Rintihan
Sheikh Sa'ad Jawish al-Azhari kepada para Azhariyyin ketika memberi
tausiyah di dalam majlis bersama Sheikhna Sidi Yusuf al-Hasani di Ben
'Alawi:
Beliau berkata; "Aku amat ta'ajjub dengan kalian semua apabila aku
sampai Malaysia. Sebelum aku sampai di sini(rumah Ben 'Alawi), aku
berada di Kedah dan menyampaikan tausiah di satu Masjid. Dan amat
menarik perhatian aku, apabila aku melihat para hadirin, kesemuanya
memakai pakaian serba putih, berserban. Aku berkata,
"Apakah ini? Adakah Azhar telah berpindah ke sini?" Aku amat terpegun
dengan kalian semua. Dan inilah suasana Azhar pada 200 tahun dahulu".
"Para
azhariyyin apabila berjalan di pasar-pasar, masyarakat akan mengenali
mereka dengan serban serta jubah mereka. Dan suasana begitulah yang
menjadi imej Azhar pada suatu masa dahulu. Akan tetapi, kita melihat
sekarang, para azhariyyin datang kuliah, hanya memakai pakaian biasa,
tiada mencerminkan seorang penuntut ilmu warisan Baginda s.a.w.".
"Dan
aku juga tertarik, kalian semua membaca Qasidah Burdah karangan Imam
Bushyiriy. Apakah Imam Bushiri berasal dari sini? Amat mengejutkan,
beliau dimakamkan di Iskandariyah, tetapi qasidahnya itu dibaca sampai
kesini. Bahkan ada diantara kamu yang menghafal dan pandai
melagukannya".
" Selain
itu, aku juga melihat acara-acara maulid Baginda s.a.w. diadakan di
sini bahkan lebih banyak berbanding di Mesir sendiri. Sedangkan
majlis-majlis sebeginilah yang menyucikan hati kita semua, mendatangkan
perasaan kecintaan kepada Baginda s.a.w., memperingatkan kita kepada
Baginda s.a.w.. Apabila sampai kepada qiam, kamu semua berdiri
menandakan penghormatan kamu semua kepada kemuliaan Baginda s.a.w.. Amat
menakjubkan aku."
" Aku
amat berbangga dengan kalian, dan tidaklah aku berharap melainkan
suasana ini dihidupkan kembali di Azhar sebagaimana yang kalian semua
amalkan disini ".
*petikan daripada kalam beliau~
http://simusafirilahi.blogspot.com/2011/10/khusus-buat-penuntut-ilmu-di-al-azhar.html
No comments:
Post a Comment