ULAMA` NUSANTARA[1]
Al-Shaykh Daud ibn Abdullah al-Fatani
berkata dalam kitabnya al-Durrur al-Thamin[2]:
“Maka wajib atas mukallaf menafikan
daripada Allah Tuhan sekalian alam daripada serupai akan Dia dengan segala yang
baharu seperti jirim dan `arad dan yang melazimkan bagi jirim dan `arad (dan)
lazim bagi jirim itu empat perkara iaitu baharu dan bersusun dan mengambil
lapang (ruang atau tempat) dan qabul bagi `arad seperti maqadir (ukuran
dan sukatan) dan jihah (arah) dan zaman dan hampir dan jauh dan kecil dan
besar dan bersentuh dan bergerak dan diam…”.
Al-Shaykh `Abdus-Samad ibn
al-Falimbani (W. 1206 H) berkata dalam kitabnya Hidayat al-Salikin
[3]:
“Maha suci Allah ta`ala daripada
pindah dan bergerak dan mengambil tempat dan bertempat yang tertentu pada suatu
benua dan berpihak dengan pihak yang tertentu... tiada meliputi akan Allah
ta`ala itu oleh tempat… dan tiada menentukan Allah ta`ala itu oleh zaman…
adalah Allah itu dahulu daripada bahawa Ia menjadikan akan zaman dan tempat dan
adalah Allah ta`ala sekarang atasnya iaitu ada Ia sedia tiada berubah-ubah
daripada sedia-Nya”.
Al-Shaykh Zayn al-`Abidin bin
Muhammad Al-Fatani yang masyhur dengan panggilan Tuan Minal berkata dalam
kitabnya `Aqidah al-Najin fi `Ilm Usul al-Din[4]:
“(Mukhalafatuhu lil-hawadith)
ertinya bersalahan Allah ta`ala bagi segala yang baharu; ertinya tiada
bersamaan Allah ta`ala bagi segala yang baharu, maka diketahui daripada yang
demikian itu menafikan jirim dan `arad dan kulliyyah dan juz’iyyah dan segala
yang lazim bagi segala perkara itu. Dan yang lazim bagi jirim empat perkara
pertama baharu dan keduaan bersusun dan ketiga mengambil lapang [ruang atau
tempat] dan keempat menerima bagi `arad…”.
Tuan Minal al-Fatani dalam kitabnya Irshadul-`Ibad
ila Sabilir-Rashad[5] berkata lagi:
“…Dan bahawasanya Allah ta`ala Maha
Suci daripada zaman dan makan yakni tiada lalu atas-Nya oleh masa dan tiada
ditentukan dengan suatu tempat seperti barang yang diiktikadkan oleh orang yang
jahil dan yang sesat bahawasa Allah ta`ala di dalam fu’ad kita Maha Suci Allah
ta`ala daripada demikian itu dan Maha Suci daripada menyerupai bagi akwan tiada
meliputi dengan Dia oleh segala pihak dan tiada mendatangkan Dia segala yang
baharu. Bersamaan Ia atas Arasy atas wajah yang difirman-Nya dan atas
makna yang dikehendaki-Nya akan dia akan sebagai bersamaan yang berpatutan
dengan kebesaran-Nya dan ketinggian kepujian-Nya dan kebesaran-Nya…”.
Al-Shaykh Muhammad Zayn ibn al-Faqih
Jalal al-Din al-Ashi berkata dalam kitabnya Bidayah al-Hidayah Sharh Matn
Umm al-Barahin[6]:
“…(Dan kelima) mustahil Allah ta`ala
itu berhad dengan sesuatu tempat seperti pada Arasy dan lainnya atau masa
seperti lalu atas-Nya siang dan malam…”.
