Tuesday 22 May 2012

Maahad Az-Zein Al-Makki












Maahad Az-Zein Al-Makki ini merupakan sebuah yayasan yang menyediakan peluang pendidikan yang luas kepada segenap anggota masyarakat dari lapisan kanak-kanak sehingga kepada golongan dewasa. Menjadi Pusat Pembelajaran dan Pendikan Islam yang utama, yang memberikan sumbangan bukan sahaja kepada penanaman aqidah dan pembangunan insan, tetapi juga kepada kemajuan manusia dan penerokaan ilmu turath Islam yang berasaskan kepada al-Quran dan al-Sunnah.

::TAWARAN ::

Pengajian Tafaqquh Fiiddin Bersama al-'allamah Syeikh Muhammad Noeruddin Ibni Marbu al-Banjari al-Makki

Tempoh Pengajian 6 Tahun :
2 Tahun I'dad
4 Tahun Tafaqquh

Syarat Kemasukkan :
1/ Lelaki Muslim
2/ Berumur 17 Tahun dan keatas
3/ Dapat Membaca, menulis dan memahami Bahasa Arab
4/ Lulus dalam temuduga



Kitab Untuk Pengajian Peringkat I'dadi (2 Tahun)

Tafsir
Tafseer Jalalain

'Ulum Quran
Zubdah al-Itqan

Hadith
Tahzib al-Adab al-Mufrad, Bulugh al-Maram

Mustolah al-Hadith
Al-Qawaid Al-Asasiyah

Feqah
Al-Yaqut al-Nafis, Fath al-Qarib Ma’a al-Bajuri

Tauhid
Aqidah Tohawiyah

Akhlak
Bidayah Hidayah, Makanatul Ilmi, Risalah al-Muawanah

Nahu
Al-Tuhfah al-Saniyyah, Mutammimah

Sorof
Kitab al-Tashrif 1-3

Bahasa Arab
Al-Lughoh al-Arabiyah Li Ghairi al-Natiqina Biha

Sirah
Nurul Yaqin

Akhbar al-Salaf
Suwar min Hayat al-Sohabah



Kitab Untuk Pengajian Peringkat Tafaqquh (4 Tahun)

Tafsir
Tafseer Mukhtasar ibnu Kathir

Ulum Quran
Al-Tibyan

Hadith
Sunan al-Tirmizi, Al asar al-Marfu ah, Tahzib Misykat

Mustolah al-Hadith
Al-Baith al-Hathith

Fiqh
Fathul Mui’in, Minhaj al-Talibin

Usul Fiqh
Latoif al-Isyarat

Qawaid Fiqh
Al-Durar al-Bahiyyah fi Idhoh al-Qawaid al-Fiqhiyyah

Tasawuf
Nasoih diniyyah, Risalah al-Mustarsyidin

Sirah
Al-Rahiq al-Makhtum

Tarikh
Tarikh al-Khulafa’

Thaqafah
Al-Insof, Khususiyah  al-Rasul, Maklumat Tahammuk, al-Ibar, adab al-Musafahah, Ifadatul Ikhwan, Haula Hadith lan Yufliha Qaum, Safar al-Mar’ah, Fashl al-Kitab, al-Fatawa.

Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan,
Ustaz Shahari Hassan : 013-3393112

Wednesday 16 May 2012

Kewajipan ibu bapa ke atas anak-anaknya



Anak merupakan amanah Allah. Amanah ini perlu dijaga dan dipatuhi oleh setiap manusia. Sebagaimana maklum, semua orang sayangkan anak-anak mereka sama ada mereka dari orang-orang Islam atau orang-orang Kafir sekalipun. Hanya mereka yang tidak berperikemanusiaan sahaja yang bencikan anak-anak. Sanggup membuang merata-rata macam SAMPAH.

Inilah akhlak manusia akhir zaman yang mana umat ini semakin JAHIL dengan didikan agama. Walaupun berlatarkan agama sekalipun tidak mustahil terjebak di dalam gejala ini. Sebab itulah agama perlu dijaga. BUKAN sebagai perhiasan.

