Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah kepada HambaNya, memberi rezeki sama ada kepada yang beriman mahupun yang kafir, lagi Maha Mengasihani kepada hambaNya yang beriman. Semoga kita tergolong di dalam HambaNya yang beriman Amiin...
Bermula
makna pengetahuan itu, iaitu mendapat (memahami) akan sesuatu yang
berbetulan (selari) dengan hakikatnya (sesuatu). Bermula qaul yang
sebenar, bahawasa ilmu dan ma’rifat itu bersamaan (pada makna) keduanya,
melainkan bahawasanya diitlaqkan (digunakan/disebut) atas Allah Ta’ala
itu a’lim tiada harus (haram) diitlaqkan atasNya ‘arif kerana bahawa
ma’rifat itu menyeru (membawa) ia akan mendahulukan jahil bersalahan
(dengan) ilmu . Dan keluar (tidak termasuk) dengan kata pengetahuan
(ilmu yakin/ma’rifah) itu empat perkara:
1) Jahlun,
iaitu terbahagi ia atas dua bahagi:
Pertama, Jahlun basith (jahil selapis) namanya, iaitu
tiada mengetahui segala-gala (daripada kalimah ‘arab aslan). Seperti
dikata orang baginya (si jahil basith) “apa kata engkau, ‘alam ini
qadimkah atau baharu? Maka jawab ia (si jahil basith) “tiada aku ketahui
sekali-kali”.
Kedua, jahlun murakkab (jahil dua lapis) namanya, iaitu
mendapat oleh seseorang akan sesuatu itu atas bersalahan sifatnya pada
waqi’, dan dinamakan dia (keadaan jahil murakkab) dengan demikian itu
kerana bersusunnya daripada dua jahil, pertama jahil empunyanya dengan
barang (kelakuan/sifat) yang pada waqi’, kedua jahilnya dengan
bahawasanya dirinya jahil kerana sangkanya bahawasanya ia yang
mengetahui, seperti i’tiqod falasafah bahawasa ‘alam ini qodim.
2) Syak, iaitu
mendapatkan tiap-tiap daripada dua tepi (pihak) itu atas bersamaan.
3) Zhon, iaitu
berat pada hatinya itu mengetahui atau tiada mengetahui.
4) Waham, iaitu
ringan pada hatinya itu pada mengetahui atau tiada mengetahui.
Maka
orang yang bersifat dengan salah suatu daripada empat perkara ini, tiada
bagi mereka itu iman, ertinya kafir.
Adapun orang taqlid
(muqollid), yakni i’tiqod kepada Allah dan Rasul itu semata-mata ikut
perkataan orang jua, maka ikut itu tiada dalil padanya, pada hal jazam
ia akan taqlidnya itu. Maka bersalahan ulama’ pada sah imannya. Maka
kata setengah (ulama’) kafir ia (orang taqlid) iaitu (qaul) dhaif, dan
kata setengah (ulama’) mukmin iaitu (qaul) yang mu’tamad.
Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan
Syaikh Zainol Abidin bin Muhammad al-Fathoni, Percetakan Al-Mu’arif Sdn
Bhd, hal. 5-6.