Al-Shaykh Muhammad ibn Isma`il Daud
al-Fatani berkata kitabnya Matla` al-Badrayn wa Majma` al-Bahrayn[7]:
“Dan setengah daripada yang mustahil
pada hak Allah ta`ala dua puluh sifat dan iaitu segala lawan dua puluh sifat;
pertama dan iaitu (`adam) ertinya tiada (dan huduth) ertinya baharu….. (dan
mumathalah dengan hawadith) ertinya menyerupai dengan yang baharu dengan bahawa
ada Ia berjirim ertinya mengambil Zat-Nya yang maha tinggi akan kadar
daripada lapang atau ada Ia `arad yang berdiri dengan jirim atau ada Ia pihak
bagi jirim atau bagi-Nya pihak atau berhad Ia dengan tempat…”.
Sayyid `Ulama’il-Hijaz al-Mutakallim
al-Mufassir al-Shaykh Muhammad Nawawi ibn `Umar al-Bantani (W. 1316 H ) berkata
dalam kitabnya al-Thimar al-Yani`ah fi al-Riyad al-Badi`ah
[8]ketika membicarakan sifat persamaan dengan makhluk yang mustahil bagi Allah
taala:
"أَوْ
يَكُوْنُ تَعَالَى فِيْ جِهَةِ لِلْجِرْمِ بِأَنْ يَكُوْنَ عَنْ يَمِيْنِهِ أَوْ
شِمَالِهِ أَوْ فَوْقِهِ أَوْ تَحْتِهِ أَوْ أَمَامِهِ أَوْ خَلْفِهِ أَوْ
يَكُوْنَ لَهُ تَعَالَى جِهَةٌ بِأَنْ يَكُوْنَ لَهُ يَمِيْنٌ أَوْ شِمَالٌ أَوْ
فَوْقٌ أَوْ تَحْتٌ أَوْ خَلْفٌ أَوْ أَمَامٌ أَوْ يَتَقَيَّدَ بِمَكَانٍ بِأَنْ
يَحُلَّ فِيْهِ بِأَنْ يَكُوْنَ فَوْقَ الْعَرْشِ".
Maksudnya:
“…atau (Allah) ta`ala (itu)
(mustahil) di suatu arah bagi jirim dengan keadaan Dia berada di kanan jirim,
atau kirinya, atau atasnya, atau bawahnya, atau depannya, atau belakangnya,
atau (Allah) taala (itu) (mustahil) bagi-Nya ada suatu arah dengan keadaan ada
bagi-Nya kanan, atau kiri, atau atas, atau bawah, atau belakang, atau depan,
atau (Allah taala itu mustahil) bergantung dengan suatu tempat dengan keadaan
Dia bertempat padanya dengan keadaan Dia berada di atas `Arasy”.
Al-Shaykh Muhammad Nawawi al-Bantani
berkata lagi dalam kitabnya Nur al-Zalam Sharh Manzumah `Aqidah al-`Awam[9]:
"وَكُلُّ
مَا خَطَرَ بِبَالِكَ مِنْ صِفَاتِ الْحَوَادِثِ لا تُصَدِّقْ أَنَّ فِي اللهِ
شَيْئًا مِنْ ذَلِكْ وَلَيْسَ لَهُ مَكَانٌ أَصْلاً فَلَيْسَ دَاخِلاً فِي
الدُّنْيَا وَلا خَارِجًا عَنْهًا".
Maksudnya:
“…dan setiap sifat perkara baharu
yang melintasi benak anda maka jangan anda mempercayai bahawa pada Allah itu
ada sesuatu daripada perkara tersebut, dan tiada bagi-Nya suatu tempat dengan
asal. Maka Dia bukan di dalam dunia dan bukan juga di luarnya”.
Al-Shaykh Muhammad Mukhtar ibn
`Utarid al-Buquri berkata dalam kitabnya Usul al-Din I`tiqad Ahl
al-Sunnah Wa al-Jama`ah[10]:
“(Keempat) Mukhalafatuhu li
al-hawadith ertinya bersalahan Allah ta`ala bagi sekalian yang baharu yakni zat
Allah ta`ala itu bukan jirim dan bukan jisim yakni bukan barang yang ada pada
diriannya serta memenuhi lapang, dan zat Allah ta`ala tiada ada tempat-Nya;
tiada Ia di langit dan tiada di bumi dan tiada pada lainnya dan tiada Ia pada
satu pihak; tiada di bawah dan tiada di atas dan tiada di utara dan tiada di
selatan dan tiada di timur dan tiada di barat…”.