Sesungguhnya Islam itu tinggi, TIDAK ADA lagi yang lebih tinggi daripada Islam. Tinggal hanya lagi orang Islam itu sahaja mencorakkan sendiri pegangan Islam mereka. Kalau betul jalan, maka bahagialah. Kalau salah jalan, maka celakalah wal ia zubillah…

Berbalik kepada perbicaraan anak-anak tadi, bergantung kepada ibu bapa mereka bagaimana mereka MENCORAKKAN anak-anak mereka. Sebagaimana mafhum daripada hadis yang dapat saya petik,

“ Tiap-tiap anak yang dilahirkan ke dunia ini, dilahirkan di dalam keadaan Fitrah, suci BERSIH, tidak ada dosa walau sedikit pun, sesuci suci kain putih. Kemudian bergantung kepada ibu bapa mereka lah menjaga, mencorak, mencantik, mengelok anak-anak mereka, sama ada membawa anak-anak mereka mengikut agama Yahudi atau mengikut agama Nasrani atau mengikut agama Majusi ”.

            Kita sebagai orang Islam, WAJIB memperelok anak-anak kita ke arah kebaikan. Bukan bermakna kebaikan itu dari segi zahir jasmani seperti memberi pakaian yang elok, makanan yang bersih, tempat tinggal yang selamat dan sebagainya TETAPI yang dimaksudkan kebaikan di sini adalah dari segi BATINIYYAH ROHANIYYAH.

        Apakah yang dimaksudkan dengan batiniyyah rohaniyyah ini? Yaitulah KEWAJIPAN mengajar anak-anak kita Adab-adab sesama Islam, Ilmu Tauhid yang asas, Ilmu Feqah yang asas serta Akhlak ataupun Tasawwuf membuang segala sifat yang dikeji SERENTAK menghiasi anak-anak kita dengan sifat yang dipuji Allah. Masyaallah alangkah rasa bersyukurnya kita dapat anak-anak seperti ini. Allahumma Amiin.

Telah bersabda Sayyiduna Rasulullah:



[ مُرُوْا الصَّبِيَّ بِالصَّلاةِ إِذَا بَلَغَ سَبْعَ سِنِيْنَ ، وَإِذَا بَلَغَ عَشَرَ سِنِيْنَ فَاضْرِبُوْهُ عَلَيْهَا ] رواه أبو داود



Ertinya: “ Menyuruh oleh kamu akan kanak-kanak dengan sembahyang apabila sampai tujuh tahun dan apabila sampai sepuluh tahun, maka dipukul oleh kamu akan kanak-kanak atasnya ”.

          Di dalam hadis di atas, menyuruh dengan makna di atas jalan PERINTAH WAJIB. Wajib mengajar oleh ibu bapa ke atas anak-anak mereka, yaitu mengajar SEMBAHYANG FARDHU yang lima waktu sehari semalam apabila CUKUP umur tujuh tahun Qomariyyah. Apabila sampai umur CUKUP sepuluh tahun Qomariyyah, maka dipukul anak-anak mereka kerana meninggalkan solat yang lima waktu sehari semalam itu.

Dan hasil TAFSIR pembelajaran di dalam kitab jawi, Kifayatul Muhtadi yang dapat saya kongsikan di sini berdasarkan hadis di atas adalah:


Dan wajib atas wali kanak-kanak lelaki dan perempuan yang mumayyiz keduanya(kanak-kanak lelaki dan perempuan), bahawa menyuruh akan keduanya(kanak-kanak lelaki dan perempuan) dengan sembahyang lima waktu.

-     Wajib di sini adalah di atas jalan Fardhu Kifayah. Jika SALAH antara kedua ibu bapa sudah menyuruh kanak-kanak mereka sembahyang fardhu yang lima waktu sehari semalam, maka TIDAK berdosalah ibu bapa tersebut TETAPI, pahala HANYA dapat pada salah antara mereka yang menyuruh sahaja. Allahua’lam.

-     Wajib menyuruh solat fardhu lima waktu sehari semalam dan wajib menyuruh solat Qadha fardhu sekalipun, jika ada kanak-kanak mereka meninggalkan solat fardhu.

-    Kita HANYA wajib menyuruh sahaja dan JANGAN sekali-kali memukul mereka. Jika anak-anak kita tidak buat juga setelah disuruh, maka tidak mengapa. Sudah lepas tanggungjawab kita.


