Bahagian niat
tayammum ada 3 peringkat:
1-
Solat fardhu atau
tawaf fardhu
2-
Solat sunat atau
solat jenazah
3-
Sujud tilawah atau
sujud syukur atau sentuh al quran atau iktikaf atau tamkin bagi suami(tayammum
utk mengharuskan suami setubuh isterinya)
Perhatian:
1- Jika seseorang niat
tayammum pada peringkat PERTAMA seperti
(sahaja aku tayammum kerana mengharuskan FARDHU sembahyang),
maka HANYA BOLEH
mendirikan SALAH SATU daripada
dua jenis fardhu SAHAJA (sama ada buat
solat fardhu atau tawaf fardhu sahaja- tawaf TUJUH
KELILING). Dan BOLEH buat
ibadat lain di peringkat KEDUA dan
peringkat KETIGA dgn menggunakan niat
pada peringkat PERTAMA.
2- Jika seseorang niat
tayammum pada peringkat KEDUA seperti
(sahaja aku tayammum kerana mengharuskan SEMBAHYANG atau SEMBAHYANG SUNAT), maka
hanya boleh buat ibadat pada peringkat KEDUA dan
peringkat KETIGA sahaja. TIDAK BOLEH guna
niat di peringkat KEDUA utk buat
ibadat pada peringkat PERTAMA.
3- Jika seseorang
niat tayammum pada peringkat KETIGA seperti
(sahaja aku tayammum kerana mengharuskan sujud tilawah atau sebagainya pada
peringkat KETIGA), maka hanya boleh buat
ibadat pada peringkat KETIGA sahaja. TIDAK BOLEH guna
niat pada peringkat KETIGA ini utk
buat ibadat peringkat pada PERTAMA dan
peringkat KETIGA.
4- TIDAK
BOLEH sekali-kali niat tayammum dgn niat
mengangkat HADAS kerana tayammum
memada untuk MENGHARUSKAN solat
sahaja.
Hasil kutipan daripada
mendengar syarahan daripada guru mulia, Ustaz Aziz Lubuk Tapah. Semoga
bermanfaat. Allahua’lam
No comments:
Post a Comment