Anak merupakan amanah Allah.
Amanah ini perlu dijaga dan dipatuhi oleh setiap manusia. Sebagaimana maklum,
semua orang sayangkan anak-anak mereka sama ada mereka dari orang-orang Islam
atau orang-orang Kafir sekalipun. Hanya mereka yang tidak berperikemanusiaan
sahaja yang bencikan anak-anak. Sanggup membuang merata-rata macam SAMPAH.
Inilah akhlak
manusia akhir zaman yang mana umat ini semakin JAHIL
dengan didikan agama. Walaupun berlatarkan agama sekalipun tidak mustahil terjebak
di dalam gejala ini. Sebab itulah agama perlu dijaga. BUKAN
sebagai perhiasan.
Sesungguhnya
Islam itu tinggi, TIDAK ADA lagi yang lebih
tinggi daripada Islam. Tinggal hanya lagi orang Islam itu sahaja mencorakkan
sendiri pegangan Islam mereka. Kalau betul jalan, maka bahagialah. Kalau salah
jalan, maka celakalah wal ia zubillah…
Berbalik kepada
perbicaraan anak-anak tadi, bergantung kepada ibu bapa mereka bagaimana mereka MENCORAKKAN anak-anak mereka. Sebagaimana mafhum daripada
hadis yang dapat saya petik,
“ Tiap-tiap anak yang dilahirkan ke dunia ini, dilahirkan di dalam
keadaan Fitrah, suci BERSIH, tidak ada dosa
walau sedikit pun, sesuci suci kain putih. Kemudian bergantung kepada ibu bapa
mereka lah menjaga, mencorak, mencantik, mengelok anak-anak mereka, sama ada
membawa anak-anak mereka mengikut agama Yahudi atau mengikut agama Nasrani atau
mengikut agama Majusi ”.
Kita
sebagai orang Islam, WAJIB memperelok anak-anak
kita ke arah kebaikan. Bukan bermakna kebaikan itu dari segi zahir jasmani
seperti memberi pakaian yang elok, makanan yang bersih, tempat tinggal yang
selamat dan sebagainya TETAPI yang dimaksudkan
kebaikan di sini adalah dari segi BATINIYYAH ROHANIYYAH.
Apakah
yang dimaksudkan dengan batiniyyah rohaniyyah ini? Yaitulah KEWAJIPAN mengajar anak-anak kita Adab-adab sesama
Islam, Ilmu Tauhid yang asas, Ilmu Feqah yang asas serta Akhlak ataupun
Tasawwuf membuang segala sifat yang dikeji SERENTAK
menghiasi anak-anak kita dengan sifat yang dipuji Allah. Masyaallah alangkah
rasa bersyukurnya kita dapat anak-anak seperti ini. Allahumma Amiin.
Telah bersabda Sayyiduna Rasulullah:
[ مُرُوْا الصَّبِيَّ بِالصَّلاةِ إِذَا بَلَغَ سَبْعَ سِنِيْنَ ،
وَإِذَا بَلَغَ عَشَرَ سِنِيْنَ فَاضْرِبُوْهُ عَلَيْهَا ] رواه أبو داود
Ertinya: “ Menyuruh oleh kamu akan kanak-kanak dengan sembahyang apabila sampai
tujuh tahun dan apabila sampai sepuluh tahun, maka dipukul oleh kamu akan
kanak-kanak atasnya ”.
Di
dalam hadis di atas, menyuruh dengan makna di atas jalan PERINTAH WAJIB. Wajib mengajar oleh ibu bapa ke atas
anak-anak mereka, yaitu mengajar SEMBAHYANG FARDHU
yang lima waktu sehari semalam apabila CUKUP
umur tujuh tahun Qomariyyah. Apabila sampai umur CUKUP
sepuluh tahun Qomariyyah, maka dipukul anak-anak mereka kerana meninggalkan
solat yang lima waktu sehari semalam itu.
Dan hasil TAFSIR pembelajaran di dalam kitab jawi, Kifayatul Muhtadi
yang dapat saya kongsikan di sini berdasarkan hadis di atas adalah:
Dan wajib atas wali kanak-kanak
lelaki dan perempuan yang mumayyiz keduanya(kanak-kanak lelaki dan perempuan),
bahawa menyuruh akan keduanya(kanak-kanak lelaki dan perempuan) dengan
sembahyang lima waktu.
- Wajib di sini adalah di atas jalan Fardhu
Kifayah. Jika SALAH antara kedua ibu bapa sudah menyuruh
kanak-kanak mereka sembahyang fardhu yang lima waktu sehari semalam, maka TIDAK berdosalah ibu bapa tersebut TETAPI, pahala HANYA
dapat pada salah antara mereka yang menyuruh sahaja. Allahua’lam.
- Wajib menyuruh solat fardhu lima waktu sehari
semalam dan wajib menyuruh solat Qadha fardhu
sekalipun, jika ada kanak-kanak mereka meninggalkan solat fardhu.
- Kita HANYA wajib
menyuruh sahaja dan JANGAN sekali-kali memukul
mereka. Jika anak-anak kita tidak buat juga setelah disuruh, maka tidak
mengapa. Sudah lepas tanggungjawab kita.
Dan mengajar akan keduanya(kanak-kanak
lelaki dan perempuan) hukum sembahyang daripada rukunnya dan syaratnya dan
perkara yang membatalkannya.
