Hukum secara umum ada tiga:
1) Hukum Akal
2) Hukum Adat
3) Hukum syara’
Hukum akal ada tiga:
1) Wajib Akal – benda tentu sungguh, tak terima nak kata tidak.
2) Mustahil Akal – benda tentu tidak, tak terima nak kata
sungguh.
3) Harus Akal – benda terima kedua-dua belah sungguh
atau tidak.
Hukum Adat ada tiga:
1) Wajib Adat
2) Mustahil Adat
3) Harus adat
Hukum Syara’ atau ‘Aridi ada dua:
1) Wajib Syara’ atau wajib ‘aridhi
2) Mustahil Syara’ atau wajib ‘aridhi
Wajib setiap mukallaf tahu Ta’rif bagi setiap istilah
di bawah:
1) Zat, jirim, jisim, jauhar firid, arod, sifat, sifat
ma’ani, nafsiah, salbiah, maknawiyah,makhluk,alam,benda baru (majazi, haqiqi),
istihalatul mustahil, dll
Ringkasan 20 sifat dan 4 sifat Rasul 1 sifat harus bagi
Allah dan 1 sifat harus bg Rasul.
S: Apakah hukum mengetahui segala hukum akal?
J: Wajib wasail, yakni buat tangga bagi sampai kepada
wajib.
Hukum akal ada tiga:
1) Wajib
2) Mustahil
3) Harus
Ta’rif wajib akal ialah perkara tentu sungguh(sengoti,
sebenar), tak terima nak kata tidak. Huraiannya, akal kita tidak terima sebelah
tidak, hanya terima sebelah sungguh.
Ta’rif mustahil akal ialah perkara tentu tidak,
tak terima nak kata sungguh(sengoti, sebenar). Huraiannya, akal kita tidak terima sebelah
sungguh, hanya terima sebelah tidak.
Ta’rif harus akal ialah perkara yang terima kedua-dua
iaitu samada sungguh atau tidak atas jalan bergilir ganti(bukan serentak
berlaku).
Contohnya, makhluk ini yang mana makhluk ini terima ada dan juga terima
tidak ada, atau terima sungguh dan terima pula tidaknya(pecah atau tidak
pecah).
Hukum adat ialah adat kebiasaan(biasa berlaku).
Hukum adat ada tiga:
1) Wajib
2) Mustahil
3) Harus
Makna wajib adat ialah benda yang wajib berlaku atau
pasti berlaku, seperti makan banyak wajib kenyang, atau api sifatnya membakar,
pisau tajam wajib memutuskan sayur yang dipotong.
Mustahil adat ialah benda yang mustahil berlaku dari
segi adat kebiasaan seperti api tidak membakar kertas, pisau yang tajam tidak
boleh memotong sayur.
Harus adat ialah perkara yang boleh jadi berlaku dan boleh jadi tidak berlaku seperti makan nasi sepinggan, boleh
jadi kenyang atau boleh jadi tidak boleh kenyang.
Hukum syara’
Hukum syara’ terpecah kepada beberapa dua bahagian:
1)Hukum Syara' Taklifi
2)Hukum Syara' Wad'i
Hukum syarak taklifi ada lima:
2)Hukum Syara' Wad'i
Hukum syarak taklifi ada lima:
1) Wajib
2) Sunat
3) Haram
4) Makruh
5) Harus
Hukum syarak’ Wadh'i ada lima:
1) Sebab
2) Syarat
3) Mani'(perkara yang menghalang)
4) Sah
5) Batal
Setiap hukum taklifi digandingkan(dibanding@dipadu) dengan hukum wadh'i.
Setiap hukum taklifi digandingkan(dibanding@dipadu) dengan hukum wadh'i.
Contohnya, wajib ada sebab, ada syarat, ada mani', ada sah dan ada batal.
Contohnya,
solat Zohor hukumnya wajib, dengan sebab gelincir matahari, maka baru
wajib solat Zohor, syarat sebelum masuk sembahyang kena ambil wuduk
dahulu, mani' seperti haid dan nifas adalah perkara yang menghalang daripada
solat, sah seperti melakukan syarat-syarat sah solat, batal seperti meninggalkan perkara yang
membatalkan solat. Jadi secara keseluruhan, hukum syara' ada dua puluh(25).
Wajib syara’(aridhi) ialah perkara yang tidak menyalahi
janji yang terdapat di dalam Al-Quran seperti mati seseorang, mati itu wajib
berlaku kerana Allah telah menjanjikan di dalam Al-quran iaitu setiap yang
bernyawa akan mati.
Mustahil syara’(aridhi) ialah perkara menyalahi janji
yang mana sesuatu perkara yang terdapat di dalam Al-Quran seperti mati
seseorang, mati itu wajib berlaku kerana Allah telah menjanjikan di dalam
Al-quran iaitu setiap yang bernyawa akan mati. Jika tidak berlaku kematian
kepada sesuatu yang bernyawa, maka ini ialah mustahil syara’ kerana menyalahi
janji di dalam al-quran.
Harus syara’(Rujuk: Kitab Khulasoh)
2 comments:
JAZAKALLAH KHAIR PENERANGAN RINGKAS YG MENAMBAH KEFAHAMAN.
Hukum aridhi difahamkan adalah hukum yang tidak mengikut ilmu Dan iradst Allah. Betul ke ni?
Post a Comment