Dan mengajar akan keduanya(kanak-kanak lelaki dan perempuan) hukum sembahyang daripada rukunnya dan syaratnya dan perkara yang membatalkannya.

-    Dan WAJIB atas wali mengajar kanak-kanak mereka tentang sembahyang. Jika wali tersebut tidak boleh mengajar atau tidak pandai mengajar, maka WAJIB wali tersebut menghantar kanak-kanak mereka belajar sembahyang dengan GURU yang betul-betul boleh mengajar anak-anak mereka sembahyang dengan betul.

-       Yang dimaksudkan dengan WAJIB wali atau guru mengajar sembahyang di sini adalah, mengajar tentang rukun-rukun sembahyang, tentang syarat-syarat sembahyang dan tentang perkara-perkara yang membatalkan sembahyang.


Jika ada umur keduanya(kanak-kanak lelaki dan perempuan) 7 tahun.

-    Yang dimaksudkan dengan umur 7 tahun di sini ialah, dengan SEMPURNA 7 tahun Qomariyyah cukup-cukup. Juga dipanggil 7 tahun TAHDIDAN. Mesti tidak kurang daripada 7 tahun. Kalau kurang daripada 7 tahun, maka TIDAK WAJIB wali menyuruh sembahyang fardhu lima waktu. Hanya SUNAT sahaja supaya terbiasa dengan perkara-perkara kebajikan akhirat.

-       Dan yang SEPATUTNYA bagi wali itu, menyertakan menyuruh sembahyang itu dengan menakut-nakutkan anak-anak mereka dengan pukulan. Tapi bukan betul-betul pukul. Hanya menakut-nakutkan sahaja.

-        Itupun jika BERHAJAT atau PERLU kepada menakuti anak-anak mereka.

§  Seperti, anak-anak mereka tidak menghiraukan suruhan sembahyang daripada wali mereka.

-       Dan yang dikehendaki dengan WALI di sini ialah, ibu bapa kanak-kanak tersebut. Jika tiada ibu bapa, maka datuk kanak-kanak tersebut dan ke atas.

-          Dan jika daripada pihak ibu sekalipun. Juga dipanggil wali.

-   Kemudian, wasinya. Yaitu, orang yang MENERIMA wasiat daripada walinya. Maka, WAJIB ke atas tiap-tiap yang dikategorikan sebagai wali ini, menyuruh kanak-kanak mereka sembahyang fardhu lima waktu.

-      Maka, gugurlah TUNTUTAN wajib itu, dengan menyuruh oleh salah seorang daripada dua ibu bapanya kerana SUDAH HASIL atau SUDAH SAMPAI matlamat/tujuan dengan suruhan itu.

-    Dan diwajibkan IBU menyuruh anak-anaknya sembahyang jika tidak ada wilayahnya atau suaminya. Ini kerana, itu setengah daripada menyuruh dengan kebaikan(amar makruf).

-   Dan amar makruf itu, jadilah menyuruh sembahyang itu WAJIB atas orang yang Ajnabiyy. Maksud Ajnabiyy di sini ialah JIRAN TETANGGA, jika tidak ada ibu bapa yang menyuruh, maka tuntutan wajib menyuruh sembahyang itu terkena pada jiran tetangga.

-      Cuma, yang dikatakan wajib menyuruh oleh ibu bapa di sini kerana mereka TERLEBIH hampir daripada segala manusia bagi anak-anak mereka.

-        Dan takrif MUMAYYIZ/TAMYIZ bagi kanak-kanak itu adalah,

§  Apabila kanak-kanak itu dapat makan dan minum dengan sendirinya dan dapat membasuh najis/istinja dengan sendirinya.

§  Kata setengah ulama, apabila kanak-kanak itu dapat MENGENAL tangan kanannya dan tangan kirinya. Yang dikehendaki mengenal di sini ialah, mengenal benda yang manfaat/kebaikan dan mengenal benda yang mudharat/kejahatan.

