Syarat-syarat berwudhuk bagi sohibudhorurah*
1-
Mendahulu akan istinja’ dan
tahaffuz atas wudhu’
-
Mesti bersuci atau membasuh
atau membersih dahulu faraj/kemaluan(qubul)
-
Membalut/menyumbat/ mengikat
qubul tersebut
2-
WAJIB
mualat(berturut-turut) antara istinja’ dan tahaffuz. Dan antara tahaffuz dan
wudhuk. Dan antara wudhuk dan sembahyang
- Jangan bagi selang masa yang
lama antara membersih qubul dan menyumbat/ mengikat qubul
- Jangan bagi selang masa
yang lama antara menyumbat/mengikat qubul dan mengambil wudhuk
- Jangan bagi selang masa
yang lama antara mengambil wudhu’ dan sembahyang
3-
Diperbuat sekelian
itu(syarat yang pertama dan kedua di atas) kemudian(selepas) daripada masuk
waktu sembahyang
-
MESTI buat syarat yang
pertama dan kedua di atas itu SELEPAS masuk waktu sembahyang.
-
Apabila sudah masuk waktu
sembahyang, barulah boleh buat syarat-syarat di atas.
-
Kalau buat syarat pertama
dan kedua di atas SEBELUM masuk waktu sembahyang, maka TIDAK SAH wudhu’nya
Tambahan dari Baba Idris Al Fathoni:
- TIDAK SAH mengambil wudhu’ bagi
orang yang sohibudhorurah dengan niat “ Sahaja
aku mengangkat hadas ”.
- TIDAK SAH niat wudhu’ itu
bagi sohibudharurah kerana hadasnya sentiasa ada.
- Hanya SAH niat bagi
sohibudharurah itu dengan niat MENGHARUSKAN FARDHU SEMBAHYANG seperti “ Sahaja
aku mengambil wudhuk untuk mengharuskan sembahyang yang fardhu ”
- نَوَيْتُ
اسْتِبَاحَةَ الصَّلاةِ المَفْرُوْضَةِ
- Selepas berwudhu’ terus solat fardhu
- Hanya BOLEH solat satu fadhu sahaja dan beberapa solat
sunat dan boleh menanggung/menyentuh Al
Quran
· * - Orang yang sentiasa keluar air kencing(silsil baul)
- atau orang yang sentiasa keluar darah(istihadhah)
- atau orang sentiasa datang/berkekalan hadas seperti
selalu keluar angin
- sama ada lelaki atau perempuan
Hasil kutipan daripada kitab jawi, Hidayatus Sibyan, karangan Syeikh Abu Abdullah Husein Nasir Bin Muhammad Tayyib Al Mas'udi Al Banjari ( halaman 10) dan mendengar syarahan daripada guru mulia, Baba Idris Al Fathoni. Semoga bermanfaat. Allahua’lam
Hasil kutipan daripada kitab jawi, Hidayatus Sibyan, karangan Syeikh Abu Abdullah Husein Nasir Bin Muhammad Tayyib Al Mas'udi Al Banjari ( halaman 10) dan mendengar syarahan daripada guru mulia, Baba Idris Al Fathoni. Semoga bermanfaat. Allahua’lam
No comments:
Post a Comment