Al-Shaykh Muhammad Mukhtar berkata
lagi[11]:
“(Maka) mustahil Allah ta`ala
bersamaan dengan sekalian yang baharu yakni mustahil Allah ta`ala zat-Nya ada
berjirim dan berjisim yakni ada perdirian-Nya yang memenuhi lapang dan mustahil
zat-Nya ada tempat-Nya seperti di langit atau lainnya dan mustahil zat-Nya ada
di dalam satu pihak seperti di atas atau lainnya…”.
Al-Shaykh Wan Isma`il ibn
`Abdil-Qadir Ibn Mustafa al-Fatani yang masyhur dengan panggilan Pak Da Eil
berkata dalam kitabnya Sharh Bakurah al-Amani li-Isharah `Awam Ahl
al-Fatani[12]:
“(Keempat: Mukhalafatuhu
ta`ala li al-hawadith;) ertinya menyalahi-Nya ta`ala akan yang
baharu-baharu. Dan dikehendaki dengan dia akan (bersalahan Allah taala)
sedia kala lagi berkekalan (akan yang baharu-baharu ertinya ketiadaan
menyamai-Nya) dan ketiadaan menyerupai-Nya ta`ala (akan sesuatu daripada
makhluk) ini (pada zat-Nya) kerana bahawasa zat makhluk ini jirim
yang bertempat dan zat-Nya ta`ala itu bukannya jirim (tiada pula) menyamaikan
dia (pada sifat-sifat-Nya) kerana bahawasa sifat-sifat makhluk ini `arad
yang bertangkup pada jirim dan menu[m]pan[g]kan dia pada bertempat dan
sifat-sifat-Nya taala itu bukannya `arad...”.
Al-Shaykh Husayn Nasir Ibn Tayyib
al-Mas`udi al-Banjari berkata dalam kitabnya Hidayah al-Mutafakkirin[13]:
“Ertinya zat Allah ta`ala itu bukan
Ia jirim dan jisim dan jawhar fard dan tiada Ia berpihak dan tiada Ia pada satu
pihak bagi jirim dan tiada Ia bertempat dan tiada Ia bermasa dan tiada Ia
bersifat dengan kecil dan tiada Ia bersifat dengan besar dan tiada Ia bersifat
dengan segala sifat yang baharu ini…”.
Al-Shaykh `Abdul-`Aziz ibn Isma`il
al-Fatani berkata dalam khutbah kitabnya al-Misbah al-Munir fi
Ma`rifatillah al-Qadir[14]:
“Dan aku memohon kepada Allah pula
bahawa menjadikan risalah ini perisai yang dapat mempertahankan dan dapat
menolakkan akan segala ajaran-ajaran yang sesat yang menyesatkan orang awam,
yang dibawa akan dia oleh orang-orang yang tidak sangkakan dengan jahilnya
seperti ajaran-ajaran yang mengatakan tidak wajib belajar sifat-sifat dua puluh
yang termasyhur itu dan ajaran-ajaran melihat Tuhan di dalam dunia, dan
ajaran-ajaran yang memegang dengan zahir ayat mutashabihah dan mengatakan Tuhan
bertempat dan sebagainya daripada ajaran-ajaran sesat”.
Al-Shaykh `Abdul-`Aziz al-Fatani
berkata lagi di tempat yang lain dalam kitabnya yang sama[15]:
“Dan makna bersalahan itu tiga
perkara; bersalahan pada zat dengan makna zat Allah taala bukannya jirim yang
bertempat walaupun di mana tempat dan makhluk ini semuanya jirim yang
bertempat. Kalau begitu tidak boleh dikatakan Allah taala itu bertempat di
mana-mana tempat, maka jika didapati di dalam Quran dan hadith barang yang
memberi waham menyerupai dan bertempat maka dinamakan ayat itu ayat
mutashabihah dan hadith mutashabihah, maka wajib ditakwil akan dia supaya lepas
daripada shubhah itu sama ada takwil itu dengan jalan ijmal seperti takwil
ulama salaf atau takwil akan dia dengan jalan tafsil seperti takwil ulama
khalaf”.
Al-Syaikh Ahmad bin Muhammad Zain
bin Musthafa bin Muhammad al-Fathani di dalam kitabnya yang masyhur di tanah
jawi iaitu Faridah al-Faraid fi `Ilm al-`Aqaid[16]:
“(Keempat Mukhalafatuhu ta`ala
Lilhawadith) ertinya bersalahan Tuhan subhanahu wa ta`ala bagi yang baharu dan
maknanya ketiadaan menyamai Allah ta`ala bagi segala makhluk dan jika pada
suatu wajah sekalipun kerana segala yang baharu ini tiada suci ia daripada
bahawa ada ia jauhar[17] atau ada ia `Aradh dan Allah ta`ala bukannya
Jauhar dan bukannya `Aradh maka tiada ia menyerupai akan sesuatu daripada
makhluk sekali-kali”.
Al-Syaikh Ahmad bin Muhammad Zain
bin Musthafa bin Muhammad al-Fathani di dalam kitabnya `Unwan
al-Falah Wa `Unfawan al-Falah[18]:
“(Keempat Mukhalafatuhu ta`ala
Lilhawadith) ertinya bersalahan Allah ta`ala bagi segala yang baharu iaitu
bahawasa zat Allah ta`ala tiada seperti segala zat yang baharu dan tiada sifat
Allah ta`ala seperti segala sifat yang baharu dan tiada perbuatan Allah ta`ala
seperti segala perbuatan yang baharu (mustahil) lawannya iaitu Mumathilatuhu
Lilhawadith ertinya menyerupai-Nya bagi segala yang baharu (dan dalil)
bersalahan Allah ta`ala bagi segala yang baharu bahawasanya jikalau menyerupai
ia akan sesuatu daripada yang baharu nescaya adalah ia baharu seumpamanya dan
iaitu mustahil kerana telah thabit sedia-Nya maka thabitlah bersalahan bagi
segala yang baharu”.
Disebutkan di dalam kitab Risalah
al-Tauhid pada pindaan Al-Syaikh `Abdul Ghani Yahya dan `Umar Yusof
pada menjelaskan mengenai Mukhalafatuhu Lilhawadith[19]:
“Yang keempat- dalil mukhalafatuhu
Lilhawadith iaitu jikalau Tuhan serupa dengan yang baharu nescaya jadilah Tuhan
ini baharu juga kerana barang yang boleh jadi atas salah suatu daripada dua
yang serupa itu harus pula atas lainnya maka baharu Tuhan itu mustahil kerana
telah wajib bagi Tuhan bersifat qidam dan baqa’ yang demikian tetaplah Tuhan
itu bersalahan dengan segala yang baharu bagaiman dalil naqilnya ((ليس كمثله شيء))
ertinya tiada sesuatu jua pun serupa dengan Tuhan”.
Al-Syaikh al-Haj `Abdullah bin
al-Haj Ibrahim al-Fathani di dalam kitabnya iaitu syarah bagi kitab Faridah
al-Faraid yang berjudul `Umdah al-Thalib al-Mujtahid fi Syarh
Faridah al-Faraid fi `Ilm al-`Aqaid fi Darajat Ibtida’ ta`lim `Ilm al-`Aqaid
Targhiban fi Fauz al-Faraid al-Fawaid[20]:
“(ليس كمثله
شيء وهو السميع البصير) ertinya
tiada seperti umpamanya ertinya umpama Allah suatu dan ialah ertinya Allah
ta`ala yang amat mendengar dan amat ,elihat dan makna tiada seperti suatu itu
tiada suatu daripada zat-zat makhluk dan sifat-sifatnya dan perbuatan-perbuatannya
seumpama Zat Allah ta`ala dan sifat-sifat-Nya dan perbuatan-perbuatan-Nya
kerana zat-Nya ta`ala bukannya daripada bangsa jirim dan sifat-sifat-Nya
bukannya bangsa `Aradh”.
