Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha
Pengasih
الْحَمْدُلِلَّهِ
رَبِّ الْعَالَمِيْن, وَالصَّلاةُ والسَّلامُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمْدٍ طهَ
الأَمِيْنَ , وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ الطَّيِّبِيْنَ الطَّاهِرِيْنَ, وَمَنِ
اتَّبَعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ , وَأَشْهَدُ أَن لا إِلَهَ إِلا
اللهُ وَحْدَهُ لاشَرِيْكَ لَهُ , وَلا ضِدَّ وَلا نِدَّ وَلا زَوْجَةَ وَلا
وَلَدَ لَهُ , وَلاشَبِيْهَ وَلا مَثِيْلَ لَهُ , وَلاجِسْمَ وَلاحَجْمَ
وَلاجَسَدَ وَلاجُثَّةَ لَهُ , وَلا صُوْرَةَ وَلاأَعْضَاءَ وَلا أَدَوَاتَ لَهُ,
وَلا أَيْنَ وَلا جِهَةَ وَلاحَيِّزَ وَلا مَكَانَ لَهُ , كَانَ اللهُ وَلا
مَكَانَ وَهُوَ الآنَ عَلَى مَا عَلَيْهِ كَان , فَلاتَضْرِبُوا لِلَّهِ
الأَمْثَالِ, وَلِلَّهِ الْمَثَلُ الأَ عْلىَ, تَنَزَّهَ رَبِّيْ عَنِ الْجُلُوْسِ
وَالْقُعُودِ ,وَعَنِ الْحَرَ كَةِ وَالسُّكُوْنِ وَعَنِ الاِتِّصَالِ
وَالانْفِصَالِ ,لايَحُلُّ فِيْهِ شَيْء , وَلا يُحَنْلُ مِنْهُ شَيْءٍ , وَلا
يَحُلُّ هُوَ فِيْ شَيْءِ ,لأَنَّهُ "لَيْس كَمِثْلِهِ شَيْءٌ",
"مَهْمَاتَصَوَّرْتَ بِبَالِكَ فَاللهُ لا يُشْبِهُ ذَلِك",
"وَمَنْ وَصَفَ اللهَ بِمَعْنًى مِنْ مَعَانِى الْبَشَرِ فَقَدْكَفَرَ",
وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا وَنَبِيَّنَا وَعَظِيْمَنَا, وَقَائِدَنَا وقُرَّةَ
أَعْيُنِنَا مُحَمَّدًا ,عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ وَنَبِيُّهُ وَصَفِيُّهُ
وَحَبِيْبُهُ وَخَلِيْلُهُ, صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَعَلَى كُلِّ رَسُوْلٍ
أَرْسَلَهُ .
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam,
selawat dan salam ke atas penghulu kami Nabi Muhammad sallallahu`alaihi
wasallam : thaha dan al-amin. Dan ke atas ahli keluarga baginda, para sahabat
baginda yang baik dan suci serta ke atas pengikut mereka dengan kebaikan
sehingga hari akhirat. Aku bersaksi bahawasanya tiada Tuhan yang layak disembah
melainkan Allah jua, Yang Esa dan tiada sekutu bagi-Nya, tiada ada lawan, tiada
ada tara, tiada ada pasangan dan tidak ada anak bagi-Nya, tidak ada penyerupaan
dan tidak ada bandingan bagi-Nya. Dan tidak ada jisim, tidak ada ukuran, tidak
ada jasad dan tidak ada tubuh badan bagi-Nya, tidak ada gambaran, tidak ada
anggota besar, tidak ada anggota kecil bagi-Nya, tidak dikatakan “dimana”,
tidak ada arah, tidak mengisi ruang kosong dan tidak bertempat bagi-Nya. Adalah
Allah wujud tanpa bertempat dan Dia pada masa sekarang tidak bertempat.
Janganlah kalian mengadakan sesuatu yang sebanding dengan Allah dan bagi Allah
jualah sifat yang Tertinggi. Maha Suci Tuhanku daripada perbuatan duduk,
bergerak, diam, bersambung dan berpisah. Tidak ada sesuatupun yang bersatu pada
Dzat-Nya dan tidak terakstrak (tidak bercerai) sesuatupun dari Dzat-Nya dan Dia
tidak menempati di dalam sesuatu kerana tidak ada sesuatupun yang
menyerupai-Nya. Segala yang telah digambarkan tersebut. Barangsiapa yang
menyifatkan Allah dengan suatu ciri dari ciri-ciri manusia (berjisim, berada di
suatu tempat dan sebagainya), maka sesungguhnya ia telah kafir. Aku bersaksi
bahawasanya penghulu kami, nabi kami, kebesaran kami, pemimpin kami, diri yang
menyuruhkan hati kami melihatnya, Muhammad merupakan hamba-Nya, utusan-Nya,
nabi-Nya, pilihan-Nya, kecintaan-Nya dan kekasih-Nya. Selawat dan salam ke
atasnya dan juga ke atas sekalian rasul yang telah diutuskan oleh-Nya.
Hadith mengenai kehadiran Sultan Muhammad al-Fatih
Nama sebenar beliau ialah al-Sultan Muhammad
al-Thani ibn al-Sultan Murad Khan al-Thani (W. 886 H). Selepas bapanya wafat,
beliau menduduki takhta pemerintahan seusia 19 tahun 5 bulan pada tahun 855 H.