- Dan WAJIB atas
wali mengajar kanak-kanak mereka tentang sembahyang. Jika wali tersebut tidak
boleh mengajar atau tidak pandai mengajar, maka WAJIB
wali tersebut menghantar kanak-kanak mereka belajar sembahyang dengan GURU yang betul-betul boleh mengajar anak-anak mereka
sembahyang dengan betul.
- Yang dimaksudkan dengan WAJIB
wali atau guru mengajar sembahyang di sini adalah, mengajar tentang rukun-rukun
sembahyang, tentang syarat-syarat sembahyang dan tentang perkara-perkara yang
membatalkan sembahyang.
Jika ada umur keduanya(kanak-kanak
lelaki dan perempuan) 7 tahun.
- Yang dimaksudkan dengan umur 7 tahun di sini
ialah, dengan SEMPURNA 7 tahun Qomariyyah cukup-cukup.
Juga dipanggil 7 tahun TAHDIDAN. Mesti tidak
kurang daripada 7 tahun. Kalau kurang daripada 7 tahun, maka TIDAK WAJIB wali menyuruh sembahyang fardhu lima
waktu. Hanya SUNAT sahaja supaya terbiasa dengan
perkara-perkara kebajikan akhirat.
- Dan yang SEPATUTNYA
bagi wali itu, menyertakan menyuruh sembahyang itu dengan menakut-nakutkan anak-anak
mereka dengan pukulan. Tapi bukan betul-betul pukul. Hanya menakut-nakutkan
sahaja.
- Itupun jika BERHAJAT
atau PERLU kepada menakuti anak-anak mereka.
§ Seperti,
anak-anak mereka tidak menghiraukan suruhan sembahyang daripada wali mereka.
- Dan yang dikehendaki dengan WALI di sini ialah, ibu bapa kanak-kanak
tersebut. Jika tiada ibu bapa, maka datuk
kanak-kanak tersebut dan ke atas.
-
Dan jika daripada pihak ibu
sekalipun. Juga dipanggil wali.
- Kemudian, wasinya. Yaitu, orang yang MENERIMA wasiat daripada walinya. Maka, WAJIB ke atas tiap-tiap yang dikategorikan sebagai
wali ini, menyuruh kanak-kanak mereka sembahyang fardhu lima waktu.
- Maka, gugurlah TUNTUTAN
wajib itu, dengan menyuruh oleh salah seorang daripada dua ibu bapanya kerana SUDAH HASIL atau SUDAH SAMPAI
matlamat/tujuan dengan suruhan itu.
- Dan diwajibkan IBU
menyuruh anak-anaknya sembahyang jika tidak ada wilayahnya atau suaminya. Ini
kerana, itu setengah daripada menyuruh dengan kebaikan(amar makruf).
- Dan amar makruf itu, jadilah menyuruh sembahyang
itu WAJIB atas orang yang Ajnabiyy. Maksud
Ajnabiyy di sini ialah JIRAN TETANGGA, jika
tidak ada ibu bapa yang menyuruh, maka tuntutan wajib menyuruh sembahyang itu terkena
pada jiran tetangga.
- Cuma, yang dikatakan wajib menyuruh oleh ibu
bapa di sini kerana mereka TERLEBIH hampir daripada
segala manusia bagi anak-anak mereka.
- Dan takrif MUMAYYIZ/TAMYIZ
bagi kanak-kanak itu adalah,
§ Apabila
kanak-kanak itu dapat makan dan minum dengan sendirinya dan dapat membasuh
najis/istinja dengan sendirinya.
§ Kata
setengah ulama, apabila kanak-kanak itu dapat MENGENAL
tangan kanannya dan tangan kirinya. Yang dikehendaki mengenal di sini ialah,
mengenal benda yang manfaat/kebaikan dan mengenal benda yang mudharat/kejahatan.
- Dan TIADA wajib
menyuruh kanak-kanak yang BELUM sampai/cukup
umur 7 tahun Qomariyyah sembahyang walaupun kanak-kanak tersebut sudah mumayyiz
sekalipun kerana di dalam satu hadis menyebut, kebiasaannya kanak-kanak
mumayyiz itu adalah CUKUP umur 7 tahun
Qomariyyah.
Dan dipukul akan keduanya(kanak-kanak
lelaki dan perempuan) atas meninggalkan sembahyang kemudian daripada 10 tahun
Qomariyyah.
- Yakni, WAJIB
memukul kanak-kanak itu jika meninggalkan sembahyang lima fardhu yang lima
waktu sehari semalam.
- Dan termasuk WAJIB
memukul kanak-kanak itu jika meninggalkan sembahyang qadha fardhu sekalipun.
- Dan WAJIB memukul
kanak-kanak itu jika meninggalkan satu sahaja daripada SYARAT-SYARAT
sembahyang, RUKUN-RUKUN sembahyang dan PERKARA-PERKARA yang membatalkan sembahyang.
- WAJIB memukul
ini, setelah MASUK umur kanak-kanak tersebut 10
tahun Qomariyyah. Allahua’lam.
Alhamdulillah, inilah TAFSIR hadis yang dapat saya kongsikan kepada para
pembaca sekalian. Mohon maaf di atas segala KEKURANGAN
dan mohon TEGURAN jika ada KESILAPAN/KESALAHAN.
Hasil kutipan daripada kitab
jawi, Kifayatul Muhtadi, karangan Syeikh Muhammad Noor Bin Muhammad Bin Ismail
Al fathoni ( halaman 37-38) dan mendengar syarahan daripada guru mulia, Baba
Idris Al Fathoni. Semoga bermanfaat. Allahua’lam