Lima kelakuan yang SAH ikut berjemaah:
1-
LELAKI mengikut LELAKI sebagai imam.
2-
PEREMPUAN mengikut LELAKI
sebagai imam.
3-
KHUNSA MUSYKIL/ KHUNSA WADHIH SEBELAH LELAKI
mengikut LELAKI sebagai imam.
4-
PEREMPUAN
mengikut PEREMPUAN sebagai imam.
5-
PEREMPUAN
mengikut KHUNSA MUSYKIL/ KHUNSA WADHIH SEBELAH
PEREMPUAN sebagai imam.
Empat kelakuan yang TIDAK SAH ikut
berjemaah:
1-
LELAKI mengikut PEREMPUAN sebagai imam.
2-
LELAKI mengikut KHUNSA MUSYKIL sebagai imam.
3-
KHUNSA MUSYKIL
mengikut KHUNSA MUSYKIL sebagai imam.
4-
KHUNSA MUSYKIL mengikut PEREMPUAN
sebagai imam.
Dua kelakuan yang SAH tetapi MAKRUH ikut
berjemaah:
1-
LELAKI mengikut KHUNSA WADHIH SEBELAH LELAKI sebagai imam.
2-
KHUNSA WADHIH SEBELAH PEREMPUAN
mengikut PEREMPUAN sebagai imam.
Perhatian:
- Khunsa bermaksud orang yang mempunyai dua alat
kemaluan/qubul lelaki dan perempuan.
- Khunsa musykil bermaksud orang yang mempunyai dua
alat kemaluan/qubul lelaki dan perempuan dan ulama SUKAR/SUSAH
untuk menentukan sama ada ianya berat ke arah lelaki atau berat ke arah perempuan.
- Khunsa wadhih bermaksud orang yang mempunyai dua
alat kemaluan/ qubul lelaki dan perempuan dan ulama BOLEH
menentukan ianya berat ke arah lelaki atau berat ke arah perempuan.
§
Khunsa wadhih sebelah lelaki – dia seorang
khunsa tetapi kelakuannya berat ke arah lelaki. Antara TANDAnya
adalah dia minat bersahabat dengan perempuan.
§
Khunsa wadhih sebelah perempuan – dia seorang khunsa
tetapi kelakuannya berat ke arah perempuan. Antara TANDAnya
adalah dia minat bersahabat dengan lelaki.
Hasil kutipan daripada kitab jawi, Bughyatut Tullab, karangan Syeikh Daud Bin ‘Abdullah Bin Idris Al Fathoni ( halaman
181 Juz I ) dan mendengar syarahan daripada guru mulia, Baba Idris Al Fathoni.
Semoga bermanfaat. Allahua’lam
No comments:
Post a Comment