Al-Sultan Muhammad al-Fatih seorang raja yang amat besar sumbangan jihadnya,
sangat kuat keberaniannya dan sangat kuat bertawakal kepada Allah taala.
Beliau digelarkan al-Fatih kerana jasanya yang
sangat besar kepada penyebaran agama Islam ke lebih dua puluh wilayah kafir
serta penguasaan beliau ke atas lebih dua ratus bandar dan paling utama ialah
kerana beliaulah yang dipuji oleh Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam dengan
sabda baginda :
"لَتُفْتَحَنَّ الْقِسْطَنْطِيْنِيَّةُ فَلَنِعْمَ الأَمِيْرُ أَمِيْرُهَا وَلَنِعْمَ الْجَيْشُ ذَلِكَ الْجَيْشُ".
Maksudnya:
"Qosthonthiniyyah (Istanbul sekarang) pasti
akan ditakluk, maka sebaik-baik pemimpin adalah pemimpin yang berhasil
menakluknya dan sebaik-baik angkatan tentera adalah angkatan tentera tersebut
".
Diriwayatkan oleh al-Imam al-Thabarani di dalam
al-Mu`jam al-Kabir (1200) ,al-Imam Abu Nu`aim di dalam Ma`rifat al-Sahabah
(1101), al-Imam Ahmad dalam Musnadnya j. 4, h. 335, Al-Hakim di dalam
Mustadraknya j. 4, h. 424 dan al-Hafiz al-Haithami berkata di dalam Majma`
al-Zawaid, j. 6 h. 219, “Para perawi hadis ini dapat dipercayai”.
Sesungguhnya semua yang dikhabarkan oleh
Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam itu benar sama ada berkenaan perkhabaran
peristiwa lampau atau peristiwa masa depan di dunia dan di akhirat, sama ada
berkenaan hukum halal atau haram sebahagian perbuatan dan perkataan manusia.
Antara kebenaran yang telah dikhabarkan oleh baginda ialah pembukaan
Konstantinapol dan baginda memuji pemimpin dan tentera yang membuka kota
tersebut.
Kota Konstantinapol ini adalah pembukaan Islam
yang sangat agung kerana janji Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam tersebut.
Ramai khalifah dan sultan yang telah cuba membuka kota tersebut secara
bersungguh-sungguh bagi memenuhi janji Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam
itu tapi mereka tidak berjaya. Mu`awiyah ibn Abi Sufyan telah mengepungkan kota
tersebut pada zaman pemerintahan Khilafah Sayyidina `Ali radiyallahu`anhu,
Sufyan ibn Aus telah mengepungnya pada zaman pemerintahan Mu`awiyah dan
Maslamah ibn `Abdil-Malik telah mengepungnya pada zaman pemerintahan `Umar ibn
`Abdil-`Aziz. Seterusnya, kota ini pernah dikepung pada zaman pemerintahan
Hisham ibn `Abdil-Malik dan juga pernah dikepung oleh salah seorang panglima
tentera al-Khalifah Harun al-Rashid. Sesungguhnya kota Konstantinapol ini
akhirnya berjaya dibuka oleh al-Sultan Muhammad al-Thani Fatihul-Qustantiniyyah
pada siang Rabu 10 Jamadil-Akhir 857 H.
Menerusi hadis ini Rasulullah memuji Sultan
Muhammad al-Fatih kerana baginda adalah sultan yang salih, aqidahnya sesuai
dengan aqidah Rasulullah. Baginda juga telah berjaya menakluki Kota
Qosthonthiniyyah (kota Istanbul) dan merampasnya daripada orang kafir.
Seandainya aqidahnya menyalahi aqidah Rasulullah, maka Rasulullah tidak akan
sama sekali memujinya. Seperti yang sedia maklum bahawa diketahui dan dicatat
oleh sejarah bahawa Sultan Muhammad Al-Fatih adalah mengikut aqidah Al-Asy`ari
al-Maturidi, baginda meyakini bahawa Allah wujud tanpa bertempat.
Jika aqidah Sultan Muhammad Al-Fatih ini
bertentangan dengan aqidah Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam, nescaya
Rasulullah tidak akan memuji baginda. Begitu juga Sultan Salahuddin al-Ayyubi
seorang raja yang `alim, beraqidah al-Asya`irah dan bermazhab al-Syafi`e.
Baginda telah menghafal al-Quran dan kitab al-Tanbih dalam fiqh al-Syafi`e
serta sering menghadiri majlis-majlis ulama` hadis. Beliau memerintahkan agar
dikumandangkan aqidah Sunni al-Asya`irah dari atas menara masjid sebelum solat
Subuh di Mesir, tanah al-Hijjaz (Makkah dan Madinah) dan di seluruh Negara Syam
(Syiria, Jordan, Palestin dan Lebanon).
Al-Imam Muhammad ibn Hibbatillah al-Barmaki telah
menyusun untuk Salahuddin al-Ayyubi sebuah risalah berbentuk nazam berisi
Aqidah Ahl al-Sunnah dan ternyata baginda sangat tertarik dengannya, akhirnya
baginda telah memerintahkan agar aqidah ini diajarkan kepada semua umat Islam
ini diajarkan kepada umat Islam, kecil dan besar, tua dan muda, sehingga
akhirnya risalah tersebut dikenal dengan nama “al-Aqidah Al-Salahiyyah”.
Risalah ini di antaranya memuatkan penegasan bahawa Allah ta`ala Maha Suci dari
jisim, sifat-sifat jisim dan Maha Suci dari arah dan tempat. Wallahua'lam
No comments:
Post a Comment