Dan jikalau mengikut oleh seorang
makmum kepada seorang(imam) yang lain, disangkanya(makmum) akan imam itu
laki-laki yang sah diperimamkandia, maka nyata kemudiannya keadaan imam itu
perempuan, atau kafir atau makmum bagi yang lain, atau ummi, nescaya TIADA SAH sembahyangnya dan WAJIB
mengembalikan sembahyangnya.
- Jika makmum menyangka
imamnya itu lelaki yang sah dibuat imam, kemudian baru sedar/baru tahu, bahawa
imam itu PEREMPUAN, nescaya TIDAK SAH sembahyang makmum itu dan WAJIB makmum itu ulang semula sembahyangnya.
- Jika makmum menyangka
imamnya itu lelaki yang sah dibuat imam, kemudian baru sedar/baru tahu, bahawa
imam itu KAFIR, nescaya TIDAK
SAH sembahyang makmum itu dan WAJIB
makmum itu ulang semula sembahyangnya.
- Jika makmum menyangka
imamnya itu lelaki yang sah dibuat imam, kemudian baru sedar/baru tahu, bahawa
imam itu menjadi MAKMUM bagi imam yang lain,
nescaya TIDAK SAH sembahyang makmum itu dan WAJIB makmum itu ulang semula sembahyangnya.
- Jika makmum menyangka
imamnya itu lelaki yang sah dibuat imam, kemudian baru sedar/baru tahu, bahawa
imam itu UMMI, nescaya TIDAK
SAH sembahyang makmum itu dan WAJIB
makmum itu ulang semula sembahyangnya.
Perhatian:
- Ummi bermaksud orang yang
cedera pada bacaan fatihahnya atu lainnya daripada rukun qauli seperti di dalam
takbiratulihram, bacaan tahiyat akhir, selawat di dalam tahiyat akhir dan salam
yang pertama.
§ Contohnya, seorang yang tidak boleh menyebut huruf “ Ra’ ”
dengan betul, atau huruf “ Dzal ” dengan betul dan lain-lain makhraj huruf.
- Orang yang ummi hanya sah
berjamaah sesama mereka sahaja. Yaitu, makmum dan imam sama-sama ummi pada
huruf yang sama dan pada tempat yang sama di dalam solat.
§ Contohnya, imam dan makmum yang tidak boleh sebut huruf “ Dzal ”
dengan betul dan pada tempat yang sama yaitu, “ Siratholadzin…”.
-
Maka kelakuan imam dan
makmum seperti ini, SAH lah berjamaah.
Tetapi jika nyata imamnya itu
berhadas atau junub atau ada ia imam kena najis yang tersembunyi pada BATIN kainnya atau badannya, maka SAH lah ikutnya oleh makmum akan imam.
- Jika makmum mengetahui imam
terkena najis/ada najis yang TIDAK NAMPAK pada
batin PAKAIAN imam atau pada batin BADAN imam SELEPAS
solat, maka SAH lah solat makmum. Tidak perlu
lagi makmum mengulangi solat tersebut kerana solatnya telah pun SAH.
- Jika makmum mengetahui imam
terkena najis/ada najis pada ZAHIR atau BATIN pakaian/badan imam SEMASA
solat, sedangkan imam TIDAK mengetahui, maka
solat makmum tersebut TIDAK SAH. Maka WAJIB mengulangi solatnya.
- Adapun bagi imam, WAJIB mengulangi semula solatnya APABILA imam tersebut mengetahui ada najis pada
pakaiannya/badannya sama ada najis zahir atau najis batin sekalipun.
Maka jika ada najisnya itu pada
zahir kainnya, maka WAJIB atasnya(makmum)
mengembalikan sembahyangnya.
- Jika makmum mengetahui imam
terkena najis/ada najis pada zahir PAKAIAN imam
atau pada zahir BADAN imam SELEPAS solat, maka solat makmum tersebut TIDAK SAH. Maka WAJIB makmum itu mengulangi solatnya.
Dan demikian lagi WAJIB mengembalikan sembahyangnya jika tahu makmum itu
akan berhadas imamnya atau kena najis, maka lupa ia makmum akan imam
berhadas/kena najis, maka diikut oleh makmum akan imam itu, maka kemudian
daripada sembahyangnya, ingat ia makmum akan imamnya itu berhadas/kena najis.
- Jika makmum mengetahui PADA AWAL SEBELUM solat, bahawa imam itu di dalam
keadaan berhadas atau kena najis pada pakaian/badan imam, kemudian makmum LUPA dan TERUS solat
bersama imam berhadas/kena najis tadi. Kemudian itu, baharulah makmum tersebut
teringat kembali bahawa imam tadi di dalam keadaan BERHADAS/KENA
NAJIS. Maka WAJIB makmum tersebut
mengulangi solatnya.
§ Misalnya, di dalam Mazhab Hanafi, TIDAK
BATAL wudhuk si suami yang menyentuh isterinya. Dan di dalam Mazhab
Syafi’e, BATAL wudhuk si suami yang menyentuh
isterinya.
§ Imam bermazhab Hanafi memegang tangan isterinya TANPA berlapik. Dan di dalam masa yang sama, makmum
bermazhab Syafi’e TERLIHAT/TERNAMPAK akan imam
tersebut memegang isterinya. Jadi, imam itu di dalam keadaan BERHADAS. Di dalam Mazhab Imam Syafi’e, TIDAK SAH mengikut imam yang berhadas.
§ Kemudian, imam tadi menjadi imam dan makmum tadi BERJAMAAH dengan imam tersebut di dalam keadaan TERLUPA bahawa imam tadi di dalam keadaan BERHADAS.
§ Selepas SELESAI solat, baharulah
makmum tersebut TERINGAT bahawa imam tadi solat
di dalam keadaan BERHADAS.
§ Maka WAJIB makmum tersebut
mengulangi solatnya kerana solat tadi TIDAK SAH.
§ Kemudian seterusnya, kiaskanlah. Allahua’lam
Perhatian:
- Di dalam Mazhab Hanafi, SAH solatnya kerana menyentuh kulit antara suami dan
isteri TIDAK membatalkan wudhuk. Jadi, solat
imam bermazhab Hanafi tadi SAH solatnya.
- Di dalam Mazhab Syafi’e, TIDAK SAH solatnya kerana menyentuh kulit antara suami
dan isteri MEMBATALKAN wudhuk. Jadi, solat makmum
bermazhab Syafi’e tadi TIDAK SAH solatnya.
Hasil kutipan daripada kitab
jawi, Bughyatut Tullab, karangan Syeikh Daud Bin ‘Abdullah Bin Idris Al Fathoni
( halaman 181 Juz I ) dan mendengar syarahan daripada guru mulia, Baba Idris Al
Fathoni. Semoga bermanfaat. Allahua’lam
No comments:
Post a Comment