke atas anak-anak mereka, yaitu mengajar SEMBAHYANG FARDHU yang lima waktu sehari semalam apabila CUKUP umur tujuh tahun Qomariyyah. Apabila sampai umur CUKUP sepuluh tahun Qomariyyah, maka dipukul anak-anak mereka kerana meninggalkan solat yang lima waktu sehari semalam itu.

Dan hasil TAFSIR pembelajaran di dalam kitab jawi, Kifayatul Muhtadi yang dapat saya kongsikan di sini berdasarkan hadis di atas adalah:


Dan wajib atas wali kanak-kanak lelaki dan perempuan yang mumayyiz keduanya(kanak-kanak lelaki dan perempuan), bahawa menyuruh akan keduanya(kanak-kanak lelaki dan perempuan) dengan sembahyang lima waktu.

-     Wajib di sini adalah di atas jalan Fardhu Kifayah. Jika SALAH antara kedua ibu bapa sudah menyuruh kanak-kanak mereka sembahyang fardhu yang lima waktu sehari semalam, maka TIDAK berdosalah ibu bapa tersebut TETAPI, pahala HANYA dapat pada salah antara mereka yang menyuruh sahaja. Allahua’lam.

-     Wajib menyuruh solat fardhu lima waktu sehari semalam dan wajib menyuruh solat Qadha fardhu sekalipun, jika ada kanak-kanak mereka meninggalkan solat fardhu.

-    Kita HANYA wajib menyuruh sahaja dan JANGAN sekali-kali memukul mereka. Jika anak-anak kita tidak buat juga setelah disuruh, maka tidak mengapa. Sudah lepas tanggungjawab kita.


Dan mengajar akan keduanya(kanak-kanak lelaki dan perempuan) hukum sembahyang daripada rukunnya dan syaratnya dan perkara yang membatalkannya.

-    Dan WAJIB atas wali mengajar kanak-kanak mereka tentang sembahyang. Jika wali tersebut tidak boleh mengajar atau tidak pandai mengajar, maka WAJIB wali tersebut menghantar kanak-kanak mereka belajar sembahyang dengan GURU yang betul-betul boleh mengajar anak-anak mereka sembahyang dengan betul.

-       Yang dimaksudkan dengan WAJIB wali atau guru mengajar sembahyang di sini adalah, mengajar tentang rukun-rukun sembahyang, tentang syarat-syarat sembahyang dan tentang perkara-perkara yang membatalkan sembahyang.


Jika ada umur keduanya(kanak-kanak lelaki dan perempuan) 7 tahun.

-    Yang dimaksudkan dengan umur 7 tahun di sini ialah, dengan SEMPURNA 7 tahun Qomariyyah cukup-cukup. Juga dipanggil 7 tahun TAHDIDAN. Mesti tidak kurang daripada 7 tahun. Kalau kurang daripada 7 tahun, maka TIDAK WAJIB wali menyuruh sembahyang fardhu lima waktu. Hanya SUNAT sahaja supaya terbiasa dengan perkara-perkara kebajikan akhirat.

-       Dan yang SEPATUTNYA bagi wali itu, menyertakan menyuruh sembahyang itu dengan menakut-nakutkan anak-anak mereka dengan pukulan. Tapi bukan betul-betul pukul. Hanya menakut-nakutkan sahaja.

-        Itupun jika BERHAJAT atau PERLU kepada menakuti anak-anak mereka.

§  Seperti, anak-anak mereka tidak menghiraukan suruhan sembahyang daripada wali mereka.

-       Dan yang dikehendaki dengan WALI di sini ialah, ibu bapa kanak-kanak tersebut. Jika tiada ibu bapa, maka datuk kanak-kanak tersebut dan ke atas.

-          Dan jika daripada pihak ibu sekalipun. Juga dipanggil wali.

-   Kemudian, wasinya. Yaitu, orang yang MENERIMA wasiat daripada walinya. Maka, WAJIB ke atas tiap-tiap yang dikategorikan sebagai wali ini, menyuruh kanak-kanak mereka sembahyang fardhu lima waktu.

-      Maka, gugurlah TUNTUTAN wajib itu, dengan menyuruh oleh salah seorang daripada dua ibu bapanya kerana SUDAH HASIL atau SUDAH SAMPAI matlamat/tujuan dengan suruhan itu.

-    Dan diwajibkan IBU menyuruh anak-anaknya sembahyang jika tidak ada wilayahnya atau suaminya. Ini kerana, itu setengah daripada menyuruh dengan kebaikan(amar makruf).

-   Dan amar makruf itu, jadilah menyuruh sembahyang itu WAJIB atas orang yang Ajnabiyy. Maksud Ajnabiyy di sini ialah JIRAN TETANGGA, jika tidak ada ibu bapa yang menyuruh, maka tuntutan wajib menyuruh sembahyang itu terkena pada jiran tetangga.

-      Cuma, yang dikatakan wajib menyuruh oleh ibu bapa di sini kerana mereka TERLEBIH hampir daripada segala manusia bagi anak-anak mereka.

-        Dan takrif MUMAYYIZ/TAMYIZ bagi kanak-kanak itu adalah,

§  Apabila kanak-kanak itu dapat makan dan minum dengan sendirinya dan dapat membasuh najis/istinja dengan sendirinya.

§  Kata setengah ulama, apabila kanak-kanak itu dapat MENGENAL tangan kanannya dan tangan kirinya. Yang dikehendaki mengenal di sini ialah, mengenal benda yang manfaat/kebaikan dan mengenal benda yang mudharat/kejahatan.

-    Dan TIADA wajib menyuruh kanak-kanak yang BELUM sampai/cukup umur 7 tahun Qomariyyah sembahyang walaupun kanak-kanak tersebut sudah mumayyiz sekalipun kerana di dalam satu hadis menyebut, kebiasaannya kanak-kanak mumayyiz itu adalah CUKUP umur 7 tahun Qomariyyah.


Dan dipukul akan keduanya(kanak-kanak lelaki dan perempuan) atas meninggalkan sembahyang kemudian daripada 10 tahun Qomariyyah.

-     Yakni, WAJIB memukul kanak-kanak itu jika meninggalkan sembahyang lima fardhu yang lima waktu sehari semalam.

-       Dan termasuk WAJIB memukul kanak-kanak itu jika meninggalkan sembahyang qadha fardhu sekalipun.

-       Dan WAJIB memukul kanak-kanak itu jika meninggalkan satu sahaja daripada SYARAT-SYARAT sembahyang, RUKUN-RUKUN sembahyang dan PERKARA-PERKARA yang membatalkan sembahyang.

-       WAJIB memukul ini, setelah MASUK umur kanak-kanak tersebut 10 tahun Qomariyyah. Allahua’lam.

Alhamdulillah, inilah TAFSIR hadis yang dapat saya kongsikan kepada para pembaca sekalian. Mohon maaf di atas segala KEKURANGAN dan mohon TEGURAN jika ada KESILAPAN/KESALAHAN.

Hasil kutipan daripada kitab jawi, Kifayatul Muhtadi, karangan Syeikh Muhammad Noor Bin Muhammad Bin Ismail Al fathoni ( halaman 37-38) dan mendengar syarahan daripada guru mulia, Baba Idris Al Fathoni. Semoga bermanfaat. Allahua’lam

1 comment:

Anonymous said...

Apa hukum & dosa bagi ibu-bapa jika tidak menyuruh anak-anaknya menunaikan sembayang fardhu?