-    Dan TIADA wajib menyuruh kanak-kanak yang BELUM sampai/cukup umur 7 tahun Qomariyyah sembahyang walaupun kanak-kanak tersebut sudah mumayyiz sekalipun kerana di dalam satu hadis menyebut, kebiasaannya kanak-kanak mumayyiz itu adalah CUKUP umur 7 tahun Qomariyyah.


Dan dipukul akan keduanya(kanak-kanak lelaki dan perempuan) atas meninggalkan sembahyang kemudian daripada 10 tahun Qomariyyah.

-     Yakni, WAJIB memukul kanak-kanak itu jika meninggalkan sembahyang lima fardhu yang lima waktu sehari semalam.

-       Dan termasuk WAJIB memukul kanak-kanak itu jika meninggalkan sembahyang qadha fardhu sekalipun.

-       Dan WAJIB memukul kanak-kanak itu jika meninggalkan satu sahaja daripada SYARAT-SYARAT sembahyang, RUKUN-RUKUN sembahyang dan PERKARA-PERKARA yang membatalkan sembahyang.

-       WAJIB memukul ini, setelah MASUK umur kanak-kanak tersebut 10 tahun Qomariyyah. Allahua’lam.

Alhamdulillah, inilah TAFSIR hadis yang dapat saya kongsikan kepada para pembaca sekalian. Mohon maaf di atas segala KEKURANGAN dan mohon TEGURAN jika ada KESILAPAN/KESALAHAN.

Hasil kutipan daripada kitab jawi, Kifayatul Muhtadi, karangan Syeikh Muhammad Noor Bin Muhammad Bin Ismail Al fathoni ( halaman 37-38) dan mendengar syarahan daripada guru mulia, Baba Idris Al Fathoni. Semoga bermanfaat. Allahua’lam

Solat Imam dan Makmum




Dan jikalau mengikut oleh seorang makmum kepada seorang(imam) yang lain, disangkanya(makmum) akan imam itu laki-laki yang sah diperimamkandia, maka nyata kemudiannya keadaan imam itu perempuan, atau kafir atau makmum bagi yang lain, atau ummi, nescaya TIADA SAH sembahyangnya dan WAJIB mengembalikan sembahyangnya.

-     Jika makmum menyangka imamnya itu lelaki yang sah dibuat imam, kemudian baru sedar/baru tahu, bahawa imam itu PEREMPUAN, nescaya TIDAK SAH sembahyang makmum itu dan WAJIB makmum itu ulang semula sembahyangnya.

-     Jika makmum menyangka imamnya itu lelaki yang sah dibuat imam, kemudian baru sedar/baru tahu, bahawa imam itu KAFIR, nescaya TIDAK SAH sembahyang makmum itu dan WAJIB makmum itu ulang semula sembahyangnya.

-     Jika makmum menyangka imamnya itu lelaki yang sah dibuat imam, kemudian baru sedar/baru tahu, bahawa imam itu menjadi MAKMUM bagi imam yang lain, nescaya TIDAK SAH sembahyang makmum itu dan WAJIB makmum itu ulang semula sembahyangnya.

-     Jika makmum menyangka imamnya itu lelaki yang sah dibuat imam, kemudian baru sedar/baru tahu, bahawa imam itu UMMI, nescaya TIDAK SAH sembahyang makmum itu dan WAJIB makmum itu ulang semula sembahyangnya.


Perhatian:

-   Ummi bermaksud orang yang cedera pada bacaan fatihahnya atu lainnya daripada rukun qauli seperti di dalam takbiratulihram, bacaan tahiyat akhir, selawat di dalam tahiyat akhir dan salam yang pertama.

§  Contohnya, seorang yang tidak boleh menyebut huruf “ Ra’ ” dengan betul, atau huruf “ Dzal ” dengan betul dan lain-lain makhraj huruf.

-     Orang yang ummi hanya sah berjamaah sesama mereka sahaja. Yaitu, makmum dan imam sama-sama ummi pada huruf yang sama dan pada tempat yang sama di dalam solat.

§  Contohnya, imam dan makmum yang tidak boleh sebut huruf “ Dzal ” dengan betul dan pada tempat yang sama yaitu, “ Siratholadzin…”.

-          Maka kelakuan imam dan makmum seperti ini, SAH lah berjamaah.



Tetapi jika nyata imamnya itu berhadas atau junub atau ada ia imam kena najis yang tersembunyi pada BATIN kainnya atau badannya, maka SAH lah ikutnya oleh makmum akan imam.

-   Jika makmum mengetahui imam terkena najis/ada najis yang TIDAK NAMPAK pada batin PAKAIAN imam atau pada batin BADAN imam SELEPAS solat, maka SAH lah solat makmum. Tidak perlu lagi makmum mengulangi solat tersebut kerana solatnya telah pun SAH.

-  Jika makmum mengetahui imam terkena najis/ada najis pada ZAHIR atau BATIN pakaian/badan imam SEMASA solat, sedangkan imam TIDAK mengetahui, maka solat makmum tersebut TIDAK SAH. Maka WAJIB mengulangi solatnya.

-  Adapun bagi imam, WAJIB mengulangi semula solatnya APABILA imam tersebut mengetahui ada najis pada pakaiannya/badannya sama ada najis zahir atau najis batin sekalipun.



Maka jika ada najisnya itu pada zahir kainnya, maka WAJIB atasnya(makmum) mengembalikan sembahyangnya.

-    Jika makmum mengetahui imam terkena najis/ada najis pada zahir PAKAIAN imam atau pada zahir BADAN imam SELEPAS solat, maka solat makmum tersebut TIDAK SAH. Maka WAJIB makmum itu mengulangi solatnya.



Dan demikian lagi WAJIB mengembalikan sembahyangnya jika tahu makmum itu akan berhadas imamnya atau kena najis, maka lupa ia makmum akan imam berhadas/kena najis, maka diikut oleh makmum akan imam itu, maka kemudian daripada sembahyangnya, ingat ia makmum akan imamnya itu  berhadas/kena najis.

-    Jika makmum mengetahui PADA AWAL SEBELUM solat, bahawa imam itu di dalam keadaan berhadas atau kena najis pada pakaian/badan imam, kemudian makmum LUPA dan TERUS solat bersama imam berhadas/kena najis tadi. Kemudian itu, baharulah makmum tersebut teringat kembali bahawa imam tadi di dalam keadaan BERHADAS/KENA NAJIS. Maka WAJIB makmum tersebut mengulangi solatnya.

§  Misalnya, di dalam Mazhab Hanafi, TIDAK BATAL wudhuk si suami yang menyentuh isterinya. Dan di dalam Mazhab Syafi’e, BATAL wudhuk si suami yang menyentuh isterinya.

§  Imam bermazhab Hanafi memegang tangan isterinya TANPA berlapik. Dan di dalam masa yang sama, makmum bermazhab Syafi’e TERLIHAT/TERNAMPAK akan imam tersebut memegang isterinya. Jadi, imam itu di dalam keadaan BERHADAS. Di dalam Mazhab Imam Syafi’e, TIDAK SAH mengikut imam yang berhadas.

§  Kemudian, imam tadi menjadi imam dan makmum tadi BERJAMAAH dengan imam tersebut di dalam keadaan TERLUPA bahawa imam tadi di dalam keadaan BERHADAS.

§  Selepas SELESAI solat, baharulah makmum tersebut TERINGAT bahawa imam tadi solat di dalam keadaan BERHADAS.

§  Maka WAJIB makmum tersebut mengulangi solatnya kerana solat tadi TIDAK SAH.

§  Kemudian seterusnya, kiaskanlah. Allahua’lam


Perhatian:

-    Di dalam Mazhab Hanafi, SAH solatnya kerana menyentuh kulit antara suami dan isteri TIDAK membatalkan wudhuk. Jadi, solat imam bermazhab Hanafi tadi SAH solatnya.

-    Di dalam Mazhab Syafi’e, TIDAK SAH solatnya kerana menyentuh kulit antara suami dan isteri MEMBATALKAN wudhuk. Jadi, solat makmum bermazhab Syafi’e tadi TIDAK SAH solatnya. 


Hasil kutipan daripada kitab jawi, Bughyatut Tullab, karangan Syeikh Daud Bin ‘Abdullah Bin Idris Al Fathoni ( halaman 181 Juz I ) dan mendengar syarahan daripada guru mulia, Baba Idris Al Fathoni. Semoga bermanfaat. Allahua’lam

Tuesday 15 May 2012

Kelakuan Solat Jemaah




Lima kelakuan yang SAH ikut berjemaah:

1-      LELAKI mengikut LELAKI sebagai imam.

