Thursday 22 March 2012

Aurat Perempuan Mengikut Imam Mujtahid Yang Empat





Disini merupakan ulasan jawapan daripada Al-fadhil Ustaz azhar Idrus :

Aurat wanita dihadapan lelaki ajnabi ada dua pendapat ulamak. Pertama sekelian badan melainkan kedua tapak tangan dan wajah manakala pendapat kedua pula sekelian badannya termasuk wajah adalah aurat yang wajib di tutup.

Pendapat pertama adalah ulamak2 mazhab Hanafi dan Maliki dan pendapat kedua pula ialah ulamak2 mazhab Syafie dan Hanbali.

Bagi pendapat yang mengatakan muka dan dua tapak tangan bukan aurat itu tetap mewajibkan wanita memakai hijab yang menutup wajah. Perintah tutup ini bukan kerana wajah adalah aurat tetapi sebab menutup pintu fitnah. Memang kita tak dapat menafikan wajah wanita adalah sebesar2 fitnah yang mengundang berbagai maksiat dan dosa.

Cara terbaik bagi wanita pada zaman sekarang ini tiada lain melainkan memakai hijab yang menutup wajahnya memandangkan kebanyakkan lelaki pada zaman sekarang adalah fasiq dan tidak bermoral.

Jangan kita terkeliru dengan perkataan hijab dan aurat. Hijab adalah jauh berbeza daripada aurat.

Aurat bermaksud suatu yang wajib ditutup sekalipun dari pandangan mahhramnya sendiri manakala hijab adalah suatu yang lebih dari sekadar menutup aurat.

Kepada sesiapa yang mahukan penjelasan dan dalil2 yang terperinci tentang kewajipan berpurdah ini silalah merujuk kitab "Tafsir Ayaatul Ahkam karangan Syeikh 'Ali As-Shobuni juzuk ke 2 muka surat 103-126.

Di sana boleh kita lihat kesemua dalil2 dari Al-Quran & Sunnah dan perkataan Abu 'Ala Al-Maududi tentang kesalahan orang2 yang mengatakan wanita tidak perlu memakai hijab yang menutup wajahnya.(sekian)

Manakala di sini terdapat pula perkataan-perkataan daripada beberapa orang ulama' 4 mazhab berkaitan dengan permasalahan ini yang mengutamakan pemakaian niqab pada golongon muslimah oleh kerana situasi zaman yang dipenuhi dengan fitnah. Tidak dinafikan ianya terdapat khilaf dikalangan ulamak bahkan khilaf juga di dalam mazhab kita Al-Imamuna Al-syafei r.h.. Khilaf itu adalah rahmat. Bagi mereka yang tidak mampu pilihlah pandangan yang bersesuaian dengan anda yang mana ianya masih dalam lingkungan mazhab kita imam syafei.


Mazhab Hanafi.

Pendapat Mazhab Hanafi, wajah wanita BUKANLAH AURAT, namun memakai purdah hukumnya SUNNAH (dianjurkan) dan MENJADI WAJIB jika dikhawatiri wanita berkenaan akan menimbulkan fitnah.

* Al Allamah Al Hashkafi berkata:
والمرأة كالرجل ، لكنها تكشف وجهها لا رأسها ، ولو سَدَلَت شيئًا عليه وَجَافَتهُ جاز ، بل يندب

“Aurat wanita dalam solat itu seperti aurat lelaki. Namun wajah wanita itu dibuka sedangkan kepalanya tidak. Andai seorang wanita memakai sesuatu di wajahnya atau menutupnya, boleh, bahkan dianjurkan” (Ad Durr Al Mukhtar, 2/189)

* Al Allamah Ibnu Abidin berkata:
تُمنَعُ من الكشف لخوف أن يرى الرجال وجهها فتقع الفتنة ، لأنه مع الكشف قد يقع النظر إليها بشهوة

“Terlarang bagi wanita menampakan wajahnya kerana khuatir akan dilihat oleh para lelaki, kemudian timbullah fitnah. Kerana jika wajah dinampakkan, lelaki melihatnya dengan syahwat” (Hasyiah ‘Alad Durr Al Mukhtaar, 3/188-189)

* Al Allamah Ibnu Najiim berkata:

قال مشايخنا : تمنع المرأة الشابة من كشف وجهها بين الرجال في زماننا للفتنة

“Para ulama mazhab kami berkata bahawa dilarang bagi wanita muda untuk menampakkan wajahnya di hadapan para lelaki di zaman kita ini, kerana dikhuatiri akan menimbulkan fitnah” (Al Bahr Ar Raaiq, 284)

Mazhab Maliki.

Mazhab Maliki berpendapat bahwa wajah wanita BUKANLAH AURAT, namun memakai purdah hukumnya SUNNAH (dianjurkan) dan menjadi WAJIB jika dikhuatiri menimbulkan FITNAH. Bahkan sebahagian ulama yang bermazhab Maliki berpendapat seluruh tubuh wanita itu adalah aurat.