Al-Syaikh Ibrahim al-Laqani
pengarang Matan Jauharah al-Tauhid dan telah diterjemahkan oleh seorang
ulama’ tanah jawi dengan bahasa melayu[21]:
"وَإِنَّهُ
لِمَا يَنَالُ الْعَدَمُ ، مُخَالِفٌ بُرْهَانُ هَذَا الْقِدَمُ".
Maksudnya:
"Yakni bahawa sesungguhnya
kerana yang diperolehi dengan `adam itu mukhalafah dengan wujud Allah subhanahu
wa ta`ala dan sifat-Nya dan af`al-Nya (syahdan) wajib atas tiap-tiap mukalaf
itu mengiktiqadkan bahawasanya zat Allah ta`ala dan sifat-Nya dan af`al-Nya itu
Mukhalafah dengan segala wujud yang baharu dan kata setengah ulama’ erti
mukhalafatuhu Lilhawadith itu maka iaitu rajin daripada menafikan barang yang
tiada dapat bagi Allah ta`ala seperti jirim dan `Aradh dan kulliyyat dan
juz’iyyat dan barang sebagainya kerana bahawasanya segala wujud yang baharu itu
ada kalanya jisim dan ada kalanya jauhar dan ada kalanya `Aradh (dan) `Aradh
itu bahagi atas empat bahagi pertama zaman kedua makan ketiga jihah keempat had
serta nihayah maka samanya itu tentu baharunya dan muhal qidam-Nya dan suci
Allah ta`ala daripada demikian itu".
________________________________________
[1] Kami turut
menyenaraikan kata-kata ulama’ Melayu Nusantara bagi membuktikan bahawa apa
yang kami nyatakan di sini sebenarnya telah lama dinyatakan oleh ulama’-ulama’
Melayu dahulu. Selain itu, penulis mahu membuktikan bahawa ilmu ulama’-ulama’
Melayu dahulu bukanlah cetek seperti yang disangka oleh golongan Wahhabi.
Golongan Wahhabi sering mendakwa bahawa dengan mempelajari kitab-kitab kuning
ini, ilmu kita tidak akan sampai ke mana. Bagi mereka mempelajari kitab-kitab
kuning akan menjadikan seseorang itu berfikiran beku dan jumud. Semoga Allah
meredhai ulama’-ulama’ kita yang telah menerangi rantau nusantara ini dengan
ilmu-ilmu mereka.
[2] Al-Shaykh Dawud al-Fatani(t.t), al-Durru
al-Thamin, Pulau Pinang: Percetakan Almuarif Sdn Bhd, h. 23.
[3] Al-Shaykh `Abdus-Samad
al-Falimbani(t.t), Hidayat al-Salikin, Pulau Pinang: Maktabah
wa-Matba`ah Dar al-Mu`arif, h. 8
[4] Al-Shaykh Zayn al-`Abidin ibn
Muhammad al-Fatani (t.t), `Aqidah al-Najin fi `Ilm Usul al -Din,
(t.t.p): Mathba`ah Bin Halabi Press, h. 18 – 19.
[5] Al-Shaykh Zayn al-`Abidin Ibn
Muhammad al-Fatani(1343 H), Irshad al-`Ibad ila Sabil al-Rashad,
Singapura: al-Matba`ah al-Ahmadiyyah, h. 4 - 5.
[6] Al-Shaykh Muhammad Zayn Ibn
al-Faqih Jalal al-Din al-Ashi(t.t), Bidayah al-Hidayah Sharh Matn Umm
al-Barahin, Thailand, Bangkok: Maktabah wa-Matba`ah Muhammad al-Nahdi
wa-Awladih, Bangkok, h. 13.
[7] Al-Shaykh Muhammad Ibn Isma`il
Dawud al-Fatani(t.t), Matla` al-Badrayn wa-Majma` al-Bahrayn, (t.tp):
Maktabah wa-Matba`ah Muhammad al-Nahdi wa-Awladih, h. 6.
[8] Al-Shaykh Muhammad Nawawi
al-Bantani(t.t), al-Thimar al-Yani`ah fi al-Riyad al-Badi`ah, Kaherah:
Muhammad al-Kutbi, h. 5.
[9] Al-Shaykh Muhammad Nawawi
al-Bantani(t.t), Nur al-Zalam Sharh Manzumah `Aqidah al-`Awam, Jeddah:
Dar al-Hawi, h. 37.
[10] Al-Shaykh Muhammad Mukhtar Ibn
`Utarid al-Buquri(t.t), Usul al-Din I`tiqad Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah,
Pulau Pinang: Percetakan Nahdi, h. 2.
[11] Ibid, h. 3.
[12] Al-Shaykh Wan Isma`il Ibn
`Abdil-Qadir ibn Mustafa al-Fatani(1421 H/ 2000 M), Sharh Bakurah al-Amani
li-Isharah `Awam Ahl al-Fatani, Kuala Lumpur: Khazanah Fathaniyah, h. 24
- 25.
[13] Al-Shaykh Husayn Nasir
Ibn Tayyib al-Banjari(t.t), Hidayah al-Mutafakkirin, Pulau Pinang:
Percetakan Almuarif Sdn. Bhd, h. 6.
[14] Al-Shaykh `Abdul-`Aziz
Ibn Isma`il al-Fatani(1414 H/ 1994), al-Misbah al-Munir fi
Ma`rifatillah al-Qadir, (t.tp): (t.p), c. 3, , h. 3.
[15] Ibid. h. 16 – 17.
[16] Al-Shayk Ahmad bin Muhammad
Zain bin Musthafa bin Muhammad al-Fathani (t.t.), Faridah al-Faraid fi `Ilm
al-`Aqaid, Fathani Thailand: Mathba`ah Bin Halabi Press, h. 6.
[17] (قوله atau ada ia `Aradh) iaitu sesuatu yang
maujud yang berhajat pada adanya kepada tempat yang menempati ia padanya
seperti warna dan gerak dan diam dan jauh dan hampir. Intaha. Muallif. (Kalam
Syaikh Ahmad).
[18] Al-Shayk Ahmad bin Muhammad
Zain bin Musthafa bin Muhammad al-Fathani (t.t.), `Unwan al-Falah Wa
`Unfawan al-Falah, Fathani Thailand: Mathba`ah Bin Halabi Press, h. 5.
[19] Al-Syaikh `Abdul Ghani
Yahya dan `Umar Yusof (t.t.), Risalah al-Tauhid, Fathani Thailand:
Mathba`ah Bin Halabi Press, h. 38.
[20] Al-Syaikh al-Haj `Abdullah bin
al-Haj Ibrahim al-Fathani (t.t.), `Umdah al-Thalib al-Mujtahid fi Syarh
Faridah al-Faraid fi `Ilm al-`Aqaid fi Darajat Ibtida’ ta`lim `Ilm al-`Aqaid
Targhiban fi Fauz al-Faraid al-Fawaid, Fathani Thailand:
Mathba`ah Bin Halabi Press, h. 46.
[21] Syaikh Ibrahim al-Laqani (t.t),
Matan Jauharah al-Tauhid, (t.t.) Fathani Thailand: Mathbah Bin Halabi
Press, h. 16.
Al-Syeikh `Abd al-Samad
al-Falembani, al-Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari, al-Syeikh `Abd al-Wahhab
dan al-Syeikh `Abd al-Rahman Mashri.
No comments:
Post a Comment