Kecuaian/kelalaian yang WAJIB
muslimat ketahui:
1-
Solat yang PERLU
diqadha di awal SEBELUM kedatangan haid:
- Jika perempuan datang haid DI DALAM waktu
zohor, dan dia masih BELUM menunaikan solat
zohor, sedangkan dia SEMPAT untuk solat
zohor itu, maka dia WAJIB qadha solat zohor itu apabila kering
haidnya.
- Jika perempuan datang haid DI DALAM waktu
asar, dan dia masih BELUM menunaikan
solat asar, sedangkan dia SEMPAT untuk
solat asar itu, maka dia WAJIB qadha
solat asar itu apabila kering haidnya.
- Jika perempuan datang haid DI DALAM waktu maghrib, dan dia masih BELUM menunaikan solat maghrib, sedangkan
dia SEMPAT untuk solat maghrib itu,
maka dia WAJIB qadha solat maghrib itu
apabila kering haidnya.
- Jika perempuan datang haid DI DALAM waktu isya', dan dia masih BELUM menunaikan solat isya', sedangkan dia SEMPAT untuk solat isya' itu, maka dia WAJIB qadha solat isya' itu apabila kering
haidnya.
- Jika perempuan datang haid DI DALAM waktu subuh, dan dia masih BELUM menunaikan solat subuh, sedangkan dia SEMPAT untuk solat subuh itu, maka dia WAJIB qadha solat subuh itu apabila kering
haidnya.
2-
Solat yang PERLU
diqadha di waktu akhir kering haid:
- Perempuan yang kering haid DI DALAM waktu zohor, dan HANYA
SEMPAT untuk solat zohor sekira-kira satu rakaat sahaja SEBELUM masuk waktu asar, maka setelah MASUK waktu asar, WAJIB
dia mandi dan WAJIB qadha solat ZOHOR tersebut.
- Perempuan
yang kering haid DI DALAM waktu zohor, dan SEMPAT
untuk habiskan solat zohor, maka dia WAJIB mandi
dan solat ZOHOR sahaja.
- Perempuan yang kering haid DI DALAM waktu asar, dan HANYA
SEMPAT untuk solat asar sekira-kira satu rakaat sahaja SEBELUM masuk waktu maghrib, maka setelah MASUK waktu maghrib, WAJIB
dia mandi dan WAJIB qadha solat ZOHOR serta qadha solat ASAR.
- Perempuan
yang kering haid DI DALAM waktu asar, dan SEMPAT
untuk habiskan solat asar, maka dia WAJIB mandi
dan solat ASAR serta WAJIB
qadha ZOHOR.
- Perempuan yang kering haid DI DALAM waktu maghrib, dan HANYA
SEMPAT untuk solat maghrib sekira-kira satu rakaat sahaja SEBELUM masuk waktu isya’, maka setelah MASUK waktu isya’, WAJIB
dia mandi dan WAJIB qadha solat MAGHRIB tersebut.
- Perempuan
yang kering haid DI DALAM waktu maghrib, dan SEMPAT
untuk habiskan solat maghrib, maka dia WAJIB mandi
dan solat MAGHRIB sahaja.
- Perempuan yang kering haid DI DALAM waktu isya’, dan HANYA
SEMPAT untuk solat isya’ sekira-kira satu rakaat sahaja SEBELUM masuk waktu subuh, maka setelah MASUK waktu subuh, WAJIB
dia mandi dan WAJIB qadha solat MAGHRIB serta qadha solat ISYA’.
- Perempuan
yang kering haid DI DALAM waktu isya’, dan SEMPAT untuk
habiskan solat isya’, maka dia WAJIB mandi
dan solat ISYAK serta WAJIB
qadha MAGHRIB.
- Perempuan yang kering haid DI DALAM waktu subuh, dan HANYA
SEMPAT untuk solat subuh sekira-kira satu rakaat sahaja SEBELUM habis/keluar waktu subuh, maka setelah
habis/keluar waktu subuh, WAJIB dia mandi dan WAJIB qadha solat SUBUH
sahaja.
- Perempuan
yang kering haid DI DALAM waktu subuh, dan SEMPAT
untuk habiskan solat subuh, maka dia WAJIB mandi
dan solat subuh sahaja.
Perhatian:
- Cara atau tanda untuk MENGENALPASTI
sama ada haid itu kering atau tidak kering, adalah dengan mengambil sedikit
kapas dan masukkan ke dalam faraj/kemaluan.
- Kemudian, kapas tersebut dilihat.
- Jika kapas itu KERING
PUTIH atau BASAH PUTIH JERNIH, maka
tandanya haid SUDAH KERING.
- Sebaliknya, jika kapas tersebut ADA warna darah, maka tandanya haid BELUM KERING. Maka HARAM mandi
hadas, solat, puasa, baca Al Quran dan sebagainya.
- Kesilapan yang BIASA
dilakukan oleh mereka yang datang haid juga,adalah, HANYA
melihat lampinnya sahaja sebagai TANDA haid
masih ada atau sudah kering. Ini merupakan suatu kesilapan yang membawa kepada HARAM/BERDOSA dan TIDAK SAH
ibadat.
- Sepatutnya, yang MENENTUKAN
sama ada haidnya masih ada atau kering, adalah dengan memasukkan kapas atau
kain ke dalam faraj/kemaluannya.
§
Sebagai contoh, jika seorang perempuan melihat TIADA warna darah haid pada lampinnya, tetapi jika
dimasukkan kapas ke dalam faraj/kemaluan, kemudian dikeluarkan, dan TERDAPAT warna
darah, maka NYATALAH perempuan itu masih di
dalam HAID. Jadi, perempuan itu HARAM mandi hadas, solat,
puasa, baca Al Quran dan sebagainya.
§
Contoh kedua, jika seorang perempuan melihat TIADA warna darah haid pada lampinnya, tetapi jika
dimasukkan kapas ke dalam faraj/kemaluan, kemudian dikeluarkan, TIDAK TERDAPAT warna
darah. Hanya BASAH PUTIH JERNIH sahaja, maka haid
perempuan itu telah KERING. Jadi, HARUSLAH bagi perempuan itu mandi hadas, solat, puasa,
baca Al Quran dan sebagainya.
Hasil kutipan daripada kitab jawi, Kifayatul Muhtadi, karangan Syeikh Muhammad Noor Bin Muhammad Bin Ismail Al fathoni (
halaman 37) dan mendengar syarahan daripada guru mulia, Baba Idris Al Fathoni.
Semoga bermanfaat. Allahua’lam
1 comment:
sememangnya sangat bermanfaat.. syukran.. assalamualaikum...
Post a Comment