2-      PEREMPUAN  mengikut LELAKI sebagai imam.

3-      KHUNSA  MUSYKIL/ KHUNSA WADHIH SEBELAH LELAKI mengikut LELAKI sebagai imam.

4-      PEREMPUAN mengikut PEREMPUAN sebagai imam.

5-      PEREMPUAN mengikut KHUNSA MUSYKIL/ KHUNSA WADHIH SEBELAH PEREMPUAN sebagai imam.


Empat kelakuan yang  TIDAK SAH ikut berjemaah:

1-      LELAKI mengikut PEREMPUAN sebagai imam.

2-      LELAKI mengikut KHUNSA MUSYKIL sebagai imam.

3-      KHUNSA MUSYKIL mengikut KHUNSA MUSYKIL sebagai imam.

4-      KHUNSA MUSYKIL  mengikut PEREMPUAN sebagai imam.



 Dua kelakuan yang SAH tetapi MAKRUH ikut berjemaah:

1-      LELAKI mengikut KHUNSA WADHIH SEBELAH LELAKI  sebagai imam.

2-      KHUNSA WADHIH SEBELAH PEREMPUAN mengikut PEREMPUAN sebagai imam.


Perhatian:

-   Khunsa bermaksud orang yang mempunyai dua alat kemaluan/qubul lelaki dan perempuan.

-      Khunsa musykil bermaksud orang yang mempunyai dua alat kemaluan/qubul lelaki dan perempuan dan ulama SUKAR/SUSAH untuk menentukan sama ada ianya berat ke arah lelaki atau berat ke arah perempuan.

-       Khunsa wadhih bermaksud orang yang mempunyai dua alat kemaluan/ qubul lelaki dan perempuan dan ulama BOLEH menentukan ianya berat ke arah lelaki atau berat ke arah perempuan.

§  Khunsa wadhih sebelah lelaki – dia seorang khunsa tetapi kelakuannya berat ke arah lelaki. Antara TANDAnya adalah dia minat bersahabat dengan perempuan.

§  Khunsa wadhih sebelah perempuan – dia seorang khunsa tetapi kelakuannya berat ke arah perempuan. Antara TANDAnya adalah dia minat bersahabat dengan lelaki.


Hasil kutipan daripada kitab jawi, Bughyatut Tullab, karangan Syeikh Daud Bin ‘Abdullah Bin Idris Al Fathoni ( halaman 181 Juz I ) dan mendengar syarahan daripada guru mulia, Baba Idris Al Fathoni. Semoga bermanfaat. Allahua’lam

Monday 14 May 2012

Qiyamuhu ta’ala binafsih


Perbahasan sifat Allah, Qiyamuhu ta’ala binafsih

Ertinya, berdiri Allah ta’la dengan sendirinya
    -  Maksudnya, adanya Allah ta’ala dengan cara-cara diri.

    -  Syarat ada baginya Allah ta’laa dengan cara-cara diri adalah MESTI lepas DUA SEBAB ini:

1.       Ada Allah itu, TIDAK BERHAJAT/ TIDAK PERLU/ TIDAK BERKEHENDAK daripada zat yang lain.

§  Yakni, tiada berkehendak / tiada perlu/ tiada berhajat Allah ta’ala kepada zat yang lain, kerana Allah ta’ala sudah zat.
§  Maka zat itu, tiada berkehendak kepada zat yang lain.
§  BERSALAHAN (tidak sama) dengan sifat, sifat MESTI menumpang pada zat, kerana sifat TIDAK BOLEH bawa diri sendiri.
§  Dan BERSALAHAN ‘arodh, maka ‘arodh berkehendak/berhajat/perlu kepada jirim.

2.       Ada Allah itu, TIDAK BERHAJAT/ TIDAK PERLU/ TIDAK BERKEHENDAK daripada yang menjadikan Allah.

§  Yakni, Allah tidak berkehendak/ tidak perlu/ tidak berhajat kepada tukang yang menjadikan Allah, kerana Allah itu SEDIA(QADIM).
§  Bahkan Allah lah yang menjadikan segala perkara(makhluk ini).
§  BERSALAHAN (tidak sama) yang baru (makhluk), maka berkehendak/ perlu/ berhajat kepada yang menjadikannya.