* Ibnul Arabi berkata:

والمرأة كلها عورة ، بدنها ، وصوتها ، فلا يجوز كشف ذلك إلا لضرورة ، أو لحاجة ، كالشهادة عليها ، أو داء يكون ببدنها ، أو سؤالها عما يَعنُّ ويعرض عندها

“Wanita itu seluruhnya adalah aurat. Baik badannya mahupun suaranya(kerana dapat menimbulkan fitnah). Tidak boleh menampakkan wajahnya kecuali dalam keadaan darurat atau ada keperluan mendesak seperti persaksian atau perubatan pada badannya, atau kita dipertanyakan apakah ia adalah orang yang dimaksud (dalam sebuah persoalan)” (Ahkaamul Qur’an, 3/1579)

* Al Qurthubi berkata:
قال ابن خُويز منداد ــ وهو من كبار علماء المالكية ـ : إن المرأة اذا كانت جميلة وخيف من وجهها وكفيها الفتنة ، فعليها ستر ذلك ؛ وإن كانت عجوزًا أو مقبحة جاز أن تكشف وجهها وكفيها

“Ibnu Juwaiz Mandad – ia adalah ulama besar Maliki – berkata: Jika seorang wanita itu cantik dan khuatir wajahnya dan telapak tangannya menimbulkan fitnah, hendaknya dia menutup wajahnya. Jika dia wanita tua atau wajahnya buruk/hodoh, boleh baginya menampakkan wajahnya” (Tafsir Al Qurthubi, 12/229)

* Al Hathab berkata:
واعلم أنه إن خُشي من المرأة الفتنة يجب عليها ستر الوجه والكفين . قاله القاضي عبد الوهاب ، ونقله عنه الشيخ أحمد زرّوق في شرح الرسالة ، وهو ظاهر التوضيح

“Ketahuilah, jika dikhuatirkan terjadi fitnah, maka wanita wajib menutup wajah dan telapak tangannya. Ini dikatakan oleh Al Qadhi Abdul Wahhab, juga dinukil oleh Syaikh Ahmad Zarruq dalam Syarhur Risaalah. Dan inilah pendapat yang lebih tepat” (Mawahib Jaliil, 499)

Mazhab Syafi’ie.

Pendapat mazhab Syafi’ie, AURAT WANITA di depan lelaki ajnabi (bukan mahram) adalah SELURUH TUBUH. Sehingga mereka MEWAJIBKAN wanita memakai purdah DIHADAPAN LELAKI AJNABI. Inilah pendapat MU'TAMAD mazhab Syafi’ie.

* Asy Syarwani berkata:

إن لها ثلاث عورات : عورة في الصلاة ، وهو ما تقدم ـ أي كل بدنها ما سوى الوجه والكفين . وعورة بالنسبة لنظر الأجانب إليها : جميع بدنها حتى الوجه والكفين على المعتمد وعورة في الخلوة وعند المحارم : كعورة الرجل »اهـ ـ أي ما بين السرة والركبة ـ

“Wanita memiliki tiga jenis aurat, (1) aurat dalam solat -sebagaimana telah dijelaskan- iaitu seluruh badan kecuali wajah dan telapak tangan, (2) aurat terhadap pandangan lelaki ajnabi, iaitu seluruh tubuh termasuk wajah dan telapak tangan, menurut pendapat yang mu’tamad, (3) aurat ketika berdua bersama yang mahram, sama seperti lelaki, iaitu antara pusar dan paha” (Hasyiah Asy Syarwani ‘Ala Tuhfatul Muhtaaj, 2/112)

* Syaikh Muhammad bin Qaasim Al Ghazzi, penulis Fathul Qaarib, berkata:

وجميع بدن المرأة الحرة عورة إلا وجهها وكفيها ، وهذه عورتها في الصلاة ، أما خارج الصلاة فعورتها جميع بدنها

“Seluruh badan wanita selain wajah dan telapak tangan adalah aurat. Ini aurat di dalam solat. Adapun di luar solat, aurat wanita adalah seluruh badan” (Fathul Qaarib, 19)

* Ibnu Qaasim Al Abadi berkata:

فيجب ما ستر من الأنثى ولو رقيقة ما عدا الوجه والكفين . ووجوب سترهما في الحياة ليس لكونهما عورة ، بل لخوف الفتنة غالبًا

“Wajib bagi wanita menutup seluruh tubuh selain wajah telapak tangan, walaupun penutupnya tipis. Dan wajib pula menutup wajah dan telapak tangan, bukan kerana keduanya adalah aurat, namun kerana secara umum keduanya cenderung menimbulkan FITNAH” (Hasyiah Ibnu Qaasim ‘Ala Tuhfatul Muhtaaj, 3/115)

* Taqiyuddin Al Hushni, penulis Kifaayatul Akhyaar, berkata:
ويُكره أن يصلي في ثوب فيه صورة وتمثيل ، والمرأة متنقّبة إلا أن تكون في مسجد وهناك أجانب لا يحترزون عن النظر ، فإن خيف من النظر إليها ما يجر إلى الفساد حرم عليها رفع النقاب

“Makruh hukumnya solat dengan memakai pakaian yang bergambar atau lukisan. Makruh pula wanita memakai niqab (purdah) ketika solat. Kecuali jika di masjid keadaanya susah dijaga dari pandnagan lelaki ajnabi. Jika wanita khuatir dipandang oleh lelaki ajnabi sehingga menimbulkan kerosakan, haram hukumnya melepaskan (tidak memakai) niqab (purdah)” (Kifaayatul Akhyaar, 181)

Mazhab Hambali.

* Imam Ahmad bin Hambal berkata:

كل شيء منها ــ أي من المرأة الحرة ــ عورة حتى الظفر

“SETIAP bahagian tubuh wanita adalah aurat, termasuk pula kukunya” (Dinukil dalam Zaadul Masiir, 6/31)

* Syeikh Manshur bin Yunus bin Idris Al Bahuti, ketika menjelaskan matan Al Iqna’ , ia berkata:

« وهما » أي : الكفان . « والوجه » من الحرة البالغة « عورة خارجها » أي الصلاة « باعتبار النظر كبقية بدنها »

“’Keduanya, iaitu dua telapak tangan dan wajah adalah aurat di luar solat kerana adanya pandangan, sama seperti anggota badan lainnya” (Kasyful Qanaa’, 309)
 — 

No comments: