Kecuaian/kelalaian yang WAJIB diketahui muslimin:
Kepada kaum Muslimin, JANGAN ingat MUSLIMAT
sahaja yang WAJIB qadha solat. Muslimin juga WAJIB qadha solat!
Antara TANDA sampai HAD umur(baligh) bagi LELAKI adalah keluar mani.
** Untuk LELAKI pertama kali keluar mani sahaja..
** Untuk LELAKI pertama kali keluar mani sahaja..
Masalah:
1- Jika seorang lelaki tidur di dalam waktu zohor,
lalu bermimpi hingga keluar mani, kemudian dia tersedar DI DALAM waktu ASAR, dan dia YAKIN maninya itu keluar SEBELUM
masuk waktu ASAR, maka dia WAJIB qadha solat ZOHOR
itu, kerana dia TELAH BALIGH di dalam waktu
zohor.
2- Jika seorang lelaki tidur di dalam waktu asar, lalu bermimpi hingga keluar mani, kemudian dia tersedar DI
DALAM waktu MAGHRIB, dan dia YAKIN maninya itu keluar SEBELUM
masuk waktu MAGHRIB, maka dia WAJIB qadha solat ASAR
itu, kerana dia TELAH BALIGH di dalam waktu asar.
3- Jika seorang lelaki tidur di dalam waktu maghrib, lalu bermimpi hingga keluar mani, kemudian dia tersedar DI
DALAM waktu ISYA’, dan dia YAKIN maninya itu keluar SEBELUM
masuk waktu ISYA’, maka dia WAJIB qadha solat MAGHRIB
itu, kerana dia TELAH BALIGH di dalam waktu maghrib.
4- Jika seorang lelaki tidur di dalam waktu isya’, lalu bermimpi hingga keluar mani, kemudian dia tersedar DI DALAM
waktu SUBUH, dan dia YAKIN
maninya itu keluar SEBELUM masuk waktu SUBUH, maka dia WAJIB
qadha solat ISYA’ itu, kerana dia TELAH BALIGH di dalam waktu isya’.
5- Jika seorang lelaki tidur di dalam waktu subuh, lalu bermimpi hingga keluar mani, kemudian dia tersedar SETELAH keluar
waktu subuh, dan dia YAKIN maninya keluar SEBELUM keluar waktu subuh, maka dia WAJIB qadha solat SUBUH
itu, kerana dia TELAH BALIGH di dalam waktu
subuh.
Adapun bagi lelaki yang DI BAWAH umur 15 tahun
Islam(bukan tahun masihi), yang TIDAK pernah
keluar mani, sama ada di dalam keadaan dia TIDUR
atau JAGA, maka TANDA
dia sampai umur baligh adalah dengan CUKUP 15
tahun Islam, walaupun dia tidak pernah keluar mani sekalipun, TETAP dipanggil sampai umur baligh.
Maka TERCATATLAH
segala amalan baik buruknya ketika itu.
Namun, amat mendukacitakan KEBANYAKAN bahkan RAMAI Muslimin tidak mengambil berat perkara ini.
Hasil kutipan daripada pengajian
kitab jawi, Kifayatul Muhtadi, karangan Syeikh Muhammad Noor Bin Muhammad Bin Ismail Al fathoni dan mendengar syarahan daripada guru mulia, Baba
Idris Al Fathoni. Semoga bermanfaat. Allahua’lam
No comments:
Post a Comment