Wednesday 16 May 2012

Solat Imam dan Makmum




Dan jikalau mengikut oleh seorang makmum kepada seorang(imam) yang lain, disangkanya(makmum) akan imam itu laki-laki yang sah diperimamkandia, maka nyata kemudiannya keadaan imam itu perempuan, atau kafir atau makmum bagi yang lain, atau ummi, nescaya TIADA SAH sembahyangnya dan WAJIB mengembalikan sembahyangnya.

-     Jika makmum menyangka imamnya itu lelaki yang sah dibuat imam, kemudian baru sedar/baru tahu, bahawa imam itu PEREMPUAN, nescaya TIDAK SAH sembahyang makmum itu dan WAJIB makmum itu ulang semula sembahyangnya.

-     Jika makmum menyangka imamnya itu lelaki yang sah dibuat imam, kemudian baru sedar/baru tahu, bahawa imam itu KAFIR, nescaya TIDAK SAH sembahyang makmum itu dan WAJIB makmum itu ulang semula sembahyangnya.

-     Jika makmum menyangka imamnya itu lelaki yang sah dibuat imam, kemudian baru sedar/baru tahu, bahawa imam itu menjadi MAKMUM bagi imam yang lain, nescaya TIDAK SAH sembahyang makmum itu dan WAJIB makmum itu ulang semula sembahyangnya.

-     Jika makmum menyangka imamnya itu lelaki yang sah dibuat imam, kemudian baru sedar/baru tahu, bahawa imam itu UMMI, nescaya TIDAK SAH sembahyang makmum itu dan WAJIB makmum itu ulang semula sembahyangnya.


Perhatian:

-   Ummi bermaksud orang yang cedera pada bacaan fatihahnya atu lainnya daripada rukun qauli seperti di dalam takbiratulihram, bacaan tahiyat akhir, selawat di dalam tahiyat akhir dan salam yang pertama.

§  Contohnya, seorang yang tidak boleh menyebut huruf “ Ra’ ” dengan betul, atau huruf “ Dzal ” dengan betul dan lain-lain makhraj huruf.

-     Orang yang ummi hanya sah berjamaah sesama mereka sahaja. Yaitu, makmum dan imam sama-sama ummi pada huruf yang sama dan pada tempat yang sama di dalam solat.

§  Contohnya, imam dan makmum yang tidak boleh sebut huruf “ Dzal ” dengan betul dan pada tempat yang sama yaitu, “ Siratholadzin…”.

-          Maka kelakuan imam dan makmum seperti ini, SAH lah berjamaah.



Tetapi jika nyata imamnya itu berhadas atau junub atau ada ia imam kena najis yang tersembunyi pada BATIN kainnya atau badannya, maka SAH lah ikutnya oleh makmum akan imam.

-   Jika makmum mengetahui imam terkena najis/ada najis yang TIDAK NAMPAK pada batin PAKAIAN imam atau pada batin BADAN imam SELEPAS solat, maka SAH lah solat makmum. Tidak perlu lagi makmum mengulangi solat tersebut kerana solatnya telah pun SAH.

-  Jika makmum mengetahui imam terkena najis/ada najis pada ZAHIR atau BATIN pakaian/badan imam SEMASA solat, sedangkan imam TIDAK mengetahui, maka solat makmum tersebut TIDAK SAH. Maka WAJIB mengulangi solatnya.

-  Adapun bagi imam, WAJIB mengulangi semula solatnya APABILA imam tersebut mengetahui ada najis pada pakaiannya/badannya sama ada najis zahir atau najis batin sekalipun.



Maka jika ada najisnya itu pada zahir kainnya, maka WAJIB atasnya(makmum) mengembalikan sembahyangnya.

-    Jika makmum mengetahui imam terkena najis/ada najis pada zahir PAKAIAN imam atau pada zahir BADAN imam SELEPAS solat, maka solat makmum tersebut TIDAK SAH. Maka WAJIB makmum itu mengulangi solatnya.



Dan demikian lagi WAJIB mengembalikan sembahyangnya jika tahu makmum itu akan berhadas imamnya atau kena najis, maka lupa ia makmum akan imam berhadas/kena najis, maka diikut oleh makmum akan imam itu, maka kemudian daripada sembahyangnya, ingat ia makmum akan imamnya itu  berhadas/kena najis.

-    Jika makmum mengetahui PADA AWAL SEBELUM solat, bahawa imam itu di dalam keadaan berhadas atau kena najis pada pakaian/badan imam, kemudian makmum LUPA dan TERUS solat bersama imam berhadas/kena najis tadi. Kemudian itu, baharulah makmum tersebut teringat kembali bahawa imam tadi di dalam keadaan BERHADAS/KENA NAJIS. Maka WAJIB makmum tersebut mengulangi solatnya.

§  Misalnya, di dalam Mazhab Hanafi, TIDAK BATAL wudhuk si suami yang menyentuh isterinya. Dan di dalam Mazhab Syafi’e, BATAL wudhuk si suami yang menyentuh isterinya.

§  Imam bermazhab Hanafi memegang tangan isterinya TANPA berlapik. Dan di dalam masa yang sama, makmum bermazhab Syafi’e TERLIHAT/TERNAMPAK akan imam tersebut memegang isterinya. Jadi, imam itu di dalam keadaan BERHADAS. Di dalam Mazhab Imam Syafi’e, TIDAK SAH mengikut imam yang berhadas.

§  Kemudian, imam tadi menjadi imam dan makmum tadi BERJAMAAH dengan imam tersebut di dalam keadaan TERLUPA bahawa imam tadi di dalam keadaan BERHADAS.

§  Selepas SELESAI solat, baharulah makmum tersebut TERINGAT bahawa imam tadi solat di dalam keadaan BERHADAS.

§  Maka WAJIB makmum tersebut mengulangi solatnya kerana solat tadi TIDAK SAH.

§  Kemudian seterusnya, kiaskanlah. Allahua’lam


Perhatian:

-    Di dalam Mazhab Hanafi, SAH solatnya kerana menyentuh kulit antara suami dan isteri TIDAK membatalkan wudhuk. Jadi, solat imam bermazhab Hanafi tadi SAH solatnya.

-    Di dalam Mazhab Syafi’e, TIDAK SAH solatnya kerana menyentuh kulit antara suami dan isteri MEMBATALKAN wudhuk. Jadi, solat makmum bermazhab Syafi’e tadi TIDAK SAH solatnya. 


Hasil kutipan daripada kitab jawi, Bughyatut Tullab, karangan Syeikh Daud Bin ‘Abdullah Bin Idris Al Fathoni ( halaman 181 Juz I ) dan mendengar syarahan daripada guru mulia, Baba Idris Al Fathoni. Semoga bermanfaat. Allahua’lam

No comments: