Perbahasan sifat Allah, Qiyamuhu
ta’ala binafsih
Ertinya, berdiri Allah ta’la
dengan sendirinya
- Maksudnya, adanya Allah ta’ala dengan cara-cara
diri.
- Syarat ada baginya Allah ta’laa dengan cara-cara
diri adalah MESTI lepas DUA
SEBAB ini:
1. Ada
Allah itu, TIDAK BERHAJAT/
TIDAK PERLU/ TIDAK BERKEHENDAK daripada zat yang lain.
§
Yakni, tiada berkehendak / tiada perlu/ tiada
berhajat Allah ta’ala kepada zat yang lain, kerana Allah ta’ala sudah zat.
§
Maka zat itu, tiada berkehendak kepada zat yang
lain.
§
BERSALAHAN (tidak
sama) dengan sifat, sifat MESTI menumpang pada
zat, kerana sifat TIDAK BOLEH bawa diri sendiri.
§
Dan BERSALAHAN ‘arodh,
maka ‘arodh berkehendak/berhajat/perlu kepada jirim.
2. Ada
Allah itu, TIDAK BERHAJAT/ TIDAK PERLU/ TIDAK BERKEHENDAK
daripada yang menjadikan Allah.
§
Yakni, Allah tidak berkehendak/ tidak perlu/
tidak berhajat kepada tukang yang menjadikan Allah, kerana Allah itu SEDIA(QADIM).
§
Bahkan Allah lah yang menjadikan segala perkara(makhluk
ini).
§
BERSALAHAN (tidak
sama) yang baru (makhluk), maka berkehendak/ perlu/ berhajat kepada yang
menjadikannya.
- Jadi, pegangan sebelah wajib yang WAJIB kita iktiqad adalah, Allah itu lepas/ tidak
berkehendak/ tidak perlu/ tidak berhajat daripada zat yang lain DAN lepas/ tidak berkehendak/ tidak perlu/ tidak
berhajat daripada yang menjadikan Allah ta’ala.
- Kesimpulannya, makna yang difahami daripada sifat Qiyamuhu ta’ala binafsih itu, bahawasanya Allah itu zat (bukan sifat dan bukan ‘arodh) lagi pula qadim sediakala (bukan baharu).
- Kesimpulannya, makna yang difahami daripada sifat Qiyamuhu ta’ala binafsih itu, bahawasanya Allah itu zat (bukan sifat dan bukan ‘arodh) lagi pula qadim sediakala (bukan baharu).
Mustahil lawannya, yaitu Qiyamuhu bighairihi
- Ertinya, adanya Allah ta’ala dengan yang lain.
- Yakni, ada Allah ta’ala pada yang lain.
- Yakni, ada Allah ta’ala berkehendak/ berhajat
kepada DUA SEBAB:
1. Ada
Allah itu, berkehendak/ berhajat/ perlu kepada zat yang lain.
2. Ada
Allah itu, berkehendak/ berhajat/ perlu kepada yang menjadikan Allah.
- Jadi, kata ada Allah itu, berkehendak kepada zat
yang lain DAN berkehendak kepada yang menjadikan
Allah itu, TIDAK SAMA sekali, MUSTAHIL di atas Allah.
Dan DALIL/ ALASAN/ BUKTI di
atas adanya Allah ta’ala dengan cara-cara diri itu:
- Kita fikir (MESTI
fikir hingga sampai faham)
- Bahawasanya, jikalau tidak ada Allah dengan
cara-cara diri, dengan bahawa BERKEHENDAK Allah kepada
zat yang lain:
§
NESCAYA/ TENTULAH
ada Allah itu sifat.
§
Dan jika Allah itu sifat, nescaya tidak bersifat
Allah dengan sifat ma’ani seperti Qudrat dan sifat ma’nawiyyah seperti kaunuhu
Qoodiran, kerana sifat TIDAK BOLEH menumpang
pada sifat yang lain.
§
Maka tentulah tak dapat mengada akan makhluk
ini.
§
Maka, batil/ mustahil.
§
Kerana mahkluk ini sudah ada dengan dapat
dipandangkan dengan mata kepala.
- Atau, jikalau tidak ada Allah dengan cara-cara
diri, dengan bahawa BERKEHENDAK Allah kepada
yang menjadikan Allah:
§
Maka TENTULAH Allah
itu baru (kena jadi).
§
TENTULAH berhajat
kepada yang menjadikan Allah.
§
Dan jika sekiranya Allah itu baru, maka MUSTAHIL.
§
Kerana telah lepas nyatanya/ jelas/ terang pada
dalil sifat Qidam yang telah lalu.
Dalil/ jalan lain atas wajib Allah bersifat dengan sifat
Qiyamuhu ta’ala binafsih:
- Jika Allah ada, dengan bahawa berkehendak kepada
yang menjadikan Allah, tentulah Allah itu baru.
- Jika Allah itu baru, tentulah Allah perlu kepada
yang menjadikan Allah.
- Jika Allah perlu kepada yang menjadikan Allah,
nescaya lazimlah daripada Daur dan Tasalsul.
- Daur dan Tasalsul hukumnya MUSTAHIL atas Allah.
- Maka TETAPLAH
Allah ada, tidak berkehendak kepada yang menjadikan Allah.
Kalau begitu, yakni Allah lepas dari DUA SEBAB di atas, TETAPLAH
ada Allah ta’ala dengan cara-cara diri, yakni tidak berkehendak Allah kepada
zat yang lain DAN tidak berkehendak Allah kepada
yang menjadi akan Allah.
Hasil kutipan daripada kitab jawi, Khulasatut Tauhid Fi Ma’rifatil
‘Aqo’id ( halaman 22) dan mendengar syarahan daripada guru mulia, Baba Idris Al
Fathoni. Semoga bermanfaat. Allahua’lam
2 comments:
ustaz mau tanya ne.
apakah allah itu bertempat....?
ustaz mau tanya ne.
apakah allah itu bertempat....?
Post a Comment