-  Jadi, pegangan sebelah wajib yang WAJIB kita iktiqad adalah, Allah itu lepas/ tidak berkehendak/ tidak perlu/ tidak berhajat daripada zat yang lain DAN lepas/ tidak berkehendak/ tidak perlu/ tidak berhajat daripada yang menjadikan Allah ta’ala.


-  Kesimpulannya, makna yang difahami daripada sifat Qiyamuhu ta’ala binafsih itu, bahawasanya Allah itu zat (bukan sifat dan bukan ‘arodh) lagi pula qadim sediakala (bukan baharu).



Mustahil lawannya, yaitu Qiyamuhu bighairihi


    -  Ertinya, adanya Allah ta’ala dengan yang lain.

    -   Yakni, ada Allah ta’ala pada yang lain.

    -  Yakni, ada Allah ta’ala berkehendak/ berhajat kepada DUA SEBAB:

1.       Ada Allah itu, berkehendak/ berhajat/ perlu kepada zat yang lain.
2.       Ada Allah itu, berkehendak/ berhajat/ perlu kepada yang menjadikan Allah.

        - Jadi, kata ada Allah itu, berkehendak kepada zat yang lain DAN berkehendak kepada yang menjadikan Allah itu, TIDAK SAMA sekali, MUSTAHIL di atas Allah.



Dan DALIL/ ALASAN/ BUKTI di atas adanya Allah ta’ala dengan cara-cara diri itu:


    -  Kita fikir (MESTI fikir hingga sampai faham)

 -  Bahawasanya, jikalau tidak ada Allah dengan cara-cara diri, dengan bahawa BERKEHENDAK Allah kepada zat yang lain:

§  NESCAYA/ TENTULAH ada Allah itu sifat.
§  Dan jika Allah itu sifat, nescaya tidak bersifat Allah dengan sifat ma’ani seperti Qudrat dan sifat ma’nawiyyah seperti kaunuhu Qoodiran, kerana sifat TIDAK BOLEH menumpang pada sifat yang lain.
§  Maka tentulah tak dapat mengada akan makhluk ini.
§  Maka, batil/ mustahil.
§  Kerana mahkluk ini sudah ada dengan dapat dipandangkan dengan mata kepala.

      -  Atau, jikalau tidak ada Allah dengan cara-cara diri, dengan bahawa BERKEHENDAK Allah kepada yang menjadikan Allah:

§  Maka TENTULAH Allah itu baru (kena jadi).
§  TENTULAH berhajat kepada yang menjadikan Allah.
§  Dan jika sekiranya Allah itu baru, maka MUSTAHIL.
§  Kerana telah lepas nyatanya/ jelas/ terang pada dalil sifat Qidam yang telah lalu.


Dalil/ jalan lain atas wajib Allah bersifat dengan sifat Qiyamuhu ta’ala binafsih:


    -  Jika Allah ada, dengan bahawa berkehendak kepada yang menjadikan Allah, tentulah Allah itu baru.
    -  Jika Allah itu baru, tentulah Allah perlu kepada yang menjadikan Allah.
  - Jika Allah perlu kepada yang menjadikan Allah, nescaya lazimlah daripada Daur dan Tasalsul.
    -  Daur dan Tasalsul hukumnya MUSTAHIL atas Allah.
    -   Maka TETAPLAH Allah ada, tidak berkehendak kepada yang menjadikan Allah.


Kalau begitu, yakni Allah lepas dari DUA SEBAB di atas, TETAPLAH ada Allah ta’ala dengan cara-cara diri, yakni tidak berkehendak Allah kepada zat yang lain DAN tidak berkehendak Allah kepada yang menjadi akan Allah.


Hasil kutipan daripada kitab jawi, Khulasatut Tauhid Fi Ma’rifatil ‘Aqo’id ( halaman 22) dan mendengar syarahan daripada guru mulia, Baba Idris Al Fathoni. Semoga bermanfaat. Allahua’lam